Followers

Tuesday, December 31, 2013

Ambang 2014

"New Year's Eve."

Assalamu'alaikum semua.

Fuh... Sikit jam lagi akan masuknya tahun baru 2014. Ada orang yang excited tunggu tahun baru. Ada orang yang tenang je hadap tahun baru. Ada orang yang nervous nak masuk tahun baru. Ada orang yang sedih je nak masuk tahun baru. 

But for me... haha... entah. Perasaan bercampur baur. Multi-feelings kot. Macam orang gila. heh. 

Dah masuk New Year's Eve dah. Ada orang join program sana sini, ada orang yang masih lagi bekerja, ada orang yang bercuti melancong sana sini. Tapi aku... heh... Just sitting in front of my lappy in my room, writing 2 cents for the blog. haha. Memang lifeless aku new year's eve ni. Tapi aku masih bersyukur, sampai tahap ini, aku masih lagi berada dalam kategori 'senang', tak macam orang2 lain diluar sana yang hidupnya susah, berbumbungkan atap langit, berbantalkan lengan, bertilamkan tanah. 

Alhamdulillah, aku tak mewah seperti "mereka2" (faham2 sendiri je lah ya), cuma sederhana dan cukup2 makan sahaja. Alhamdulillah, satu rezeki, satu ujian juga. ^_^

Haha. SO, Just enjoy the very last day for 2013, and wait for the moment of 2014. Relax, have a cup of tea or coffee, and enjoy the moment of relaxation kat rumah. Hambik berterabur skiping londong bak ang. haha. Tak payah nak berparty bagai aih. Buat pening kepala je. Esok bangun pagi kepala belong. NO NEED ALL THAT. Period.

p/s: Dalam hati, dalam solat, banyakkan berdo'a kepada Allah, semoga dapat tempuh episod baru mulai esok. InshaaAllah. Tenangkan jiwa dan raga. ^_^ 


Monday, December 30, 2013

Kalau aku...

"Kalaulah hati aku mampu sentiasa tenang seperti air dalam gambar tersebut. Malangnya, dalam kehidupan yang sebenar, air yang tenang juga mampu bergelora jika berombak."

Assalamu'alaikum semua.

Dah hampir tahun baru. Tahun 2014. Tapi tu lah, aku rasa, seolah-olah aku masih belum bersedia untuk melangkah ke tahun baru. Cerita tahun ini, hampir ke penghujungnya. Tapi memori, yang pahit berasid, mahupun manis bermadu tetap melekat dalam minda. 

Segala yang berlaku tahun ini, memang tak mudah aku lalui. Kadang-kala membuatkan aku tersedar, aku ini tak lah sekuat yang aku sangkakan. Sentiasa terjatuh dikala aku cuba bangkitkan diri aku yang sememangnya penuh dengan kelemahan. 

Terus terang aku katakan, memang aku suka bandingkan diri aku dengan family, sahabat2 dan sekeliling aku. Contohnya, kebanyakan sahabat2 aku semuanya hebat2 belaka; orang2 bijaksana, cerdik pandai, yang kuat agamanya, dan macam2 lagi. Bila tengok diri aku, aku rasa tak banyak ciri2 yang sahabat2 dan saudara2 aku ada, ada pada diri aku. Rasa macam, eh, gila lemah diri aku ni. Kalau ada bersama diorang, rasa macam diri ini kambing hitam (black sheep of the family) pulak... Macam telur yang rosak dalam kalangan yang elok2 belaka. Hurm...

Aku terfikir sejenak; layak ke aku bergaul dengan mereka2 yang hebat2 ni, sedangkan lihatlah diri aku: serba kekurangan. Bukan aku nak lemahkan diri aku, tapi itulah hakikat yang aku kena terima: Aku tak sehebat mereka.



Sejujurnya, aku ada sedikit rasa cemburu dengan mereka yang hebat2 ni. Ada juga terasa hati ini berkata "Aku nak jadi macam diorang." Aku juga cuba untuk menjadi seperti mereka yang hebat2 ni. Tapi tu lah, asal aku cuba, aku jatuh. Asal aku nak bangkit, aku jatuh. Selalu aku fikir...

"Kalaulah aku boleh jadi seperti diorang..."

Aku selalu rasa aku tak mampu untuk menjadi seperti mereka yang hebat2 ni. Hurm...

Tapi dalam hal ni, banyak mengajar aku erti HUSNUZON (ada mention kat post2 yang lepas.) Setiap apa yang berlaku, bersangka baik je. Walaupun kadang2 tu terkecil hati dan terfikir benda2 yang bukan2. Tak apa lah. Sampai kadang2 tu, bila hati ni terasa sedih sangat ataupun terguris, sampai tahap aku fikir, "Tak apa lah, aku tetap percaya pada mereka. Aku tetap sayang mereka. Aku tak tahu apa yang tersirat dalam hati mereka, tapi tak apa lah, aku percaya pada mereka. Aku percaya dengan ketentuan ALLAH."



Punyalah aku tak nak kehilangan sesiapapun, lagi2 orang yang aku sayang. Pendam segala apa yang membuatkan hati aku terguris. Kalau diorang tak cakap "Sorry" pun tak apa lah. Asalkan aku tak kehilangan diorang. Maklumlah, aku ni bukan seperti mereka yang hebat2 tu. Sebenarnya memang tak sesuai pun nak bergaul dengan mereka yang hebat2 ni...

Tapi tak apa lah... ALLAH dah ketemukan aku dengan mereka. Pasti ada hikmahnya. Dari mereka jugak aku banyak belajar erti kehidupan (that's for sure). Dari mereka jugak aku banyak mengenal siapa diri aku. Dengan mereka jugak aku dapat banyak pengalaman pahit manis. Dengan mereka juga, inshaaAllah mampu buatkan aku bahagia bila bersama mereka. Family. Friends. Loved ones.

Bila berseorangan, kadang2 tu bergelinang jugak air mata, mengenangkan kisah lampau aku yang tak berapa nak cerah tu. Takut2 berulang kembali. Maklumlah, kita tak tahu kan masa depan kita macam mana, cuma mampu berjaga2 je. Berjaga2 dengan diri aku sendiri. Tapi pada masa yang sama berjuang untuk mengubah diri aku sendiri, untuk diri aku sendiri, untuk keluarga, untuk sahabat handai, untuk yang disayangi. Berjuang untuk mendapat rahmat Allah. Walaupun sering terjatuh. Tapi inshaaAllah aku tak akan pernah berhenti untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Bukan SEMPURNA, tapi LEBIH BAIK dari sebelumnya.

Aku betul2 harap mereka yang aku kasihi disekeliling aku faham diri aku. Support aku dikala aku terjatuh. Jangan tinggalkan aku bila aku terjatuh. Sebab aku tahu aku tak akan pernah tinggalkan mereka yang aku sayang ketika mereka dalam kesusahan. Maafkan aku sekiranya aku telah menyusahkan mereka. Sayangi diri aku sedanya, dan bantu aku untuk bangkit mengubah diri aku ke arah yang lebih baik. Itu je yang aku mahukan, bukannya harta benda. Just don't take me for granted.

Hati manusia, tak ada manusia yang tahu isi hati orang lain melainkan ALLAH. Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha memahami.  



P/s: Trust Allah, Trust The Process. Spread the love.

Saturday, December 21, 2013

Disember.



"Cahaya."

Assalamu'alaikum semua! 

Sedar tak sedar, dah nak habis bulan Disember dah. Exam beta pun dah baru je habis (YEAY! ^_^). So, kira merdeka la buat sementara waktu ni. Fuh...

Berakhirnya final exam, maka berakhirlah sem 7 bagi tahun 2013. So far, aku dapat harungi semua dugaan2 dalam sem ini dengan (inshaaAllah) jayanya. Sem ni banyak ajar aku supaya banyak bersabar dalam semua aspek; dari nafsu, tindakan, dan sebagainya. Alhamdulillah, so far, tenang je aku habiskan sem ni.

Sem ni jugak banyak mengajar aku erti Husnuzon. Tapi tu lah, kadang2 tu, ada jugak perasaan buruk sangka tu. Sebabnya kadang2 tindakan seseorang tu yang menyebabkan aku terfikir benda yang bukan2. Dan kadang2 tindakan aku juga menyebabkan orang lain terfikir yang bukan2; tapi for sure yang negatif itu bukan niat aku. Jahat syaitan ni sebenarnya, suka detikkan perasaan buruk sangka. HMMPHH!

Apa yang penting sekarang ni, aku kena make sure aku jaga perhubungan aku dengan semua orang yang aku sayang. Yup, aku kenal siapa diri aku.

Pernah aku post status kat facebook, refleksi bagi diri aku dan juga sahabat2 FB yang membacanya,:

"AMBIL BERAT dengan MENYIBUK itu adalah dua perkara yang berbeza. Bersyukurlah jika sehingga hari ini, saat ini masih ada yang sanggup gadaikan masa, harta dan tenaga kerana ambil berat tentang kita. Jangan sampai Allah tarik "rezeki" kita, barulah rasa nak menyesal. Apa2 halpun, segala apa yang berlaku itu semuanya kehendak Allah; pasti ada hikmahnya."

Tadi aku bagi tahu kat salah sorang sahabat aku, junior aku. Aku bagitahu dia, do'a yang sesuai untuk orang macam aku ialah:

"Ya Allah, jika betullah sipolan2 ini ialah jodoh sahabat aku sehingga ke Syurga (inshaaAllah), maka kau kuatkanlah ikatan perhubungan ukhuwwah kami dengan penuh kasih sayang ikhlas kerana-Mu. Dan Ya Allah, jika sipolan2 ini bukanlah jodoh sahabat aku seperti yang aku harapkan, maka kau jauhkanlah diri aku perlahan2 daripadanya dan jangan biarkan hatiku terikat dengan kasih sayang yang melampau batas terhadapnya lebih dari kasih terhadap-Mu. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui isi hatiku sebenar2nya."

Sekarang ini, segalanya aku berserah kepada Allah yang Maha Esa, Maha, Pengasih, Maha Pengampun, Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat diri aku. Segala yang berlaku, semuanya ada hikmah yang tersendiri. Semuanya datang dari-NYA.

P/S: Trust in Allah, Trust the Process. 

Tuesday, November 26, 2013

Mimpi.


Aishah Aziz - Mimpi 
Ceritakan pada ku 
Cerita yang terdahulu 
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku 

Ceritakan semua .. 
Cerita kita cipta bersama .. 
Kisah terindah pernah ku rasa .. 
Selama pernah jantung ku bernyawa .. 
Berdua .. 
Hanya kau dan aku .. 

Andai ini hanya mimpi .. 
Tinggalkan ku begini 
Biar terus ku lena .
Sampai kau tiba 
Andai ku hanya bermimpi 
Biar aku begini 
Sampai ketemu lagi 
Aku di sini .. ohh ..

Ceritakan pada ku ..
Ceritakan pada ku selalu .. 
Kisah yang tak mungkin pergi lalu .. 
Selama akan hidup ku dengan mu .. 
Bersama .. 
Mengharungi semua .. 

Andai ini hanya mimpi 
Tinggalkan ku begini .. 
Biar terus terlena .. 
Sampai kau tiba 

Bawa daku ke angkasa .. 
Memetik bulan bintang .. 
Bawaku terbang bersama .. 
Jangan kau lafazkan .. 
Jangan kau tinggalkan semua 

Biar saja begini .. ohh.. 
Biar terus ku lena .. 
Sampai kau tiba 

Andai ku hanya bermimpi .. 
Biar aku begini .. 
Sampai ketemu lagi .. 
Aku di sini 

Andai semuanya mimpi ..
Biar saja ku terus begini ..
Ku mahu terus kisah cinta kita ..
Terus sampai hujung masa ..



Thursday, November 14, 2013

Tunggu.


Aku tak tahu apa yang terbuku dalam hatimu,
Namun aku cuba sedaya upaya husnuzon dengan Allah, husnuzon dengan kau; kerana DIA Maha Mengetahui isi hatimu dan isi hatiku yang sebenarnya. 

Sebenarnya, terasa ada satu lubang yang besar dalam hati ini bila kau tiada disisi. 
Rasa kekurangan sungguh tanpa kehadiran kau.
Itu tanda aku rindu pada kau, sahabat. 

Apa yang aku lakukan sekarang: Menunggu kau pulang. Berdo'a agar kau cepat sembuh. Dan jikalau berkesempatan dan punya kederat, tak akan aku berhenti untuk membantumu. Kau bukan beban buat aku. Kerana kau sahabatku. 

Bersyukur aku kehadrat Illahi kerana punya teman sahabat seperti kau. Itu tanda aku sangat2 appreciate kau, sahabat.

Sebelum aku atau kau 'pergi' dulu, aku nak kau tahu bahawa hati ini penuh dengan rasa kasih sayang dan appreciate terhadap kau. Kerana kau sahabatku, pembimbingku.   

p/s: Aku tunggu. :-)

Tuesday, October 29, 2013

Lebih mahal dari sebuah permata.


Segala senyummu, gelak tawamu, 
Tak mampu sembunyikan kesedihanmu pada mataku.
Mudah untuk aku ketahui deritamu, walaupun bersusah payah kau cuba selindung dengan pelbagai helah. 

Namun itu semua tak ku peduli. 
Segala kederat, masa, harta yang aku ada, sanggup ku korbankan.
Demi kesejahteraan hidupmu. Demi keselesaan dirimu.
Ikhlas kerana ALLAH S.W.T. 

Kegembiraanmu adalah kesenangan hatiku. Kederitaan dirimu juga adalah perit hidupku.

Itu tandanya kau lebih mahal dari sebuah permata.


p/s: Buat insan-insan yang ku kasihi dalam hati ini. 


Thursday, October 17, 2013

Aidil Adha.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha bagi semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. ^_^ 


Monday, September 30, 2013

Kau bersama dengan siapa? Siapakah yang bersama dengan kau?


Assalamu'alaikum semua.

Sejak kebelakangan ini, banyak yang aku telah pelajari dalam tentang kehidupan di dunia yang serba kekurangan ni. Sememangnya dunia ini tidak dan tak akan pernah adil buat semua. Tapi, dalam ketidak-adilan itu, datangnya konsep keseimbangan (neutralisation). Bagaimana kita nak kecapi keseimbangan itu, terpulang dengan cara kita handle masalah-masalah yang kita hadapi. Adakah kita betul-betul percaya terhadap kuasa Allah atau tidak? Tepuk dada, tanya iman.

Apa yang aku nak ceritakan kali ini; mungkin simple, mungkin rumit. Tapi penilaian itu bergantung kepada pembaca2 sekalian. Okay, here it goes:

Perkara ini melibatkan perhubungan (relationship) terhadap orang sekeliling kita. Bagaimana kita nak tahu orang yang bersama2 kita itu adalah mungkin yang telah Allah takdirkan untuk bersama2 kita? Okay. Macam ni: Kita berhubung dan membina relationship dengan ramai orang. Kita juga telah pilih orang2 yang terpenting buat kita. Orang2 yang kita sayang, orang2 yang kita betul percaya.

Selepas itu, kita telah melakukan satu kesilapan, tidak kira kecil atau besar. Pada masa ini, akan berlakunya satu proses, iaitu proses "perpisahan". Akan ada antara orang yang kita telah pilih itu: orang yang kita sayang, orang yang membuatkan kita sanggup bergolok gadai harta benda, kederat dan masa untuk kebahagiaan mereka, orang yang kita percaya, akan TINGGALKAN kita. Pada masa inilah pelbagai konflik akan berlaku: kesedihan yang melampau, emosi terganggu, dan sebagainya. Segala2nya negatif.

Pada masa ini juga, kita akan melakukan apa saja: meggadaikan MARUAH DIRI dan sebagainya, semata-mata untuk menebus kesalahan kita. Sampai satu tahap, kita sendiri merasa sangat letih dan sangat kecewa dengan diri sendiri. Sampai tahap nak bunuh diri pun ada. Seriously, bila bermain dengan emosi, apa-apa pun boleh berlaku. Trust me.

WALAU BAGAIMANAPUN...

Selepas kita alami proses itu, kita akan dapat mengenalpasti, siapa yang akan terus bersama kita dan sentiasa memaafi, masih bertungkus lumus untuk bantu mengubah diri kita, tidak berputus asa terhadap diri kita, orang yang sentiasa memberi peluang terhadap diri kita. Ya, mungkin mereka akan menjauhkan diri dari kira dalam proses diatas buat sementara waktu, tetapi itu semua demi untuk melihat perubahan atas diri kita. I know, it's not right. And sometimes, it is not even fair. Kita akan rasa, "Mana dia? Waktu aku perlukan dia disisi aku, waktu itu juga dia pergi." Tapi sedarkah kita bahawa dari jauh, mereka lihat kita dan mendo'akan kita agar kita jadi lebih kuat? Kita tak tahu kan. Ahhaaa... jadi, gunakanlah konsep HUSNUZON. ^_^ Percaya kepada Allah, percaya kepada proses.

Nanti, akhirnya, kita akan tahu, siapa sebenarnya yang akan berada disisi kita. Seriously. Dan mereka itulah sebenar2nya yang menerima kita seadanya; kelebihan dan kekurangan. Mereka nak tengok kita berubah menjadi yang lebih baik. It's okay, memang susah untuk tunjukkan kita dah berubah. Tapi tak perlu itu semua. Yang penting, buktikan pada diri sendiri yang kita mampu berubah, berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik. Satu hari nanti, mereka sendiri akan nampak hasilnya. Slow2 tak apa. Asalkan ada perubahannya.

They will slowly come to us. BUT, never forget to REALLY APPRECIATE THEM. You put your trust in them, and on the same time, they also put their trust in you. So, DON'T SPOIL IT. Jangan ambil kesempatan yang negatif terhadap mereka. Kita mungkin tak akan dapat bersama dengan mereka lagi lain kali. Kemaafan, ya. But, togetherness, it is hard to get. I know, we are not perfect and sometimes, we tend to make the same mistakes all over again. Tapi, sampai bila, kan?

Jangan mudah berputus asa. Jika kita sayang pada mereka, jika kita perlukan mereka, BERUSAHALAH. Tak guna jika kita hanya bersedih sepanjang masa tanpa berusaha. Tak guna jika kita asyik duduk dalam 'zaman lampau', zaman yang penuh dengan kesilapan tanpa berusaha untuk berubah. Menangi hati orang yang kita sayang dengan cara tunjukkan pada mereka yang kita betul nak berubah dan kita perlukan mereka. Tapi jangan terlampau gopoh dan desperate. Nanti jadi lain pulak. kena banyak BERSABAR! Seperti yang saya mention tadi, SLOWLY.

Pada masa yang sama, JANGAN BERUSAHA DAPATKAN ORANG YANG SENTIASA CUBA UNTUK MENJATUHKAN DIRI KITA DENGAN MENGAIBKAN KITA DEPAN KHALAYAK RAMAI. Trust me, it's not worth it. Buang masa. Buang tenaga, Buang duit. Memang dulu, mereka antara orang yang kita percaya, orang yang rapat, orang yang kita sanggup bergolok gadai harta dan tenaga, tapi bila kita buat kesilapan, mereka hukum kita dengan lakukan sedemikian. A BIG NO NO! Even kita dah berusaha untuk meminta maaf pun, mereka tak pandang itu semua. Sebaliknya, mereka masih bertungkus lumus menjahanamkan diri kita. Whoaaa! What kind of person is that, people???

Apa-apa pun, orang yang betul maafkan kita, orang yang betul menerima kita seadanya tak akan biarkan kita terjatuh walau macam mana sekalipun. They'll teach us a lesson bila kita terjatuh sekali lagi. Yes, IT WILL HURT YOU MOST. Tapi, bukan dengan cara mengaibkan diri kita. MEREKA TAK AKAN SIA-SIAKAN KITA DAN MEREKA TAK AKAN GIVE UP DENGAN KITA. Trust me. They won't, In shaa Allah.

Percaya kepada kuasa Allah. Kita berusaha, Allah yang tentukan. Berharap pada DIA. Mengadu pada DIA. Allah MAHA MENGASIHANI, MAHA PENGAMPUN, MAHA MEMAHAMI. Allah yang menjaga hati manusia. Berdo'a padaNYA.In shaa Allah, Allah akan tunjukkan pada kita, siapa yang betul2 akan bersama dengan kita, In shaa Allah. Banyakkan bersangka baik dengan Allah. Berusaha, Berdo'a, Tawakkal. Believe in Allah, you will get what you needed the most, In shaa Allah.

In shaa Allah, mereka yang bersama-sama dengan kita akan bantu kita terus ke Jannah.

Pesanan buat diri sendiri juga yang penuh dengan kekhilafan dan sentiasa berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik.

p/s: As a brother, and as a friend, you have taught me well, SAHABAT. Thank you so much. I am so proud to have a relationship with you. May Allah bless you all the time, in shaa Allah. ^_^


Tuesday, September 10, 2013

Saat Terindah.


"Dan ketika masa ku hadapi duka
Kau bisikkan kata suatu kenangan terindah
Meski lewat nada yang cuma ku bisa
Kan ku persembahkan yang terbaik untuk semua
Semangati langkahmu mengembara waktu
Meniti jalanmu
Agar hidupmu yang satu kali ini
Memberi makna yang bererti
Yang terbaik buatmu."  Firdaus - Saat Terindah.

Monday, May 20, 2013

Dimana kan ku cari ganti...



Bila kau gembira, 
Aku senyum dari jauh. 
Aku tak kisah jika kau tiada disampingku,
Asalkan dapat ku rasa dan lihat kau bahagia. 

Tapi...

Bila kau menitiskan air mata,
Aku sedia hulurkan bahuku. 
Tangan ini ringan untuk mengesat air matamu,
Dari biarkan ia jatuh ke bumi.

Bila kau kecewa,
Tidak kubiar kau terjatuh cecah ke lantai.
Akan ku papah,
Tidak kira beban, asalkan kau senang.

Hati ikhlas tidak terkira,
Asalkan kau ada dalam hatiku, aku ada dalam hatimu.
Buatku bersyukur ada teman sepertimu.
Dimana kan ku cari ganti,
teman sepertimu.

Betul jodoh itu ditangan Allah. 
Jika kau adalah jodohku sebagai sahabat dunia akhirat, 
In shaa Allah akan kekal hingga ke Jannah.

Sahabat.
KELUARGA.

Buat kau yang bergelar SAHABAT di hati ini.




Tuesday, May 7, 2013

Life's a bless, or a lesson.


Assalamu'alaikum to all.

Fuhh... again, dah lama dah tak posting (*agak cliche ayat ini. aih...). Well, it's been a long journey since January. Lot's of things had happened. 4 months. Lama sangat. However, in that 4 months, I've learned a lot. Relationship, friendship, love, courage, trust, sacrifice and such. Apparently, I'm not being myself for the past 4 months. By all means, I feel like, I'm not the person I am like I was in foundation year or first year degree. I guess... I am different.

For example: masa foundation dulu, I don't give a crap about people. Yes I do some, but not all. Ingat dulu, when all my Muslim friends asked me to live with them, but I refused and stayed with my five Non-Muslim friends in the house. Yet I survived and lived happily. Surau pergi jugak setiap hari. Not a problem. I am being myself. Ada je best friends yang bantu saya bila saya susah, but I'm always happy at that time. I had a simple life.

But when I entered degree, things changed. I guess I've changed since I hang out with these certain people. They are good people, I know. They taught me a lot. They've helped me to go through my life. I am totally appreciated it. Every single one of them. But on the same time, I... I started to become another person. Too sensitive, too cared about other people, too love, too much sacrifice for other people rather than myself. I don't know whether it is good or not, but things that happened surely had taught me a lesson.

3rd and 4th semester (this sem), I tell you, full of dramas. Again, so many things had happened. I laughed, I cried, I'm frustrated, feel like a total crap pun ada. Too much to handle. Yet I survived until today. I learned about people too. Some of them are not worth to help, or cried for. Because they don't even care. They don't give an eff, as long as they got what they want. This is what I got, after all this times. bullshits.

Seriously, some people are not meant to be trusted. Tak kira la dia tu baik ke, pandai ke, alim ke, manja macam mana sekali pun, these people are not meant to be trusted. There's always a scheme behind their mask, but I don't know what. That scares me. Hati manusia, boleh berubah dalam sekelip mata. Yang baik, sopan dan berhemah boleh jadi over rule dan sangat bossy, dan yang jahat dan jijik tu boleh jadi sangat baik, malah lebih baik dari yang kononnya sungguh alim dan baik tu. True. Sometimes, life is not fair as we thing it would be. Seriously. Tapi tak semua macam tu...

But then again, I didn't realized that there are person who really need me. Who waited for me, who appreciated me more than I expected. Allah, seriously I didn't realized this person. I was stupid. While I was busy with another friend who maybe not worth for me (I guess... I don't know... but if this person does worth being a friend of mine, this person should realized how insulting and dreadful this person had done to me.), that friend of mine actually waited for me. Yes. He was the one who comfort me when bad things happened through this semester. Allah, why didn't I realize this from the beginning? I do appreciate your help and support, friend... Sorry for breaking your heart without noticing that the person who really waited for me is you. In shaa Allah, I wont take you for granted. Mark my words.

Yes, I also did met lots of new friends, juniors to be exact. They also supported my through this semester. My personnel life, my so-called career, and such. They have been a great help. Thank you.

Too much of sacrifice had been done in this semester. Study, friends, feelings, money... Too much. But maybe Allah wants to create me a BIG STORY, which I don't know. A long, rocky journey. Alhamdulillah, I survived till today. Yesterday made the person I am today. Tomorrow's a mystery (Esok final exam mula. kuikuikui...). What comes next, I don't know. Lets just go with the flow, shall we?

P/s: Glee - Get It Right










Monday, January 28, 2013

A Quote From Julia Child.


"The measure of achievement is not winning awards. It's doing something that you appreciate, something you believe is worthwhile. I think of my strawberry souffle. I did that at least 28 times before I finally conquered it." - Julia Child

Julia Child's biodata: http://en.wikipedia.org/wiki/Julia_Child

Friday, January 25, 2013

A quiet morning.

In-Front of Masjid UNISEL. A very calm, cool morning. 

A Quiet Morning

Waking up in the morning,
At dawn, staring at the sky,
Waiting for the enormous, beautiful sun 
To shine, giving light to the hands of the world.

But shine help not the heart, maybe.
Zero, blank perhaps.
Need something to be filled in. 
Love, maybe?
No one knows, what's playing in thy box.
Is it happy? Is it sad? Is it angry? Is it frustration?
What? 

There, this a man
Staring at the sky,
In a quiet morning,
Passing the time, 
In a cool breeze, tingling thy skin.  
To find, hopefully,
To grasp a sincere smile,
In thy box. Eminently. In a quiet morning.

by: Muhammad Haziq Bin Razali. 7.30 a.m. Friday, 25 Jan 2013.


Thursday, January 24, 2013

Family Friendship.

Love, Family, Friends

Assalamu'alaikum & Salam Satu Blogger semua. *hikihkhik~~

I just want to say this:
"The heart stays the same. We build our own home in our heart, where we can always be together, even if we are far apart."

p/s: Saya sayang semua. ^_^

Muhammad, Ya Rasulullah


Assalamu'alaikum & Salam Satu Blogger semua!!! *ececececcecececcececeececece~~

Untuk entry hari ni, sempena kelahiran Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, saya nak sharesecara ringkas cinta Rasulullah terhadap ummatnya, iaitu kita semua.. Check it out, folks!
Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT, dan baginda adalah manusia yang sempurna, akhlak-Nya begitu mulia sekali. Tidak ada manusia yang sempurna sesempurna baginda Muhammad SAW.
Mungkin selama ini kita jauh untuk mencintai baginda, mungkin selama ini kita tidak mengetahui, dan mungkin kita leka dan lalai terhadap duniawi kita selama ini.. Mungkin selama ini kita tidak jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon dalam kehidupan kita malah kita jadikan selain Nabi Muhammad SAW sebagai ikon kita selama ini..
Tidakkah kita semua rase bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana kita lupa kepada-Nya..dan mungkin kita lupa kepada utusan-Nya Nabi Muhammad SAW?? Sedangkan Rasulullah S.A.W itu sentiasa mengingati dan merindui kita sehingga terdapat suatu kisah..
Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"
Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"
Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"
Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"
Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"
Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"
Sedarlah wahai umat Muhammad SAW. Hidup kita hanya sekali dan kita tidak tahu bila kita akan kembali kepada Allah SWT. Semoga hidup kita sekali ini memberi maafat dan kita gunakannya sebaik-baik mungkin supaya kita tidak menyesal diakhirat nanti. Bangkitlah wahai umat Muhammad SAW semoga kita menjadi umat yang terunggul didunia dan akhirat kelak. Amalkanlah sunnah serta Al-Quran.. InsyaAllah pasti akan berjaya didunia mahupun diakhirat.
Jadi marilah kita bersama-sama untuk mencintai baginda Muhammad SAW. Berselawatlah kepada baginda. Semoga kita mendapat syafaat-Nya diakhir akhirat  InsyaAllah..
Wahai orang-orang yang beriman, teruskan perjuanganmu untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Alhamdulillah, jikalau kita sudah sedar, marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah SWT dan mencintai Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah kita pasti akan berjaya :)
Dan jangan lupa berkasih sayanglah sesama insan dan tolong menolong antara satu sama lain..We will be the greatest of Ummah, InsyaAllah..

Sumber - http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/4190-mencintai-rasulullah-saw.html

p/s: Snada - Neo Sholawat.


Prelude (Choir):
Allahuma shali ala Muhammad
Ya Rabbi shali alaihi wasalim
Allahuma shali ala Muhammad
Ya Rabbi baalighul wasila

Cannon and Contrapunct :
Allahuma shali wassallim ala
Sayidina wa Maulana Muhammad
Adadama bi'iImillahi shalatan
Da'imatan bidawami mulkilahi

Keroncong :
Ya Allah curahkan rahmat dan keselamatan
Bagi Nabi junjungan kami Muhammad
Selamanya di dalam keabadian
Kekekalan kerajaanmu ya Allah

English Version :
Ya Allah please shower your blessing and your salvation
To the Prophet Muhammad who we all adore
May he always be under your sovereignity
May he forever be under your loving care

Interlude (Choir) :
Allahuma shali wasalim wabarik alaik
Allahuma shali wasalim wabarik alaik
Allahuma shali wasalim wabarik alaik
Allahuma shali wasalim wabarik alaik

Over Tune (Mandarin Verson) :
Ya Allah kei wo men tien an heu keu lien
Ken lau se Muhammad yeh se aitha
Hau hen chiu chai tien an the
Allah teu keu lien wou men hau hen chiu

Sunda Version:
Ya Allah lungsur keun rahmat sinareng salamet
Kanggo Nabi junjungan kuring Muhammad
Salawasna aya dina kawilujengan
Salawasna ditang tayungan ku Allah

Jawa Version:
Ya Allah Paringono rahmat lan keslametan
Kagem Nabi junjungan kulo Muhammad
Salaminipun wonten ing keselametan
Salaminipun diwelasi Gusti Allah

Minang Version:
Ya Allah curahkan jo kasalamatan
Taruntuak nabi piturui kami Muhammad
Sapanjang idui di dalam kabakaan
Salamonyo dalam kasiah sayang Allah

Coda Fine F (Choir):
Allahuma shali wassallim ala
Sayidina wa Maulana Muhammad
Adadama bi'ilmillahi shalatan

Fermatta :
Da'imatan.......bidawami..... mulkilahi 




Wednesday, January 23, 2013

Cooking for Pleasure

*Laparnyaaa... huhuhuhu~~

Assalamu'alaikum & Salam satu Blogger semua! *ecececececeececececececeeee~~

Haha, baru je malam tadi post something. Pagi yang sama, hari yang sama, posting lagi. *kikiki~~
Kali ni saya nak share benda yang saya suka buat bila saya free dan tengah ada mood: MEMASAK. YUM!

Ya. Saya memang suka memasak. Tak kira la masak apa pun. I'm a guy and Alhamdulillah, I like to cook. Ada orang kata, lelaki yang pandai masak ni leaki yang macho, hensem dan sexy. Tapi maafkan saya, saya cuma manusia kerdil, a little bit chubby (*kot. aihhh~) dan sangat busy sentiasa. So, sebab tu bila saya ada masa free, saya akan memasak. 

Orang yang menjadi inspirasi saya ialah Ayah dan Ibu saya. Yup, both of them can cook very well. Ayah pandai masak kari, masak lemak, dan apa2 je yang berkaitan dengan santan (*lauk2 je. kuih2 tada. pffttt... haha~). Tapi Ibu pandai masak semua (*obviously! hahaha~~ ) Tapi kalau bab kari or masak lemak, I prefer Ayah to cook. haha~ No, I'm not being biased, but it just that Ayah's curry are yummier. Kitorang boleh tau beza Ayah punya kari ngan Ibu punya kari. Nak tau rahsia dia? Haha, tabley tabley. Tak suprise la kan. ahaksss~~

Kalau nak cerita tentang channel kat TV, for sure saya paling suka channel Food Network ngan Asian Food Channel. Dari situ la saya kenal chef2 selebriti terkenal macam Giada de Laurentiis, Ina Garten, dan ramai lagi. Best tengok diorang masak. Ada part iklan tu tunjuk tentang the best food mengikut tema. Kalau tema dia chocolate, dia dok tunjuk la the best dish yang celebrity chef pilih. Dia akan tunjuk briefly cara2 penyediaan masakan tu. Of course la diorang semua dari overseas, tapi most of the recipes yang diorang guna, kita boleh cari kat negara kita. Kena pandai shopping la, & tak boleh malas2. huhu~ Tapi saya tak lupa juga celebrity chef2 kita di Malaysia seperti Chef Wan, Chef Jaafar Onn, Dato' Fazley Yaacob (abg Paji. huhu), Chef Florence Tan, dan ramai lagi. They are also a good cook, I can assure you. huhu~  

Saya juga pandai buat kuih raya jugak & kek. ahhaaaaa~~~ Kalau masa dah nak dekat raya, dah menjadi tugas utama bagi saya untuk menyiapkan kuih raya, contohnya biskut2 wajib seperti Cornflakes, Tart nenas, Badam, Kelapa, Samperit, dsb. Oh ya, saya tak guna butter sebab family saya tak makan butter. Instead, saya guna MAJERIN PLANTA. Huhu~ Kiranya, kerja saya hanyalah berada dalam dapur sahaja. Kerja2 rumah lain, tu semua abang2 n adik saya buat. Kerja saya cuma settle hal2 dapur sahaja. Lagi pressure kerja kat dapur sebab kadang2 tu dah malam pun still belum settle lagi. Tapi, nak buat kuih raya tu, jangan la lupa solat k. Tu yang penting. ^_^ Tapi maaflah buat pembaca2 sekalian; saya tidak menerima sebarang tempahan. huhuhu~ 

Kalau nak cerita tentang masakan yang saya pernah buat... Well, banyak jugak. Contohnya; Baked Macaroni, Gulai Ayam, dsbnya. huhuhu~ Lauk favourite saya sudah semestinya sambal tempoyak ikan bilis. HAHAHAHA!!! Tak lupa juga saya ni seorang yang sangat suka makan sayur-sayuran. Kalau kat atas meja ada ayam, daging, ikan, dan sayur; lauk yang pertama saya akan ambil ialah sayur. Saya boleh survive dengan hanya makan sayur je. Sebab saya suka! huhu~ Makan sayur macam makan daging. Tapi kena seimbang juga. Sebab kalau makan sayur je, nanti diet kita jadi tak betul dan ada juga side effectnya. Kalau nak tahu lebih lanjut sila tanga Mr.Google. ngehngehngeh~~ Oohh, ya saya sangat suka makan sandwiches. Restoran SUBWAY menjadi favourite lepak-ing place kalau lapar. omnomnomnomnom~~

Walaupun saya suka sangat bidang masakan, pernah juga saya bercita2 nak jadi chef, tapi, minat saya lebih kepada bidang Bahasa Inggeris dan Muzik (Major: Vokal). So, kiranya saya ni chef jugak, tapi CHEF DI DAPUR je lah ya. huhu~ I'm no pro, but In Shaa Allah, I'll improve my cooking from time to time. Cooking for pleasure! :D

P/s: Makan tu makan jugak. Tapi ingat, kesihatan itu juga perlu dijaga. Jangan terlebih makan, jangan kurang makan. Puasa tu lain cerita, tapi jangan sampai tahap OBESITI mahupun ANOREXIA. Tak tahu apa maksud dua benda tu? Senang, tanyalah Mr.Google. hahahahaha~

Ada apa dengan tahun baru?

Horizon. Saya suka permandangan sebegini. Subhanallah. :D

Assalamu'alaikum & Salam Satu Blogger semua. *kuikuikuikui~~

Well, dah 23 hari selepas tahun baru. Walaupun terlambat, still nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA MAKHLUK2 DALAM MUKA BUMI INI. HAHAHAHAHHAHAHAHA~~


By the way, nak dijadikan cerita, dalam 23 hari ni, not much things happened. Seems blurred. Bukan tak ada azam or anything, cuma azam lama tu still nak dikecapi n diperbaharui. Lagipun, masih ada yang belum tercapai. So, what's the point buat azam baru, kan? Actually, azam lama & baru tetap sama je.Nak jadi seseorang yang lebih baik la, lebih beriman la... etcetcetc. Sangat mainstream. So, tak perlu nak heboh2kan azam. Semua orang ada azam masing2. So, simpan dalam hati. Lepas tu, laksanakan. Bila dah kecapi, baru la bagitau kat orang. Tapi pun tak payah nak heboh2 sakan la. Nanti jadi riak & kufur nikmat pulak. ahakss~~

Nak cerita pasal sem baru di kampus, pengajaran pun baru nak mula. Warming up. Dengan theaternya, plus other 5 subjects. Rasa macam tak sabar nak graduate. huhu~ lagi 3 atau 4 semester je lagi. Lepas tu, sayonara UNISEL tercinta(*I mean it. Saya memang sayang UNISEL. Tak tipu. Ini bukan sindiran. Sekian, maceh maceh.). But I still got a long way to go. Banyak lagi yang harus dipelajari.

Once, bila orang tanya my Ibu, "Anak skarang blajar kat mana?" Then Ibu jawab, "Kat UNISEL Kuala Selangor. Nak jadi lecturer TESL katanya." Then, I'll add, "... dan juga guru muzik, major in VOCAL." ngehngehngeh. Ntah bila la rezeki aku nak amik lesen vokal. Tapi takpe, In shaa Allah nanti ada lah tu...

Nak cerita pasal hati... I guess not. I do have lots of loved ones. So, setiap apa kesilapan yg diorang buat, what ever they did; sangka buruk ke, cerita belakang2 ke... apa2 je lah. I telan je, walaupun pahit. I know, on certain times, I did not feel accepted, or appreciated. Or maybe I put my trust and appreciation to some wrong persons, perhaps? I don't know. Tapi kalau they are my loved ones, as I said, tak apa lah. Telan je semua perangai diorang, pe'el, dsb. Why? Because I know I love them so much. Allah tahu. Bukan desperate nak attention ke apa kan, tapi this is my "natural" self. Tak dapat terima diri saya yang cepat menyayangi dan sangat caring? Tak apa lah. One day, they will understand. I won't ask much. Just don't leave me or act like I don't care or don't know anything about my friends. Implicitly or explicitly, I know. I diam je. Malas nak buka mulut, nanti jadi hal lain. So, better act like I'm stupid, knows nothing at all, daripada memandai2, even though I know most of the things.

Okay, nak cerita tentang career di UNISEL, yeah, I did have some works to do. Busy all the time. Tadi baru je lepas settlekan event ceramah di masjid kampung bestari kat blakang masjid. I jadi lead untuk group nasyid Alif Ba Ta (sebab baru tubuhkan tadi dengan orang2 kampung. hahaha~) Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun bergerak SOLO (not literally, just pada awalnya), tapi masih lagi boleh survive, In Shaa Allah. Lain yang I harap, lain yang datang membantu meneman. Tak apa lah. Allah ada perancangan-NYA tersendiri. Syukur Alhamdulillah, aku tahu Allah faham isi hati aku. Sebab tu DIA hantar aku seseorang yg aku tak sangka2 akan datang membantu. Someone yang aku sangat sayang & percaya dari dulu. Orang yang aku mula2 kenal masa di kampus dulu. Yup. Kalau baca post2 tentang sahabat2 UNISEL, he is one of them. Syukur Alhamdulillah. :)

Too much things that played with the heart these days. Tapi tak apa lah. Ujian Allah kan. Kita harungi perlahan2 dengan penuh kesabaran. In Shaa Allah everything will be alright. :')

P/s: UNIC - Sahabat Sejati. Penuh dengan sentimental value.

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'