Followers

Saturday, August 26, 2017

DIA PUNCA AKU TERJATUH!

"DIA PUNCA AKU TERJATUH!"

Assalamu'alaikum w.b.t and a very,very good day to all readers.

First of all, I hate to say this, but obviously, It has been awhile since I have posted my previous post (cliche sangat ayat. Heh. Tak bleh pakai. Kuikuikui~). Sorry banyak2. Dah nak dekat Raya Haji ni, so, mintak ampun mintak maaf in advance la ye, even though actually anytime je kita boleh mintak ampun kan. Hewhewhew,

Anyway,
kembali kepada topik kali ini, "DIA PUNCA AKU TERJATUH!". Jatuh gedebuk, tersembam ke tanah etc2. Korang dah tengok gambar kat atas tu kan? Yes. Kali ni beta nak cerita sikit apa yang berlaku kat dalam gambar tu. Heh. 

Now, here's the story:

Pada zaman dahulu (sekitar akhir tahun 2015), ada seorang putera kacak (matilanak! muahahaha~~) baru je lepas breakdown a.k.a putus cinta setelah hampir 6 tahun in relationship lamanya. Masa itu, putera kacak tau dalam keadaan trauma, dah tak tau cinta tu apa dan kononnya dah xnak amik tau pasal cinta. Blah la lu cinta! Puihhh!

Lepas tu kan, pada suatu hari, dalam ofis (masa putera kacak tu mengajar kat satu sekolah agama swasta kat Sepang. aku malas nak sebut nama sekolah tu. Puihh!), tetiba putera kacak tu ternampak la satu makhluk ni. Time tu putera kacak tu terpikir, "Siapa minah tu? Tak pernah nampak pun? Konco-konco management ke? Ahhh lantak lah, bukan masalah aku." Tapi kan, ada satu kali putera kacak tu nampak minah tu rapat2 dengan kawan putera kacak tu. Putera kacak tu pun pelik, apahal dia rapat2 dengan Kina, Sarah, A'isyah, Lina? Pelik, pelik. Lagi bertambah kusut kepala si putera kacak tu, tiba-tiba minah tu drive van MANUAL Sarah. Ah sudah, kau ni siapa sebenarnya, bentak hati putera kacak. Siapa la chubby communist ni?

Nak dipendekkan cerita, satu hari tu Sarah ajak Putera Kacak (sekali lagi, matilanak. heh.) tu pergi dinner kat Seoul Garden, IOI Mall Putrajaya. Sarah cakap lebih kurang macam ni, "Ziq, jom gi makan kat Seoul Garden. Gi ajak adik aku skali." "Adik kau? Yang mana satu ni kak?" si putera kacak tu tanya. "Tu Mariam tu, yang admin praktikum tu, yang drive van aku hari tu. Tu adik aku la tu." Tergamam putera kacak tu. Baru lah dia sedar, rupa2nya minah chubby communist yang bernama Mariam tu ialah adik Kak Sarah. 

So since then, putera kacak tu mula berkawan dengan Mariam tu. Maklum la, dia suka dok sorang2, dan putera kacak ni pulak jenis peramah nak mampus, so, macam2 la putera kacak tu ajak buat macam2 onar dalam sekolah tu. Contohnya, gi lunch sama2, gi keluar jalan2 sama2, share cerita sama2. Tapi time tu kan, putera kacak tu dapat rasa sesuatu, cuma dia tak pasti. 

Sebab, kan dia dah tak percaya pada cinta. Sebab putera kacak tu dah trauma kan. However, dia cuma letak segala perasaan dia pada Yang Maha Esa saja. 


Pendekkan lagi cerita, berberapa purnama kemudian (gittew~ heh.), Putera Kacak tu ajak la Mariam tu pegi lunch kat dewan makan. Kerana nak kepastian tentang apa yang Putera Kacak tu rasa, dia cerita segala kisah2 sisi gelap dia yang dimana kalau orang tahu siapa sebenarnya diri Putera Kacak, nescaya orang akan lari darinya. 

Selepas Putera Kacak itu ceritakan segala tentang kisah lampau diri dia, dia mengeluarkan satu soalan trigger buat sang Mariam:

"So, Mariam dah tahu siapa Haziq, segala kisah lampau gelap aziq, etc2. So, agak2 la mariam, ada tak orang yang nak kat orang macam Haziq ni?

Jawapan sang Mariam menyebabkan hati Putera Kacak itu jatuh. Tau tak apa yang dia cakap? Mesti la korang tak tau kan? Dia cakap ini:

"Haziq, kita sayang orang bukan kerana kisah silam dia tapi kita sayang orang kerana kita nak hidup dengan masa hadapan dia. InshaAllah, mesti ada orang yang boleh terima Haziq seadanya."

Jawapan itulah yang mendetikkan hati si Putera Kacak itu untuk berkata dalam hati, "Inilah orangnya. Ya Allah, inilah orangnya. Tapi, dia nak ke terima aku?" Sang Mariam ada jugak tanya si Putera Kacak tu sama ada dia ada suka somebody dalam sekolah tu. Tapi, Si Putera Kacak itu bagitau kat sang Mariam supaya dia tunggu hujung bulan Februari untuk ketahui siapa orangnya. 

YA. SEKALI LAGI PUTERA KACAK TERJATUH. JATUH CINTA.

26 Februari dah pun menjelang. Hari terakhir Sang Mariam bertugas sebagai Intern kat sekolah tu. Hari tu jugak dia remind si Putera Kacak untuk bagitau siapakah gerangan orang yang disukainya. Si Putera Kacak berasa sangat gementar. Tapi, dia letakkan segala harapan pada Allah. Ada rezeki, adalah jodoh. Tak ada, kawan pun jadi. Takde lah lah. 

SO, Sang Mariam punya lah tak penyabar, masa tu si Putera Kacak dalam kelah, tengah nak habiskan pengajaran, time tu jugak dia sibuk telipon. Time tu dah nak habis period dah. Habis je waktu sekolah, Sang Mariam dan Putera Kacak terus rendevous kat depan bilik rawatan. Hati dah kencang habis dah ni. Rasa macam nak pitam je Putera Kacak time tu.

Pendek kan cerita lagi, Sang Mariam terus tanya, "Ha... so, dah janji kan? Bagilah tahu, siapa orang yang Haziq suka tu?" "Perlu ke Haziq nak bagi tau?" soal si Putera Kacak. "Mesti lah bagitahu. Hari tu kan dah janji dengan Mariam?" 

Dari muka yang senyum2 kerang busuk, terus muka si Putera Kacak bertukar serius. 

"SEBENARNYA, SAYA SUKA AWAK."

Sang Mariam tergamam. Terkejut. Lepas tu, Sang Mariam bertanya, "Haziq, ingat tak masa kita lunch kat dewan makan hari tu, Mariam ada cakap yang akan ada orang boleh terima Haziq seadanya?"

"Ingat. Tapi, siapa orangnya? Mariam ke?" tanya Putera Kacak.

"YE LAH. SAYALAH ORANGNYA."

...and the rest is history. Hehe. Tak lama berberapa bulan lepas tu, Sang Mariam dan Putera Kacak terus bertunang seperti dalam gambar diatas (gambar yang Sang Mariam tutup muka dengan bunga jambak tu. Acah2 malu lettew. hewhewhew~~~ X3) 

Then, tak sampai setahun kemudian,







Ya. Akhirnya mereka dah pun BERNIKAH pada tarikh 15 Julai 2017 dengan sekali lafaz,

"Aku terima nikah Mariam Zahidah Binti Mohamad dengan mas kahwin seutas rantai emas."

Dengan itu, maka, berakhirlah kisah awal bibit2 cinta si Putera Kacak dan Sang Mariam. Mereka tak pernah "bercouple", tak pernah bersentuhan sebelum bernikah. Hanya do'a dan harapan sahaja yang dipanjatkan kepada Allah, dengan lafaz nikah sahaja yang menghalalkan perhubungan mereka. Begitu cantik peraturan Allah. Allah bantu mereka menjaga batas pergaulan mereka sehinggalah sampai saat pernikahan. Ini FAKTA kisah Si Putera Kacak dan Sang Mariam. Tak nak percaya, sudah. Boleh blah. Gi main jejauh. Heh. 




Akhir kata:


YA. KAU MEMANG DAH BUAT AKU TERJATUH.

JATUH CINTA. LAGI. <3 p="">

P/s: Bercinta selepas nikah itu sememangnya lebih indah. The End.

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'