Followers

Tuesday, April 1, 2014

Coretan Hati: Aku Hanya Pendosa.



Mungkin pasti ada yang telah sebarkan keaiban dan dosa2 diri aku. Pasti ada orang yang mula menjauhkan diri dari aku. Pasti juga ada orang yang menganggap usaha untuk merubah diri aku kearah kebaikan hanya satu gurauan dan lawak pada mata pandangan mereka. Pasti juga akan ada dalam kalangan mereka akan mencaci, menghina kekurangan diri aku.

Walaupun semuanya berpunca dari aku, namun bukanlah bermakna aku tidak sedar atas kesilapan diri aku. Aku sedar aku ini "berpenyakit". Susah untuk diubati; kerana penyakit ini bukanlah satu penyakit yang mampu diubati dengan ubat-ubatan material. Penyakit naluri. Ya, aku sedar betapa jijiknya diri aku. Betapa hinanya aku pada mata pandangan manusia-manusia yang lebih mulia dari aku.

Aku sedar, segala titik peluh, segala pengorbanan yang telah aku berikan memang tak layak untuk dikenang, walaupun sampai berdarah berlubang patah tulang, walaupun habis wang ringgit, masa, emosi dan tenaga, semata-mata untuk kebahagiaan orang lain. Semua itu tak layak untuk dikenang, atas kesilapan dan dosa2 yang telah aku lakukan. Betapa hinanya aku sehingga diperlakukan begini.

Tapi tak mengapa. Allah Maha Adil. Allah Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaNya. Allah Maha Mengasihani. Allah Maha Pengampun.

Bila aku berjumpa dengan ustaz-ustaz, dengan kaunselor, mereka banyak berpesan pada aku, bahawa aku tidak bersalah sepenuhnya. Bukan diri aku yang salah. Naluri aku yang salah. Dan itu harus diubati. Tetapi bukan dengan cara yang kasar, bukan dengan cara yang menyakitkan tubuh badan, bukan dengan cara menghukum diri sendiri. Tapi dengan cara dekatkan diri pada Allah, maafkan diri sendiri, maafkan orang yang telah menyakiti kita, yakin dan sentiasa berfikiran positif untuk merubah diri kearah kebaikan. Ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Itu apa yang mereka terangkan pada aku. Ketika itu aku berasa jijik terhadap diri aku, aku rasa sangat hina. 

Sememangnya mereka tidak bersalah secara dasarnya; tetapi tindakan mereka itulah yang menyebabkan mereka itu bersalah. Tindakan yang salah, tindakan tanpa fikiran yang waras. Demi Allah, bukan aku tak fikir kemarahan dan kekecewaan mereka, tapi tindakan mereka yang seolah-olah aku tidak pernah berkorban dan berbuat baik sedikitpun, mereka bertindak diluar batasan. Itu yang membuatkan aku sangat kecewa; dengan naluri aku, dan juga dengan tindakan mereka. 

Ya, aku tahu aku manusia yang tidak berakal; tapi aku tak sangka manusia-manusia yang lebih MULIA dari aku, yang aku anggap lebih MATANG dan lebih BERIMAN, sanggup berbuat tindakan seperti itu. Tindakan yang melampaui batasnya. 

Aku teringat pada hari kejadian, selepas solat bersama, ibu tercinta berpesan pada aku dengan nada yang sangat lembut dan penuh kasih sayang: "Redha. Abang kena redha dengan segala apa yang berlaku. Abang mungkin akan kehilangan kawan-kawan, mungkin akan kehilangan orang yang abang sayang. Tapi abang tak akan hilang Ibu. Abang tak akan hilang keluarga abang. Semua pun dah tahu masalah abang. Dan semua pun bersedia untuk bantu abang."

.....................

Sebulan dah berlalu. Kini aku lebih bahagia dari sebelumnya. Aku tak perlu berahsia kepada sesiapa kerana aku yakin semua orang dah tahu siapa diri aku. Ya, mungkin mereka akan menghina dan mencaci, kalau tak berkata-kata, mungkin akan menghina dalam hati. Aku mungkin akan kehilangan sahabat. Aku mungkin akan dijauhi oleh orang-orang sekelilingku. Tapi tak mengapa. Aku ada Allah. Aku ada keluarga aku. Yang tercinta juga masih lagi bersama aku, tak berputus asa walaupun dihasut untuk meninggalkan aku atas dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku masih lagi ada sahabat-sahabat yang masih bersama aku. 

Tak guna jika bercakap dengan manusia-manusia EGO, sebab mereka tak akan nampak kerana hati-hati mereka telah ditutup oleh Allah. Mungkin. Hanya Allah yang Mengetahui isi hati hamba-hambaNya.

Aku bersyukur kerana Allah memberi lagi peluang kepada aku untuk berubah. Ya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan aku bersyukur kerana segala-galanya telah berlaku atas kehendakNYA. Ini takdir hidup aku. Ini ujian hidup aku. Semuanya atas kehendakNYA kerana aku sangat yakin Allah kasihi aku, memahami aku, sentiasa mengampunkan dosa2 aku. 

Yang penting, aku yakin aku lebih kuat, lebih positif, AKU SEMAKIN BERUBAH, SEMAKIN BAIK. Alhamdulillah, kali ini aku betul-betul dapat merasakannya. Walaupun aku tak semulia dan sehebat mereka yang mungkin lebih beriman dari aku, tapi yang penting Allah tahu siapa diri aku.Tak perlu untuk menunjuk-nunjuk, cukuplah hanya Allah, diri aku, keluargaku dan mereka yang menyayangi aku mengetahuinya. Aku gembira. 

Haha, nak dijadikan cerita, tadi aku tengok cerita Salam Cinta lakonan Adam Adli dan Diana Amir, agak tersentuh hati aku juga. Kenapa? Sebab cerita tu meng"highlight"kan bahawa:

Cinta dan kasih sayang yang paling kita kena utamakan ialah cintakan ALLAH dan RasulNya. Kenapa?? Sebab Allah sentiasa bersama dengan kita ketika kita susah atau senang, yang maha mendengar, yang paling memahami hati kita, yang paling mengasihani kita, yang sentiasa rindukan kita. Hebatkan cinta Allah terhadap kita. Kita je kadang-kadang tak bersyukur. Naughty kan? Tapi tak pa, kan Allah Maha Pengampun. Allah pasti akan mengampunkan dosa-dosa kita jika kita minta ampun padaNya.

Lagi satu, kalau hati kita kosong, lakukan solat sunat taubat. Mungkin hati kita akan lebih tenang selepas itu. :)

Moral of the story, lebih baik bercinta dan sayang lebih dengan Allah. Huhui~ 
Syukur, ya Allah. ^_^

Haha. Enough blabbering.

AKU. HANYA. PENDOSA.

Sunday, January 5, 2014

Rehearsal.

"Music and Rhythm cannot be separated."

Assalamu'alaikum & Selamat Sejahtera semua!!!

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-5 bagi tahun 2014. Ada hari ON, ada hari OFF, ada hari busy, ada hari bosan gila. Itulah kehidupan seorang mahasiswa yang sedang bercuti semester ni. Heh!

Kali ni, aku nak share kegiatan2/aktiviti2 saya sepanjang cuti sem ni. Takde la hari2 pun, cuma hari tertentu je.

So, seperti mana yang semua dah sedia maklum (ehh, ye ke? semua orang dah tau ke? ntah. hehe.), saya seorang yang memang bergiat aktif dalam dunia seni, lagi2 dalam bidang vokal. Beza antara saya dengan retis2 terkenal ni ialah: Saya tak pemes. hehehehe~ Ke, saya belum pemes. Haha. (gila poyo baq ang!)

Semalam (4.1.2014), sesi rehearsal untuk konsert charity utk Haiti diadakan di The Professional Music Academy di cawangan Dataran Sunway. Selama ni training kat cawangan Subang Jaya, tapi ntah knapa semalam pengetua tu nk buat kat cawangan sini pulak. Takpe lah, dekat sket kot. heh.

So, semalam, dari ke petang sampai malam kena torture dengan cikgu aku. Actually, aku kena join choir dengan budak2 kecik. Ada la lagi antara student2 dia yg jadi solo. But still, they have so many things to learn and practice. Terasa ke-senior-an aku. Sebab aku yg paling tua dan berpengalaman antara soloist2 choir kat situ. hihihi~ 
 Apparently, kalau korang tengok gambar2 dibawah, korang akan perasan: aku sorang je budak melayu kat situ! heh. Anak melayu jati ni mingles dengan the chinese! And we are very close! Haha! Oh ya, ada lagi sorg indian girl, nama dia Grace. Yeah, dia pun satu2nya indian girl dalam choir kitorang. And she is VERY TALENTED as a small girl. Her voice, FANTASTIC! :D And my other two chinese friends also join the band: Ricky and Stephanie. Both of them, sama gila2 jugak. Love them very much! :D



Okay, yang pakai jaket varsity tu obviously beta la kan. hehe. Yang kat sebelah aq yg pakat baju pink tu la Stephanie.


Okay... yang baju orange tu la Ricky. hehe... tu, tengok kitorang 3 sekawan. Berbilang bangsa u'olls. No racism. Itu yang penting.


Skang, nampak tak, ada sorg indian girl comel je berdiri kat situ. Haa, itu lah Grace. She is a darling, I can tell. Her voice as a little girl, full with energy. Tapi tu lah.... Bak kata cikgu Huz, that's one real kepochi punya budak kici. heh. But she's a sweetheart. ^_^

Nampak mcm garang je cikgu biola diorg tuh heh.

Haaa... SO, ini lah antara kerja2 aku sebagai seorang yang suka bermain dengan vokal. Letih jugak kena torture dengan cikgu vokal kesayangan aku. Tapi memang puas! hehe... Minggu depan hari Khamis dengan Sabtu final trainings, lepas tu hari Ahad dah konsert. Meanwhile, hari2 biasa ni training sendiri je menghafal n warm-up vokal kat rumah. 

Okay, ini salah satu 'sedutan' rehearsal semalam. Masa ni, tengah cari style lagi untuk ad-lib solo. Fuhh...




p/s: Bila sakit tekak, minum air Lemon (Lemon ya, bukan limau kasturi ataupun nipis) dengan madu. Pergh... Heaven! :D

Wednesday, January 1, 2014

Manusia ini...



Assalamu'alaikum semua!

First of all, selamat tahun baru 2014 saya ucapkan kepda semua pembaca (still tak terlewat lagi kan? hehe... dan vibe sambut tahun baru masih lagi terasa. chewah!)

Isu kali ni, still menyentuh jiwa raga ragam manusia jugak. Haha. Pening jugak kalau nak cerita pasal psikologi manusia ni. Kalau nak tahu, antara perkara yang paling yang paling rumit dan susah nak faham ialah hati dan pemikiran manusia. Serious. Pening aarr, pening arr!

Tapi apa2 hal pun, sebagai manusia yang penuh dengan kelemahan, memang kita semua kena hadapinya. Why? Sebab kita manusia la! Hek'eleh~

Okay, straight to the point la kan----->



Manusia ni kadang2 lupa:

1. Kita ni selalu je sibuk, selalu je busy dengan kerja la, tapi kita lupa ada orang yang perlukan kita disisi mereka.

2. Kita asyik dok layan sepi sedih hati kita je, tapi kita lupa ada orang yang lebih memerlukan dan lebih appreciate kita.

3. Kita asyik dok benci kat orang tu atas kesalahan zaman lampau dia, tapi orang tu masih sayang kita dan terima kita seadanya serta sedar atas kekurangan dia. Mungkin juga sudah bertaubat, wallahualam.

4. Kita asyik dok fikir negatif tentang orang lain, sedangkan orang lain tu berdo'a atas kesejahteraan kita.

5. Kita ni asyik fikir diri kita je betul hebat segala, sedangkan kadang2 tu kita juga ada silap kita, walaupun kita berada dalam kebenaran.

6. Kita nak orang ikut cakap kita, tapi pada masa yang sama kita tak nak ikut cakap orang lain.

7. Kita ingat diri kita ini susah aja, sedangkan ada orang yang lebih susah dari kita.

8. Kita nak orang adil dengan kita, tapi pada masa yang sama kita berlaku tidak adil dengan orang lain.

9.Kita nak orang faham kita, tapi kita tak nak faham orang lain.

Dan lain2 lagi. (banyak kekurangan manusia ni sebenarnya. heh.)

Kenapa boleh jadi macam tu??? Why? Why? Why?

Sebabnya: Mungkin kita ini KURANG BERSYUKUR. Allah dah bagi rezeki & nikmat, ujian kat kita, tapi, sama ada kita abaikan atau tak ambil peduli, ataupun kita jaga atau handle dengan cara yang tidak betul (sama ada terlampau 'kasar', atau terlampau lembut sehingga spoil).

Kita dah dewasa, berakal, boleh fikir yang mana baik yang mana buruk, yang mana benar dan salah, dan apa yg patut dan tak patut kita buat. Allah cipta kan otak untuk manusia dan haiwan, tapi Allah cuma ciptakan AKAL untuk manusia sahaja. Guna lah akal sebaik2 mungkin. Jangan minta orang lain untuk perfect dihadapan kita, sedangkan kita pun bukannya perfect. Kita bukan maksum. Tapi kita boleh jadi yang terbaik. 

Baik untuk dunia, Baik untuk akhirat. Dua-dua penting.



Bersyukurlah, sementara kita masih hidup, masih ada orang yang sayangkan dan perlukan kita. Jangan nanti satu masa Allah tarik rezeki kita, barulah rasa menyesal. Tak guna pun rasa hebat, sebab yang hina itu belum tentu lagi akan ke neraka; dan yang hebat itu belum tentu akan ke syurga, jika masing2 tidak BERTAUBAT.



Jaga orang yang kita sayang dan yang menyayangi kita se-sayang2nya(betul ke ayat aku ni? heh). Sebab jika kita kehilangan mereka, belum tentu kita dapat pengganti seperti mereka. Keluarga, Sahabat, dan mereka2 yang tersayang.

Hahha.. Aku bukanlah seorang pelajar sekolah agama seperti maahad, pondok, dan sebagainya. Bukan juga pelajar yang hebat2 seperti mereka yang popular dan sentiasa jadi tumpuan masyarakat umum. Aku cuma manusia biasa yang tiada apa2 kelebihan cuma masih berusaha mencari dan menjadi apa yang terbaik buat diriku serta orang sekelilingku. Dan aku cuma sampaikan apa yang terpendam dalam benak hatiku yang mungkin ada betulnya, ada salahnya. :D



Kita hanya manusia, penuh dengan kekurangan, masih lagi berjuang untuk menjadi manusia yang terbaik untuk dunia dan akhirat. 



p/s: Trust Allah, Trust the process. Have a good life, InshaaAllah. Pesanan buat diriku yang sentiasa lemah dan masih berjuang kearah kebaikan serta teman2 pembaca blog yang tak seberapa ini. :)




2014!!!



Assalamu'alaikum semua!

2013 dah jadi sejarah. Sekarang, HELLO 2014!!! SELAMAT TAHUN BARU 2014 SEMUA!!! HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'