Followers

Wednesday, January 23, 2013

Cooking for Pleasure

*Laparnyaaa... huhuhuhu~~

Assalamu'alaikum & Salam satu Blogger semua! *ecececececeececececececeeee~~

Haha, baru je malam tadi post something. Pagi yang sama, hari yang sama, posting lagi. *kikiki~~
Kali ni saya nak share benda yang saya suka buat bila saya free dan tengah ada mood: MEMASAK. YUM!

Ya. Saya memang suka memasak. Tak kira la masak apa pun. I'm a guy and Alhamdulillah, I like to cook. Ada orang kata, lelaki yang pandai masak ni leaki yang macho, hensem dan sexy. Tapi maafkan saya, saya cuma manusia kerdil, a little bit chubby (*kot. aihhh~) dan sangat busy sentiasa. So, sebab tu bila saya ada masa free, saya akan memasak. 

Orang yang menjadi inspirasi saya ialah Ayah dan Ibu saya. Yup, both of them can cook very well. Ayah pandai masak kari, masak lemak, dan apa2 je yang berkaitan dengan santan (*lauk2 je. kuih2 tada. pffttt... haha~). Tapi Ibu pandai masak semua (*obviously! hahaha~~ ) Tapi kalau bab kari or masak lemak, I prefer Ayah to cook. haha~ No, I'm not being biased, but it just that Ayah's curry are yummier. Kitorang boleh tau beza Ayah punya kari ngan Ibu punya kari. Nak tau rahsia dia? Haha, tabley tabley. Tak suprise la kan. ahaksss~~

Kalau nak cerita tentang channel kat TV, for sure saya paling suka channel Food Network ngan Asian Food Channel. Dari situ la saya kenal chef2 selebriti terkenal macam Giada de Laurentiis, Ina Garten, dan ramai lagi. Best tengok diorang masak. Ada part iklan tu tunjuk tentang the best food mengikut tema. Kalau tema dia chocolate, dia dok tunjuk la the best dish yang celebrity chef pilih. Dia akan tunjuk briefly cara2 penyediaan masakan tu. Of course la diorang semua dari overseas, tapi most of the recipes yang diorang guna, kita boleh cari kat negara kita. Kena pandai shopping la, & tak boleh malas2. huhu~ Tapi saya tak lupa juga celebrity chef2 kita di Malaysia seperti Chef Wan, Chef Jaafar Onn, Dato' Fazley Yaacob (abg Paji. huhu), Chef Florence Tan, dan ramai lagi. They are also a good cook, I can assure you. huhu~  

Saya juga pandai buat kuih raya jugak & kek. ahhaaaaa~~~ Kalau masa dah nak dekat raya, dah menjadi tugas utama bagi saya untuk menyiapkan kuih raya, contohnya biskut2 wajib seperti Cornflakes, Tart nenas, Badam, Kelapa, Samperit, dsb. Oh ya, saya tak guna butter sebab family saya tak makan butter. Instead, saya guna MAJERIN PLANTA. Huhu~ Kiranya, kerja saya hanyalah berada dalam dapur sahaja. Kerja2 rumah lain, tu semua abang2 n adik saya buat. Kerja saya cuma settle hal2 dapur sahaja. Lagi pressure kerja kat dapur sebab kadang2 tu dah malam pun still belum settle lagi. Tapi, nak buat kuih raya tu, jangan la lupa solat k. Tu yang penting. ^_^ Tapi maaflah buat pembaca2 sekalian; saya tidak menerima sebarang tempahan. huhuhu~ 

Kalau nak cerita tentang masakan yang saya pernah buat... Well, banyak jugak. Contohnya; Baked Macaroni, Gulai Ayam, dsbnya. huhuhu~ Lauk favourite saya sudah semestinya sambal tempoyak ikan bilis. HAHAHAHA!!! Tak lupa juga saya ni seorang yang sangat suka makan sayur-sayuran. Kalau kat atas meja ada ayam, daging, ikan, dan sayur; lauk yang pertama saya akan ambil ialah sayur. Saya boleh survive dengan hanya makan sayur je. Sebab saya suka! huhu~ Makan sayur macam makan daging. Tapi kena seimbang juga. Sebab kalau makan sayur je, nanti diet kita jadi tak betul dan ada juga side effectnya. Kalau nak tahu lebih lanjut sila tanga Mr.Google. ngehngehngeh~~ Oohh, ya saya sangat suka makan sandwiches. Restoran SUBWAY menjadi favourite lepak-ing place kalau lapar. omnomnomnomnom~~

Walaupun saya suka sangat bidang masakan, pernah juga saya bercita2 nak jadi chef, tapi, minat saya lebih kepada bidang Bahasa Inggeris dan Muzik (Major: Vokal). So, kiranya saya ni chef jugak, tapi CHEF DI DAPUR je lah ya. huhu~ I'm no pro, but In Shaa Allah, I'll improve my cooking from time to time. Cooking for pleasure! :D

P/s: Makan tu makan jugak. Tapi ingat, kesihatan itu juga perlu dijaga. Jangan terlebih makan, jangan kurang makan. Puasa tu lain cerita, tapi jangan sampai tahap OBESITI mahupun ANOREXIA. Tak tahu apa maksud dua benda tu? Senang, tanyalah Mr.Google. hahahahaha~

No comments:

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'