Followers

Saturday, December 21, 2013

Disember.



"Cahaya."

Assalamu'alaikum semua! 

Sedar tak sedar, dah nak habis bulan Disember dah. Exam beta pun dah baru je habis (YEAY! ^_^). So, kira merdeka la buat sementara waktu ni. Fuh...

Berakhirnya final exam, maka berakhirlah sem 7 bagi tahun 2013. So far, aku dapat harungi semua dugaan2 dalam sem ini dengan (inshaaAllah) jayanya. Sem ni banyak ajar aku supaya banyak bersabar dalam semua aspek; dari nafsu, tindakan, dan sebagainya. Alhamdulillah, so far, tenang je aku habiskan sem ni.

Sem ni jugak banyak mengajar aku erti Husnuzon. Tapi tu lah, kadang2 tu, ada jugak perasaan buruk sangka tu. Sebabnya kadang2 tindakan seseorang tu yang menyebabkan aku terfikir benda yang bukan2. Dan kadang2 tindakan aku juga menyebabkan orang lain terfikir yang bukan2; tapi for sure yang negatif itu bukan niat aku. Jahat syaitan ni sebenarnya, suka detikkan perasaan buruk sangka. HMMPHH!

Apa yang penting sekarang ni, aku kena make sure aku jaga perhubungan aku dengan semua orang yang aku sayang. Yup, aku kenal siapa diri aku.

Pernah aku post status kat facebook, refleksi bagi diri aku dan juga sahabat2 FB yang membacanya,:

"AMBIL BERAT dengan MENYIBUK itu adalah dua perkara yang berbeza. Bersyukurlah jika sehingga hari ini, saat ini masih ada yang sanggup gadaikan masa, harta dan tenaga kerana ambil berat tentang kita. Jangan sampai Allah tarik "rezeki" kita, barulah rasa nak menyesal. Apa2 halpun, segala apa yang berlaku itu semuanya kehendak Allah; pasti ada hikmahnya."

Tadi aku bagi tahu kat salah sorang sahabat aku, junior aku. Aku bagitahu dia, do'a yang sesuai untuk orang macam aku ialah:

"Ya Allah, jika betullah sipolan2 ini ialah jodoh sahabat aku sehingga ke Syurga (inshaaAllah), maka kau kuatkanlah ikatan perhubungan ukhuwwah kami dengan penuh kasih sayang ikhlas kerana-Mu. Dan Ya Allah, jika sipolan2 ini bukanlah jodoh sahabat aku seperti yang aku harapkan, maka kau jauhkanlah diri aku perlahan2 daripadanya dan jangan biarkan hatiku terikat dengan kasih sayang yang melampau batas terhadapnya lebih dari kasih terhadap-Mu. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui isi hatiku sebenar2nya."

Sekarang ini, segalanya aku berserah kepada Allah yang Maha Esa, Maha, Pengasih, Maha Pengampun, Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat diri aku. Segala yang berlaku, semuanya ada hikmah yang tersendiri. Semuanya datang dari-NYA.

P/S: Trust in Allah, Trust the Process. 

No comments:

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'