Followers

Monday, December 31, 2012

Pelancong di negeri sendiri. :D


Assalamu'alaikum semua!!!

Haha... kali ni punya story, memang shiok habis lah. Haha. 30hb Disember, aku jadi lone ranger, ronda-ronda kat Kuala Lumpur sorang-sorang(pada awalnya.). Meh aku share gambar2 aku masa dalam sesi ronda2 tu. hikhikhik~

 Okay, cerita dia cenggini. Hari ni aku pergi KLCC. Nak ke Kinokuniya Bookstore. Pada awalnya, aku ingatkan duit yg abg usrah(betul ke term ni? aq pakai je. kikiki... ) aku bagi dah selamat dimasukkan dlm akau aku. Lepas tu, aku check akaun, still RM2.90 something2. *malu... kikiki~~ Aku call dia, pastu baru dia bagitau yang duit tu dah dimasukkan, cumanya dia tak dapat nak transfer sebab pemprosesan dia tutup sabtu & ahad. So, kiranya hari isnin 31hb Disember 2012) baru lah diorang masuk kan. Alahai... potong stim betul la. Dah plan nak beli buku etc2, last2 cancel the tosai. hahaha~ xpe lah. Not today. So, dengan berbekalkan budget RM10, aku decide untuk jalan2 cuci mata je la... huhu~

Okay. Mula2 aku gi lepak kat Kinokuniya Bookstore.


Best pulak aku baca buku ni. Pasal perang dengan zombie. Nak beli la buku ni nanti!

Okay, someone kena belikan aku buku ni untuk hari jadi aku. Nak!!!! #GoGoManchesterUnited #WayneRooney *kat blog pun nak hashtag. hahaha~

Lepas tu, aku pergi kat Music section: one of my favourite section kat Kinokuniya bookstore.

 Lagi terjumpa buku-buku yang aku berkenan. Please, someone please buy me these books. PLEASE!!!

Lepas tu aku sebelum aku keluar dari bookstore, ternampak lagi buku yang kat bawah ni. RESIDENT EVIL ARCHIVES 1&2. Nak jugak buku ni for my birthday present! Mau, mau mau!!!!


Okay, setel je aku lepak2 kat Kinokuniya Bookstore selama sejam lebih kot. Ke, 2 jam? aku pun tak perasan. Terus aku keluar ronda2 kat tempat lain. Aku dok pikir, mana la aku nak jejak ni. Last2 aku decide nak gi tengok Menara KL. Terus aku ride kuda biru aku kesana.


 Dah lama aku tak jejak sini. Last aku datang pun dengan pak ngah aku. Saje je lepak2. Tapi dulu tak ada apa2 pun kat sini. Tapi sekarang, dah ada macam2.Wayang 3D la ape la. Lepas tu ada macam perkampungan melayu 1malaysia pulak kat sini. huhu~



Iguana ni jinak giler. Ada dua ekor. Satu tuan dia pegang, lagi satu dia letak kat sini. So, aku pun amik kesempatan nak belai beliau (iguana tu, bukan tuan dia. kikiki). 


Tetiba Upin Ipin pun ada buat demonstrasi kat groundfloor Menara KL tu. Sebab segan nak amik gambar sesama, aku amik jela gambar makcik2 ni. Kemain seronok beliau-beliau. Hikhik~

Takde pun aku nak naik atas menara tu, sebab tak cukup duit. kikiki~ Lepas tu, terus aku pulang ke KLCC. Tapi bukan ke KLCC; aku pergi ke Masjid As-Syakirin untuk menunaikan fardu Asar. Frankly speaking, ini lah pertama kali aku jejak ke masjid ni. Dah pergi KLCC banyak kali pun, tapi tak pernah singgah pun ke masjid ni. Subhanallah, cantik sungguh masjid ni. Tenang je. Lain kali kalo gi KLCC, mesti nak singgah sini jap. ^_^




Okay, lepas tu aku gerak pulak ke Pavilion. Kali kedua aku gi sana. Tak pernah pun discover tempat tu betul2. Aku pun lupa bila last aku pergi. Mostly barang2 dia mahal2, tapi ada je yang murah2. :D

Kat Pavilion la aku jumpa teman2 junior kampus aku. Finally, tugas aku sebagai pelancong lone ranger tamat. Haha. Mekasih la kat salah sorang daripada mereka ni yang sudi belanja beta makan kat Carl's Jr. Takpe, lain kali beta belanja korang pulak ye. huhuhu~~

*Maaf sekali lagi, tak snap gambar2 kat Pavilion. Antara sebab2nya, batery android Ace biru gua dah nak abis. huhuhuhu~~ 

Best keluar ngan korang. So accidentally! Kebetulan. Haha. 
*Gambar ni diambil oleh sahabat gua jugak. ^_^ Kiranya kami berempat la ni. :D

Haaaahhh~~ what a day! Syukur Alhamdulillah Ya Allah, dalam aku sorang2 tu, Kau bagi jugak sahabat2 untuk teman aku hari ni. Rezeki yang tak disangka2. :D

P/s: Mintak ampun mintak maaf, nama teman2 beta ni terpaksa dirahsiakan untuk sebab2 tertentu. Yang kenal tu tak apa lah. Yang tak kenal tu, harap maaf lah ye. Sekian, maceh-maceh. :D

Tuesday, December 18, 2012

Do you feel what I feel?


Assalamu'alaikum semua...

Well, sejak kebelakangan ni, aku rasa aku nak kembali aktif dalam penulisan blog. Actually, blog ni dah kira macam diari hidup aku, tapi semua boleh baca. Why? Sebab kat blog ni je lah yang aku boleh kongsi kot cerita2 hidup aku yang tak seberapa nak grand ni (tak semua perkara yang aku boleh share ya u'olls. hik!). kuikuikui~

Okay, kali ni aku nak share sikit secebis rasa hati aku. Sebenarnya, sejak kebelakangan ni, aku banyak berfikir. I mean, LITERALLY BANYAK berfikir, especially tentang orang lain. Yeah, sorry to say; aku bukan penyibuk atau apa, cumanya, bila aku dah kenal orang, dan aku mula sayang pada orang, aku mula care dekat orang lebih daripada aku care tentang diri aku sendiri (teruk kan? hurm).

Sekarang ni, aku tak tahu lah kan, ya memang aku banyak fikir tentang orang lain, tapi sebenarnya, orang lain ada ke fikir pasal aku? Aku rindu bagai nak rak, tapi orang lain ada ke rasa benda yang sama terhadap aku? I don't know, maybe perasaan kot... Ke aku yang perasan, bertepuk sebelah tangan?

Tebal muka.

Tu lah. Aku pun tak tau la nak cakap macam mana, tapi itu la yang aku rasa sekarang. Feels like ESTUPITO MORONIOUS sekejap.

Yup, memang aku sensitif. Memang aku sentimental. Sebab aku sayang, dan aku sangat care bila aku dah rapat dengan orang. Tapi tu lah, perpisahan itu tetap ada. Ramai je yang aku sayang dulu, dah anggap macam siblings dah pun, tapi break away bak kata Kelly Clarkson. Aku disisihkan. As usual lah. Memang sejak di bangku sekolah pun aku sentiasa DISISIHKAN oleh ramai orang.

I know who I am.

I know, I'm not as the normal typical guy who don't care what happen and always live in denial. Seriously, tak suka talam2 dua muka ni. When I said I care, I mean I literally care. When I say I love, I mean I literally love. Sebab aku tak suka perpisahan.

Aku dah muak dah.

Sedih je hati ni sebenarnya bila rasa macam ni. It hurts A LOT (macam perempuan pulak kan, tapi ini la hakikatnya.) But things happened. I'm sorry sebab ada berfikiran su'udzon, tapi kadang-kadang tu terasa jugak sebenarnya. Hati sakit, tapi diam je. Orang senyum, kita pun senyum je la. Shit, I really hate living in denial. Rasa macam tipu diri sendiri pulak.

However...

Dalam rasa2 macam ni, ada jugak yang secara tidak lansung, accidentally and spontaneously mengubat hati ini (ecececececehh). Ada je yang telefon. Dah berapa lama dah tak dengar khabar, last2 orang yang aku dah lama tak dengar khabar berita tu la yang telefon aku. Aku ingatkan dia dah lupa dah. Maklum lah, kesibukan diluar sana, bukan boleh dijangka. Tapi atas dasar kasih sayang dan rindu, memang hati aku terubat.

Tu lah, setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Dalam kita dok fikirkan orang lain yang mungkin tak reti nak APPRECIATE kita, ada lagi orang yang teringatkan kita tanpa kita sedari. Seriously, memang tak disangka-sangka. Itu yang buat aku terharu. Kerja ALLAH, siapa boleh jangka. Hanya DIA saja tau isi hati setiap HAMBA2-NYA. ALLAH Maha Adil. Yes. I can see that and I can feel that.

Bukan aku ni nak perhatian ke apa ke; Tapi, kalau betul la orang sekeliling aku ni ada hati dan perasaan, pasti dia faham apa yang aku maksudkan dan apa yang aku cuba zahirkan. Isi hati aku. How do I feel about them. Semuanya kenara nak memperkukuhkan pertalian silaturrahim. Tak nak rasa tersisih oleh sesiapa pun.

Maaf.

Maafkan aku jika berfikiran buruk. Maafkan aku jika aku terlampau sensitif. Maafkan aku jika mungkin aku terlampau manja. Maafkan aku jika aku ini terlampau menyusahkan. Maakan aku jika aku membuat orang sekeliling aku tidak selesa. Sekali lagi, bukanlah bermaksud aku seorang penyibuk, tapi  aku memang sorang yang mudah menyayangi dan sangat caring tentang orang lain. Semuanya kerana aku tak nak rasa tersisih. Tak nak kehilangan. Tak nak ditinggalkan. Aku dah puas dah rasa semua ini. Sedih sebenarnya hati aku. Tapi siapa je yang faham? ALLAH je yang faham betul. Payah aku nak cerita dekat orang, sebab aku tau nanti mesti kena gelak punya. Hurm...

Tapi, kalau rasa aku ini patut menjauhkan diri dari semua orang, aku akan pergi. Tak apa, aku dah biasa dah dengan semua ni. Sakit tu memang sakit, tapi nak buat macam mana kan. It's okay.

Tak pe lah, janji blog ni dah terangkan secebis isi hati aku yang tak brapa nak best ni. uhuhuhuhuu~~

P/s: Woah, bapak tacing la post aku kali ni. Ooh La Laaa. Mintak ampun mintak maaf, post ini tak ada kena mengena dengan yang hidup, mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian terima kasih. Ahaks.. X3


Saturday, December 15, 2012

Lessons Learned


Assalamu'alaikum semua!

Haaahhhh~~ lega rasanya lepas abis exam untuk sem ni. FREEDOM!!! FRESH AIR!!! Haha. Untuk sementara waktu je. kuikuikuikui~

Well, sem ni banyak sangat issue. Mostly emotional issues la kan. Ada yang happy, ada marah, sedih, dsbnya. Macam2 hal aku dah harungi dalam sem ni. Quite tired somehow, but still managed to stand tall even though I keep falling apart. 

I have learnt a lot through this semester. Love, Friendship, Heart. Too much since the first sem. I guess setelah 2 sem, sem ke 4 ni aku dapat rasakan seperti dejavu, tapi lebih cerita yang simple tapi lebih emosi. Oh wow, what a life. 

Dah hujung tahun. Alhamdulillah aku dapat akhiri tahun ini dengan bahagia. Mostly masalah dah selesai. Yup, the heart still hurts until now, but In Shaa Allah it'll get better from time to time. It will heal someday, some time...

Segala perkara yang berlaku dalam sem ni menyebabkan aku mengalami masalah KERINDUAN YANG TERAMAT SANGAT terhadap ramai orang sekeliling aku. Sahabat-sahabat aku yang berada jauh dari semenanjung, mahupun yg berada dlm semenanjung; Kekasih-kekasih hati aku (jangan ingat gepreng je tau. huhuhu); Mak, abah di kampung. Even ibu dan ayah, walaupun aku selalu pulang. 

Maaflah kalau aku bersikap sangat sentimental, tapi ini diri aku sebenar. I don't mind anymore if people can't accept me from being who I am, but this is me. 

Well, things happened. Aku tahu, Allah nak tengok sejauh mana aku boleh survive dengan ujian-NYA dalam sem ini. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya. Aku percaya dengan kuasa Allah yang sentiasa membantu hamba2-NYA yang berada dalam kesusahan.

That's the summary of this semester's story. Exhausted, but very, very meaningful to me. Terima kasih ALLAH. Syukur kepada-MU kerana masih lagi memberi aku peluang untuk bernafas dalam muka bumi ini untuk beribadat kepada-MU. Setiap ujian, pasti ada hikmahnya. Every cloud has a silver lining. I believe that. 

p/s: Jadi diri sendiri. Stand on your feet. Care about other people, but on the same time, take good care of yourself. 

Thursday, December 13, 2012

Family Masjid UNISEL

Assalamu'alaikum semua!!!

Huhu, mintak ampun mintak maaf sangat2 sebab dah lama tak update blog. dah tebal gile habuk blog ni, kena kikis dulu, lpas tu keca cuci, pastu kena kikis lagi, scrub pakai sabun ape semua, pastu cuci balik. huhuhu~ hyperbola sungguh. :D

Alright, kali ni saya nak introduce Family Masjid UNISEL, antara keluarga yang paling saya kasihi di UNISEL. Kalau tiada salah seorang ni, rasa kerinduan yang teramat sangat. huhu~

1. Ariff Asyraf

2. Abang Hafiz

3. Nazimie Jimmy

4. Syaif Anuar

5. Ustaz Azlizad Ijad

6. Ridzuan Wak

7. Abang Muizz

8. Abang Firdhaus

9. Amar Arif

Dan yang terakhir, abang yang paling banyak memberikan inspirasi dan nasihat kepada saya...

10. Abang Mahadir Madir

Mereka diatas ini adalah antara sahabat dan kekasih saya di UNISEL. Kami disatukan hati oleh Allah untuk bersama. Ada ramai lagi sahabat2 masjid yg baik2 tapi tak dapat diupdatekan(jangan marah ya. saya sayang kalian semua!). Mereka adalah antara nikmat rezeki yang paling BERHARGA diberi Allah selama saya berada di UNISEL. Saya rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka semua. Seriously, kalau salah seorang dari mereka tiada pada pandangan mata saya, rasa kerinduan itu pasti membuak-buak kerana kami berkasih sayang seperti adik-beradik kandung sendiri. Kamu satu keluarga. Mungkin boleh dipisahkan melalui jarak, tapi tak dapat dipisahkan dari hati.

p/s: UNIC - Sahabat Sejati. Sentimental Value punya post.

Team Nasyid Nur-I-See



Thursday, April 26, 2012

Backstreet Boys - More Than That

Backstreet Boys - More Than That
From the album Black&Blue


I can see that you've been crying
You can't hide it with a lie
What's the use in you denying
That what you have is wrong
I heard him promise you forever
But forever's come and gone
Baby, he would say whatever
It takes to keep you blind
To the truth between the lines, oh

[Chorus]
I will love you more than that
I won't say the words
Then take them back
Don't give loneliness a chance
Baby listen to me when I say
I will love you more than that

Baby, you deserve much better
What's the use in holding on
Don't you see it's now or never
Cause I just can't be friends
Baby knowing in the end, that

[Chorus]

There's not a day that passes by
I don't wonder why we haven't tried
It's not too late to change your mind
So take my hand, don't say goodbye

[Chorus]

p/s:The eighth track, the ballad "More than That", was praised by critics.Entertainment Weekly praised "the graceful way their voices blend on the chorus",[6] while Rolling Stone praised "the symphonic splendor of the track."[7] (source: Wikipedia)

Thursday, April 19, 2012

Mr/Mrs. Know It All.


Assalamu'alaikum To All... ^_^
p/s: Tajuk diatas tiada kena mengena dengan lagu Kelly Clarkson. Harap maklum. 

Hari ni, saya nak bercerita la sikit tentang gelagat manusia zaman sekarang ni:

CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Macam ni la, melalui pemerhatian saya lah kan, xkira la dari laman web sosial mana2 pun sekalipun, wujudnya situasi dimana terdapat golongan2 yang apabila mereka atau meluahkan idea/pendapat mereka, mereka akan sentiasa MEMPERBESAR2KAN dan akan menunjukkan bahawa PENDAPAT MEREKALAH YANG SENTIASA BETUL, TELUS, TEPAT dan sebagainya. pendapat orang lain semuanya salah belaka. tak ada yang betulnya. semuanya serba serbi kurang. 

Lepas tu, apa yang diorang cakap/luahkan tu TAK MENCERMINKAN SIAPA DIRI DIORANG yang sebenarnya. Dan yang paling teruknya, TAK NAK MENGAKU KESILAPAN DIRI MEREKA tu. Nak jugak menuding jari ke arah orang lain. 

Okay lah, frankly speaking, saya ni bukanlah pandai sangat nak berhujah2 gunakan fakta dan sebagainya. Malah, saya juga kurang reti untuk belawan2 kata2. Maklum lah, golongan2 tu kan golongan2 'cerdik2' belaka. So, dengan rendah dirinya, saya nak cakap, PLEASE STOP BOASTING YOURSELF. Anda pernah tak dengar dan faham maksud RIAK dan UJUB

RIAK


UJUB
Maksud ujub ialah menganggap dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya. Tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupai yang ianya pemberian dari Allah swt kepadanya. Ujub ini adalah punca kepada sifat takbur.


Sifat ujub ini suatu kelakuan hati yang sangat berbahaya dan tercela. Dia membinasakan ibadah dan menghilangkan pertolongan Allah swt.




Ego dalam sesuatu perbincangan itu melampaui keadaan sehingga hati sesama manusia ini terasa dan membuak2 perasaannya sehinggakan secara tidak lansungnya ingin memulakan pertengkaran dan membalas dendam yang tersirat dalam hati. "Maklumlah, orang dah jatuhkan kita, takkan kita xnak balas, kan?" macam tu pulak. Hilang kesabaran dan kelembutan diri kita sebagai seorang Muslim dan juga sebagai umat manusia. Hilang Humanity dan Sensitivity.

Ramai orang terkeliru dengan kata2 seseorang itu. Kita kena pandai menilai: Orang yang hanya memberitahu kebolehannya tentang sesuatu perkara dengan orang yang riak/ujub itu perkara yang berbeza. Pandai2 lah kita menilainya. 

Jangan hanya kita berbeza pendapat, terus nak bertelagah2 gaduh2 sakan. Masing2 cakap nak menyendat2, nak tunjuk hebat je belaka. bukan nak memperbaiki keadaan. Lepas tu, bila keadaan dah tegang, mula lah nak benci orang sana, benci orang sini. Lepas tu, PUTUS SUDAH SILATURRAHIM!!! 

Ingatlah, syaitan itu sentiasa akan cuba memperdaya manusia supaya kita akan sentiasa berburuk sangka terhadap orang lain. 

Fikir lah sahabat2 sekalian... Janganlah anda terpedaya dengan bisikan2 amarah yang syaitan dan iblis cuba masukkan dalam diri kita.

Wallahu'alam.

p/s: Sedih bila tengok umat manusia saling bertengkar. T_T Peringatan dan Renungan buat diri sendiri dan juga para pembaca sekalian.


Friday, March 2, 2012

Friendship. Far or Near.


Assalamu'alaikum to all...

Pada hari Juma'at yang penuh berkat ni, terpanggil pulak aku untuk post tentang something yang aku memang sayang sejak aku berada di UNISEL. 

SAHABAT-SAHABATKU

Aku ingat lagi, ada satu masa tu, kawan lama aku dari Sekolah Teknik Slim River call. Dia boleh bantai tanya, "Kau kat sana macam mana skarang, dah ada kawan dah?" Tu lah dia. masa aku berada di sekolah menengah dulu, bukan la dalam kategori tak ada, tapi tak ramai. Walau bagaimana pun, aku still ada sahabat2 yang masih lagi aku sayang & aku ingat dan insyaAllah diorang pun akan ingat sama aku. 

Sejak aku masuk UNISEL, aku rasa, diri aku lebih di-appreciate oleh sahabat2 aku. Itu menyebabkan aku rasa sangat bersyukur, setelah lama detik2 hitam yang aku harungi pada zaman sekolah dulu, inilah antara hadiah yang sangat bemakna buat aku. 

Sahabat2 aku ramai disini. Kalau nak post semua gambar2 diorang, memang agak payah la kan. Tapi, kali ni, aku nak share kat korang semua, inilah antara sahabat2 yang sangat aku appreciate & sayang.

1. Dzaquan Imran 

2. Danial Muhaimin

3. Mas, Tini, Izzah & Imah

Tapi, dalam ramai2 ni, tak ada siapa pun yang boleh menandingi sahabat aku sorang ni. Dari awal aku jejak UNiSEL, dia lah yang sentiasa berada disamping aku ketika aku susah mahupun senang. The best listener that I've ever had:

4. Muhammad Syukri

Mereka2 diatas ni telah "di-listed"(pun boleh la) sebagai sahabat2 yang ter-best aku pernah ada  sejak aku masuk UNISEL.

Seriously, ramai sahabat2 aku, cuma aku tak larat nak menglistkan kesemua mereka2 ni. huhu. kalau nak diikutkan, Satu kelas tu ada dalam lebih kurang 30 orang. 2 kelas dah brape? haaaa~~ tak ke ramai gitu. huhu... tapi takpe, yang tak terlist tu pun sahabat2 aku jugak. Sorry ekk korang!!! :P

Okay, kalau nak di listkan sahabat2 aku dari jauh, aku paling rapat dengan dia ni sampai skarang:

Riza Hazrin 

Dia ni sahabat aku ketika aku berada di Sekolah Teknik Slim River, Perak. Kat sana, dia ni la antara yang paling rapat dengan aku. Sampai sekarang pun still in contact lagi. Walaupun jarang jumpa sebab jauh, tapi InsyaAllah hati aku takkan pernah lupakan beliau (chewah! :D)

Okay, tak lupa juga sahabat2 aku ketika aku di Tingkatan 6, antara yang paling rapat dengan aku:

Mohd Safuan

Ehehehehe~~ Ini mamat sama lagi 5 orang sahabat kelas aku; Habibah, Zuraida, Hafizah, Ayuni, Hidayu, Yasran Aiman & Farid, antara penyeri hidup aku masa zaman tingkatan 6. Mereka antara orang2 yang support aku pada masa itu. Makan kat kantin pun satu table makan sama2. Kenangan terindah itu semua. The best form 6 friends that I ever had. ^_^

Aku bersyukur sangat2, selepas je aku tamat tingkatan 5, dan bila aku mula jejak masuk ke tingkatan 6 sampai sekarang, dari situ lah aku mula merasai kenikmatan mempunyai sahabat2 yang sentiasa support aku bila aku susah, sama2 happy, sama2 gaduh, pastu sama2 happy balik, macam2 ragam. Nikmat punya SAHABAT yang BAIK. Syukur Alhamdulillah.

p/s1: kepada mereka2 yang tak tersebut tu, aku mintak maaf, mintak ampun. jangan risau, korang semua berada dalam hati aku. terima kasih sebab sudi jadi sahabat2 aku yang tercinta. dan lagi satu, kalau aku terlupa kat korang, ingat2kan lah aku. sesungguhnya aku cuma manusia biasa, banyak kelemahan. ^_^

Thursday, March 1, 2012

Nasihat seorang pakcik tua...


(Gambar sekadar hiasan. Pakcik dalam gambar ni bukan pakcik tua yang aku jumpa tau. ^_^)

Assalamu'alaikum to all...

Haha... Dah lama sangat rasanya xupdate blog. ada la dalam sebulan gitu. Pergh... dah bersesawang dah blog ni. Takpe2, hari ni aku kemas-kini, lap2, buang habuk, etc2. :)

Okay, topik hari ini, hurm... sangat menyentuh hati aku sebagai seorang anak, sebagai sorang manusia, sebagai hamba Allah. Macam2 aku dapat dalam masa yang singkat. Terima kasih kepada seorang pakcik tua (ayah kepada taukey kedai) yang sudi teman aku menjamah makanan tengahari (Nasi+Sayur Taugeh+Gulai Nangka+Teh 'O' Ais kurang manis. Nyumm~~). 

Sekarang, nak dijadikan cerita...

ABAH/AYAH/FATHER/DADDY/APPA/BAPAK/APAK

Okay, cerita pertama bermula bila pakcik cerita tentang kehidupan dia dan kawan2 dia. Sebagai mukadimah, dia cerita, apa rasanya bila ayah atau ibu kita dah tak ada. Betul. Hari2 aku dok fikir, aku ni dah bersedia ke, bila perkara2 macam ni berlaku kat aku nanti? Lantas, pakcik jawab, " Walau bagaimana pun kita bersedia, kita pasti juga akan bersedih yang teramat bila orang yang kita sayang pergi buat selama2nya."

Pakcik cerita tentang seorang kawannya, katakanlah, Pakcik A. Pakcik A punya kawan, katakanlah Pakcik B, dari Indonesia, baru kehilangan satu2nya anak yang disayanginya. Dia xde anak lain dah. Malangnya dia tak sempat pun nak tengok arwah anaknya, memandangkan dia skarang di Malaysia dan arwah anaknya di Indonesia. Rasa sedih seorang ayah yang sayangkan anaknya itu menyelubungi diri Pakcik B, sampai dia sanggup "minum" untuk tenangkan hati. Dia kehilangan. Dia dalam keadaan sesat(lost). Anak yang disayanginya kembali ke Rahmatullah dan dia tak sempat untuk menjenguknya lansung. Pakcik A cuba untuk menasihati Pakcik B supaya tidak minum lagi, yakin kepada Qada' dan Qadar serta taubat kepada Allah.

Walau bagaimanapun, tak lama selepas itu, Pakcik A juga kehilangan anaknya (kalau xsilap anak perempuan kerana mengidap kanser). Pada masa itu, anaknya baru berumur 16thn. Pakcik A tu tak la dalam kategori kaya(nanti kita masuk topik ni), tapi dalam kategori orang senang jugak la. Dia sanggup bagi apa2 je asalkan hidup anaknya senang. Tapi malangnya, anaknya pun dah kembali ke Rahmatullah. X lama lepas tu, dia cerita la kat pakcik ni, skang baru dia rasa dan skang baru la dia faham perasaan Pakcik B ni tadi, macam mana rasanya kehilangan anak yang disayanginya. 

Dari sini, kita tau bahawa AYAH tu sangat sayangkan kita. Kita mungkin takkan tahu, sebab selalunya AYAH kita ni susah sikit nak faham; tapi, kalau kita perasan, AYAH kita ni ada cara tarikan serta kelebihannya sendiri dimana cuma anak yang BETUL2 FAHAM dan KENAL ayahnya saja yang tau. Pakcik tua pesan, sayang la mak bapak kita selagi mereka masih ada. Appreciate mereka. Nanti bila mereka dah tak ada sok, rasa la betapa peritnya, betapa susahnya nak tenangkan hati bila tengok lepas sorang, sorang pergi dari hidup kita. 

Aku cabar korang (dalam hati ni nangis menulis post ni), korang nak belagak depan mak bapak korang? Korang nak kurang ajar ngan mak bapak korang? Korang tak pedulikan mak bapak korang? AKU NAK TENGOK ESOK (KALAU BERKESEMPATAN), BILA JENAZAH MAK/BAPAK KORANG DEPAN MATA KORANG, AKU NAK TENGOK KORANG HAPPY, GELAK KETAWA, TAK NANGIS LANGSUNG. Puas kan? Best jadi anak derhaka ni. 

ORANG KAYA

Seterusnya, aku pun cerita la sikit2 pasal diri aku. Ayah aku cuma seorang drebar, Ibu aku dah pencen. So, aku bukan la datang dari kluarga kaya2. Tapi Alhamdulillah, setakat ni, keluarga aku senang. Syukur. Ibu slalu cerita, masa aku kecik2 dulu, ibu mesi nak melaram anak2 dia, xkira la laki ke pompuan. Pakai baju branded je, tapi xde la mahal2. Kiko atau KikiLala tu la baju yg berjenama aku pakai masa kecik2 dulu.

Pakcik tua pun cerita la pasal diri dia. Dia kata, dia bukanla orang kaya, tapi Alhamdulillah, dia biasa2 saja. Sederhana, tapi senang. Dia cakap, "Ingat jadi orang kaya ni senang ke? Lagi susah daripada orang miskin. Sebabnya: Nak kena bayar zakat, nak kena berbaik2 dengan orang2 miskin, nak kena sedekah, Nak kena jaga keluarga sanak saudara, kena banyak buat amal jariah la katakan. Semua kena jaga." Pakcik juga ada mengatakan, orang kaya ni sepatutnya bagi orang2 yg dibawah dia senang, turun skali makan dengan diorang. Tak boleh ego. Sebab itu tuntutan agama.Tapi tu lah, brapa ramai sangat yang orang yang berstatus KAYA ni seikhlas begitu? Aku tak nafikan bahawa ada orang2 kaya yang sangat pemurah dan baik hati. Tapi persoalannya, BERAPA RAMAIKAH YANG BERSIKAP BEGITU; RENDAH DIRI, PEMURAH, BAIK HATI, dan yang penting IKHLAS DAN SENTIASA TAHU DAN MENJALANKAN TUGAS YANG DIPIKUL SEBAGAI SEORANG YANG BERSTATUS "KAYA"?

Pakcik cerita lagi tentang kehidupannya; dia juga ada sedara yang berstatus/berpangkat menteri, tapi JARANG SEKALI sedara dia tu datang ke rumah sedara-mara atau rumah pakcik tua itu sendiri. Bila ditanya kenapa tak datang2/singgah2 rumah, boleh pulak dijawab "Buat apa aku datang rumah korang? Baik aku datang pejabat, lagi bagus. Orang dok siap bagi salam kat aku dari jauh lagi bila dorang nampak aku..." Dalam hati aku, mahu je aku menyumpah seranah orang2 macam tu. Pakcik kata lagi, kebanyakannya orang2 kaya ni SOMBONG, BONGKAK, TAMAK, dan sebagainya. Sebab itu lah kita kena mencontohi Rasulullah; Beliau tidak kaya, hanya hidup bersederhana, tetapi disanjungi dan dikasihi oleh semua umat Islam di muka bumi ini kerana kejujuran, keikhlasan serta banyak lagi nilai2 murni yang terdapat pada Rasulullah S.A.W. Jadi, sebenarnya, jadi orang kaya ni bukan la sesenang dan semudah yang disangkakan. Oh ya, aku teringat ayah aku cerita, ada la makhluk Allah yg berstatus kaya ni, asal dia bangun je dari tidur, dia dok pikir orang NAK BUNUH dia. Tu tandanya dia tak tenang la tu, sebab dia kaya kan? Nanti orang dok cemburu kat dia sebab dia kaya, tu pasal la dia asyik dok pikir orang nak bunuh dia je hari2, benak hati aku.

So, sebagai konklusi untuk part "ORANG KAYA" ni, aku cuma nak cakap, BERSYUKURLAH dengan rezeki yang kita ada sekarang ni. Tak kira la kita ni KAYA ke, SEDERHANA ke, MISKIN ke, asalkan kita hidup senang, jujur, amanah, ikhlas menjalankan tugas yang kita pikul. Tak guna pun kalau kita miskin tapi kita tak berusaha serta asyik menadah rezeki masuk ke mulut. Tak guna pun kalau kita kaya tapi kita tak pernah nak bagi bantuan kepada orang susah. Kalau bagi pun sekadar hendak menunjuk2 serta tidak ikhlas. Nawaitu (Niat) kita kena perbaiki supaya kita tak lari dari landasan hidup yang baik.

Terima kasih pakcik. Terima kasih sangat2 sebab bagi aku nasihat yang bagi aku, sangat berguna untuk aku. Nasihat yang dia bagi, aku sharekan dengan korang semua. Selamat membaca, dan selamat mempraktikkan nasihat seorang pakcik tua ini. Alhamdulillah, syukur, Sambil2 makan tengahari pun boleh dapat input2 berguna untuk masa akan datang.

p/s: Kita sama-sama muhasabah diri k! :D

Saturday, February 18, 2012

Patti Austin - Any Other Fool


I couldn’t see paradise right before my eyes
And when I had you here by my side
I didn’t know that no one else could ever take your place
But now I know 
I know that I should have stayed
And seeing you tonight
I only wonder why
I ever said goodbye

Any other fool would never walk away
Even a fool would still be there holding you
Any other fool would know I never should have let you go
I had it all as any fool could see
Any other fool but me

Any one else never would have let the feeling die
Any one else would have fought to keep it alive
If they were in my shoes
They’d know the love we had was love too good to lose

Any other fool would never walk away
Even a fool would still be there holding you
Any other fool would know I never should have let you go
I had it all when you were loving me 
I had it all as any fool could see
Any other fool but me

I had it all when you were loving me (had all the love I ever need)
I had it all as any fool could see (any other fool but me)

Any other fool would never walk away (any other fool)
Even a fool would still be there holding you
Any other fool would know I never should have let you go
I had it all as any fool could see 
Any other fool but me

Any other fool but me

Even a fool would still be there holding you
Any other fool would know I never should have let you go
I had it all as any fool could see 
Any other fool but me

Monday, January 23, 2012

Glee Cast - The First Time Ever I Saw Your Face



The first time ever I saw your faceI thought the sun rose in your eyesAnd the moon and the stars were the gifts you gaveTo the dark and the end of the skies (my love)

And the first time ever I kissed your mouthI thought the earth moved in my handLike the trembling heart of a captive birdThat was there at my command (my love)

And the first time ever I lay with youI felt your heart so close to mineAnd I knew our joy would fill the earthAnd last till the end of time (my love)

And the first time ever I saw your faceyour face, your faceyour face

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'