Followers

Sunday, May 31, 2009

Aiyaa... Kena Tagged Pulak!

I've been tagged by my school junior, Izdyhar !!! Wachaa!!!

1.Beside your lips, which your favourite spot to get kissed?
Of course my cheek! kikiki...;p

2.How do you feel when you woke up this morning?
31/05/09-Frustrated cos' my big bro's PS2 rosak.
Melepas peluang...

3:Who was the last person/people you took photos with?
My cousin az-rain a.k.a oxygen-me and my brothers. [yesterday masa tengah jamming main guitar hero. Wiehaa ;)]

4.Would you considered yourself spoiled?
No. I am independent man, ok. Siape la jantan yang x reti jaga diri tu? huhuhu 0_0

5.Will you ever donate blood?
Someday.

6.Do you want someone 2 be dead?
a. The zionist who killed so many innocent people
b. People who are cold hearted.

7. What does you last text message says?
opss, private! huhu;}

8. What are you thinking right now?
How to finish this tag questions. kikiki...

9.Have you ever have a best friend who was of the opposite sex?
Of course ada. Ramai!

10. Do you want someone to be with you right now?
No. I just wanna be alone. tapi kalau boleh, I wanna be with my GF...

11. What was the time you went to bed yesterday?
12.30 am. Tired daa...

12. Where did you buy the tee you are wearing now?
The Store Jalan Ipoh. RM60++ tau. huhu;-]

13. Who was the last persom who text message you?
My classmate, Ayuni. x]

14. Is someone on you mind right now?
My GF...

THE LUCKIEST PERSON TO DO THIS QUIZ:
Any body who read my Tagged-lah. Muahahaa!!!

Saturday, May 30, 2009

Atoi...

Sick, Pain, Agony...

When I just woke up this morning, I still felt all the sakit2 lepas menari semalam;

1.Sakit lengan
2.Sakit lutut
3.Sakit pinggang
4.Sakit belakang, atoi...
5.Tangan lenguh, haiya...

and last but not least,

6.Sakit hati!!!

Memang tak adil lansung cos' my final year of Teachers' Day Celebration turned out horrible, but thank god, He gave The Mask Of Furious 5 second chance to carry on with our show. Alhamdulillah. But right now, I just need somebody to urut my back. Haiya...

p/s: URUT PLEASE!!!!! Cakit nie... uweeekkk!!!

Friday, May 29, 2009

Hellish Nightmares turns to Heaven Dreams... (Part 2)

Continued from part 1...

Lepas tu, kitorang bergerak ke tapak permainan di belakang sebuah surau yang berdekatan dengan sekolah kitorang.

Sampai hati dia buat macam nie. Tak ada hati perut langsung... Malu lah kita, dia halau kita depan orang ramai... Kita nak buat persembahan untuk dia jugak, tapi, ini yang dia balas kat kita... Aku tak puas hati lah. Mana perginya budi bahasa dia, boleh main Bapak2 pulak. Lepas tu, tuduh kita biadap dengan dia, Aku rasa, dia yang biadab ada la. Cakap pun tak beralas...

Macam2 keluar dari mulut kitorang. Syamim ngan Zhafir dah meleleh. Termasuklah Ucop yang dah sekian lama berkorban macam2 untuk performance sekolah. "Abang Haziq macam mana, kan abang ada banyak show? Kesian abang..." cakap Syamim. "Alah nak buat macam mana, dah dia dah halau..." I said. "Kalau kita tak buat show hari ni, kalau abang tak buat show, mesti kucar kacir kan," kata Ucop. " Memang pun. Kalau kita tak buat show, mesti cikgu2 kat sekolah 100% salah kan dia. Baru padan muka dia!" Kata Syamim. "Tapi aku malu lah nak jumpa ngan Cikgu Laila. Aku kesian tengaok dia, mesti dia nangis, kan?" Kata Zhafir, air matanya meleleh.

Nak dipendekkan cerita, Ucop ajak kitorang pergi dari situ, tapi I cakap I tak boleh pergi mana2 sebab I takde duit. Tapi entah macam mana, hati Ucop tersentak untuk balik semula ke sekolah. Walaupun Syamim hampir putus asa, dia ikut jugak kitorang pergi ke bus stop depan sekolah kitorang. Then, ada sorang pengawas ngan security tadi cakap Cikgu Laila nak jumpa kitorang, tapi, kitorang dah hilang. Terus, pengawas tue(Eusof) panggil Mama kitorang.

Rupanya, bukan Mama je yang datang, Cikgu Mazlin Kaunselor sekolah( Pn.Fazliah, Pn.Salya dan En. Saiful Razel) dengan PK HEM sekolah (En. Ab.Samad) datang, makcik Embun ngan Makcik Mon pun ada datang pujuk kitorang balik ke sekolah untuk teruskan rancangan kitorang pada hari ni. Makcik Mon menangis depan kitorang sambil berkata, "Tadi, pengawal, pengawas ngan makcik2 skali dia tengking cakap kenapa kami bagi korang masuk. Makcik sedih tau, makcik kesian kat korang yang nak buat persembahan untuk cikgu2. Korang dah berlatih lama." "Dia memang macam tu, dengan makcik yang lebih tua ni pun dia tak hormat. dia boleh tengking makcik satu hari tu, dia suruh makcik jangan senyum2 dengan pelajar dan guru2 sekolah ni, sedangkan budak2 selalu bagi salam kat makcik," sambung makcik Embun. Apa yang I tak boleh lupakan masa diorang pujuk tu ialah kata2 Pn.Fazliah; " Apa yang awak semua buat pada hari ni memang mulia. Awak semua sanggup terima dugaan ini semata-mata nak memberi sumbangan kepada guru2 di sekolah ini. Tapi, awak semua tak boleh putus asa macam ni sebab bukan kami sahaja, semua warga sekolah ini mengharapkan kedatangan awak semua untuk membuat persembahan untuk menghiburkan cikgu2 dan rakan2 awak. Kami perlukan awak. " "Kalau awak nak tahu, satu sekolah tahu cerita kes ini tau. Semua orang rasa tak puas hati dengan dia sebab perkara ini."

"Takpe lah, nanti cikgu cakap dengan dia." kata Pn.Fazliah lagi. Macam2 lagi cikgu2 lain cakap untuk pulihkan semangat kitorang. Kemudiannya, kami diberikan sepasang kemeja sekolah hasil pinjaman dari pelajar asrama (Tengkiu korang!). Lantas, kami masuk ke kawasan sekolah dengan muka tebal. Semua pelajar melihat kami. Segan siot...

Sampai je di bilik kesihatan, kami sempat membuat persiapan terakhir untuk performance har ini. Kemudiannya Mama kitorang pun sampai. Kitorang rasa sangat terharu. Rupa2nya dia baru gaduh ngan K tadi. " Korang tau tak apa mama cakap tadi? Tadi Ma cakap, kenapa sampai macam ni sekali, halau kitorang. Dia tengking "Awak jangan masuk campur hal saya." Pastu Ma cakap la kat dia, hal apa ? Dia tau ke apa yang dia cakap, apa yang dia dah buat?Macam2 lagi ma cakap kat dia. Masa tu Ma dah meleleh dah air mata. Terus dia senyap je. Biasa la, Ma kan tak reti gaduh, meleleh air mata je sudah," Kata Pn.Noraila. Terus, kitorang salam+peluk cium dia. Terharunya...

Alhamdulillah, rancangan kami dah tak tergantung lagi. Semua berjalan dengan lancar hingga akhir majlis, tapi K takde. Elok la tue, gi mampus sama dia! Lepas tu, ada dengar citer, dia jatuh tergolek kat depan pentas, kalau tak silap, ada group KRS dajal dia. Pastu, skali lagi dia terjatuh kat padang sampai luka2 dan berbalut. Padan muka dia. Dia dah kena balasannya. Siapa suruh halau orang yang nak bagi sumbangan kepada sekolah. Tuhan nak bagi balas sekejap je. Baru dia tau langit tinggi rendah.

p/s: This is really a real story+case+scene. Next time, jangan buat jahat dengan orang. Tuhan nampak, dia boleh balas balik ap yang kita buat bila2 masa je. So, Happy Teachers' Day.
Jangan buat leceh...

Hellish Nightmares turns to Heaven Dreams... (Part 1)

Today is the Teachers' Day Celebration at my school (S.M.K.R.A), but something terrible happened to my dancing group a.k.a. THE MASK OF FURIOUS FIVE.

This morning, 4 of the group including me (another 3-Ucop(lead choreographer), Syamim and Zhafir(both of this people are brothers) went to school quite late because we need to prepare something for the show.

But unluckily, when we arrived, there was this teacher (I don't want to call his name because for me, he himself is so stupid , jerk, jackass, and so much more. I Hate Him!!! with this, I shall describe him as 'K'...), we don't know what's wrong with him today, he's like he wants to kill us all who came late. We know we were late.

Then, when we just came in from the school gate, he shouted to us (IN FRONT OF THE PEOPLE WHO WERE WALKING NEARBY. RAMAI TAU!) then he asked, "Kenapa awak datang lambat? Awak tahu tak sekarang dah pukul berapa? Mana baju sekolah awak (memang kitorang x pakai baju sekolah pun time tue sebab dah x sempat. Yikes!!)?" Then Ucop answered, " Maaf, cikgu. Kami tahu kami dah lambat sebab kami kena buat preparation untuk show hari ini. So, kami terpaksa pakai terus kostum kami sebab dah tak sempat nak tukar. Apa yang kami fikir, bila kami sampai, kami kena terus masuk ke belakang dewan. Itu je." Then, dia jerit kat kitorang, totally macam kitorang nie BINATANG, " Awak ingat sekolah ini BAPAK AWAK YANG PUNYA, haa?( Aik, kitorang cakap elok2, dia boleh main bapak2 pulak. THIS IS TOO MUCH!!!)
Ingat awak boleh dantang sekolah suka2 hati awak? Dengan tak berbaju sekolahnya, terus je masuk sekolah. Sekarang saya nak awak balik, tukar baju sekolah dan datang balik." " Cikgu, rumah kami jauh, tak sempat... " I said. " Kalau macam tu, saya HALAU awak balik. Saya tak kira, selagi awak tak berbaju uniform, saya takkan benarkan awak semua masuk." Tapi, kami ada banyak performance, cikgu," again I said. " Saya akan bagi tahu Pn. Norlaila, semua show yang awak ambil bahagian , CANCEL! Sudah, pergi balik!" Dia boleh jerit macam tu kat kitorang depan2 every single eyes yang berada kat situ. Kitorang rasa down+x de mood dah nak buat performance.

Then, kitorang stay jap kat bus stop kat depan sekolah. "Sampai hati dia cakap macam tu kat kita...," I said. Few minutes later, the prefects(Eusof and Zul), the security, and the makcik cleaners (Mak cik Embun and Mak cik Mon ) panggil kitorang masuk senyap2, so this K tak nampak. At first, memanglah dia tak perasan. Then, we went straight to Pn.Norlaila's office(where K's room is next to her's). The room was not locked. We tried to hide there, but, he discovered after that. Again, he shouted, "Apa hal awak buat dekat sini? Kan saya dah HALAU awak balik. Kenapa awak berani masuk sekolah balik? Awak ingat ni sekolah BAPAK awak?" Kitorang diam je masa tu, tak berani nak melawan. "Sudah, awak tulis nama awak dalam kertas ni. Cepat!" Then, Ucop voluntered to write all our names on that paper. After that we were just went to pick up our stuff. Again he shouted, " KEPALA BAPAK AWAK! AWAK INGAT SEKOLAH NI BAPAK AWAK PUNYA, TAK ADA KELAS!? PERGI TULIS KELAS AWAK!" Dengan muka yang bengang+sedih, I voluntered to write our class names. Then, Syamim write the mistakes that we've done;

1. Came late to school
2. Tak pakai baju uniform

Then, Syamim asked us, " Apa lagi ye? Ini je kan kesalahan yang kita dah buat." Tiba-tiba, K sambung "Biadap dengan guru!" Masa tu jugak, kitorang rasa macam ada petir+halilintar meletup kat kepala kitorang. SEJAK BILA PULAK KITORANG BIADAP DENGAN DIA? DIA YANG TAK BERBUDI BAHASA DEPAN KITORANG, ADA LAH!

Then, ada satu student, nama dia Dewi ( kawan kitorang ) datang nak ambik barang. Then, K told her to call Pn.Norlaila. Then she arrived. "Laila, ini ke yang awak ajar dekat diorang ni? Sampai diorang ingat sekolah ni bapak diorang yang punya? Saya nak awak cancel semua show yang melibatkan diorang. Faham?" Perrgh, dia maki 'Mama' kitorang. Ini dah melampaui batas! AARRRRGGGGHHH!!!!

"Sekarang saya nak hantar awak semua balik. Ikut saya." Ucop, Syamim ngan Zhafir ikut dia, tapi I tunggu jap nak cakap ngan Cikgu Laila. "Cikgu, macam mana ni. Kenapa dia boleh cakap macam tu sekali, dah tak ada budi bahasa dah," I said. "Nak buat macam mana, dah dia memang macam tu. Takpe lah, show awak saya cancel, show saya pun saya cancel," cakap Cikgu Laila dengan nada sedih. Pilu gilerr...

Then, diorang dah tercegat dah kat depan pintu pagar. I pun datang slowly2. "Sekarang, saya nak awak balik rumah awak masing2. Kalalu saya tau awak masuk lagi dalam kawasan sekolah, saya gantung awak semua. FAHAM?" kata K. Kitorang pun keluar dengan perasaan sedih+malu+pilu+ tak puas hati+geram +macam lagi. Then kitorang tunggu je depan sekolah, dengan harapan Cikgu Laila akan keluar jumpa kitorang...

To Be Continue...

Thursday, May 28, 2009

I Can't Wait!!!

Yea yea!!! Finaly, the mid-term exams were finished! Yahooooo!

On the upcoming friday(29th of May,2009), our school will held a Teachers' Day Celebration! Yeayyyyy! I'm parcitipating in most of the show on that day:

1:Duet singing with Pn.Mazlin a.k.a. Cik Jolie
2:Singing Solo
3:Duet with En Azlan(warden asrama)(I'm playing guitar on that day, I think...)
4:Dance with the teachers

and last but not least,
5:I'm joining the Furious 5 dancing group(all boyz!) We will do hip hop dance for Jai Ho-Pussycat Dolls and Pokerface-Lady Gaga medley. Gile susah, tapi shiok!

I can't wait for that day!!!!

p/s: Happy Teachers' Day to all the teachers out there.

Sunday, May 17, 2009

1st Vocal Class's Assignment

Today, all of us have to SING! Alamak...

Every class, before we start to learn, kitorang kena practice our breathing and DoReMi from the lowest to the highest not.

Tips on SINGING:

1. Masa tarik suara, jangan dongakkan kepala anda, jangan sengetkan kepala anda ( Bak kata Cikgu Sari & Cikgu Huz ) sebab suara anda kemungkinan akan cepat 'MATI' & nanti suara anda akan menjadi belong.

2. Actually, kalau nyanyi pakai microphone OK, tapi kalau TAK PAKAI lagi BEST, Because it'll train your voice to become lighter(ringan). Nanti, x de la sampai tercekik time nyanyi sebab suara anda ringan!

But then, justbefore all of us finished our class, ada artis yang bagi ceramah kat kitorang. I've forgot, which group he was, but he is so popular until now. His name is Imran ( not Imran ajmain k.) He told us so many things about the art of music.

What he sez:
1. The first word that Allah turunkan kepada Nabi Muhammad is Iqrabbismirabbikallazi khalaq (which means Write and Read). It means that if we don't have the art, then how are we going to read and write because the art of write and read is needed.

2. Bila kita baca Al-Quran, kita perlukan seni membaca (dengungan, baca mengikut hukum, penghayatan, dll). itu juga dinamakan seni.

3. Seni muzik 'mampu' untuk mengubah emosi seseorang( Daripada mood marah/sedih/bengang dll kepada Happy , dan sebaliknya). Bak kata beliau, The world is made by voice, but it also going to destroy because of voice. This is because, god has TOLD that he is going to create the world, then he did it. But the world will destroy because of the human voice, which means lots of crazy emotions are burning in their hearts and they will SAY about war and all the bad things that makes the world destroy. So again, music is important because it can change peoples' emotion.

3. Kalau anda rasa:
a. rasa nak tunjukkan anda terer nyanyi tanpa keikhlasan
b. riak
c. kedekut ilmu nak mengajar seseorang tentang seni muzik
d. dan sbgnya yang merujuk kepada keburukan
= x payah la nak jadi musician, sebab seni adalah 'darjat' yang paling tinggi kerana ianya adalah salah satu daripada kurniaan tuhan kepada manusia. So use it well. Remember that the arts that we have is belong to the god.

Itulah gamaknya yang dia cakap. So, pandai2 la gunakan seni muzik ini. Gunakan ia dengan kebaikan dan keikhlasan.

p/s: apa yang dia cakap tue, semua ada poin.

Sunday, May 10, 2009

Lagi lesson vokal...

Lesson 5: Bubbling

If u guys tengok Akademi Fantasia, mesti korang dapat tengok cara diorang bubbling mulut dorang mcm nie (Brbrbrbrbrbrbrbrbrbrbrbrbrbrb.....) lama2. Hal ini dilakukan untuk me'reflex'kan bibir, area mulut dan lidah supaya ia lebih flexible.

Lesson 6: Registering

Registering bermaksud u guys kena registering level not korang dari rendah ke level not tinggi. Macam biasa, korang kena baiki Do Re Mi Fa So La Ti Do dari vokal rendah ke tinggi supaya korang boleh tarik suara korang hingga ke not yang paling tinggi. Kalau x register suara korang, alamatnya gerenti suar korang jadi 'belong' punya.

Lesson 7: Ikut not yang ditetapkan

Kalau not yang dimainkan adalah Do rendah, vokal anda mestilah berbunyi Do rendah. Kalau not yang dimainkan adalah Do tinggi, vokal anda juga mestilah berbunyi Do tinggi. Jangan silap tentang perkara ini kerana ramai penyanyi amatur telah gagal mengikut not yang ditetapkan. Sebab itulah suara dorang sumbang+mambang+sumbing. Pitching lari.

p/s:mesti buat latihan selalu...

Wednesday, May 6, 2009

Next Lesson ( Vocal Class ) Continue...

Lesson 2:

Tahan nafas dari perut (2 sec.), lepas tue, lepaskan dengan cara 'hishhhhhh' selama 4 sec. Perut tidak dibenarkan mengempis.
Motif: sama seperti ketika menyanyi, kita ambil nafas melalui mulut, dan kita lepaskan apabila kita keluarkan suara. Cara ini membuatkan kita lebih senang untuk menahan perut ketika angin dilepaskan ketika kita menyanyi.

Lesson 3: Perkara asas yang perlu dibuat dalam vokal:
1. Ritma/Rhythm
Ritma, atau dikenali sebagai tempo lagu.
Kita haruslah mengikut tempo lagu yang ditetapkan ketika menyanyi agar bunyi
lagu dan suara menjadi sekata@synchronize. Terpulang kepada lagu yang
dinyanyikan, sama ada lagu itu sesuai untuk dilambatkan suara dari tempo atau
tidak.

2. Frasa
Perkataan haruslah disebut dengan jelas supaya dapat difahami oleh pendengaran.

3. Dinamik/Feeling
Setiap lagu yang kita nyanyikan haruslah mempunyai dinamik@perasaan. Cth:
Ketika kita menyanyikan lagu sedih, janganlah pula menunjukkan perasaan gembira
kerana itu maksudnya GILA!. Sebaliknya, kita haruslah nyanyikan lagu itu dengan
penuh perasaan. Nyanyi menggunakan hati dan perasaan.

4. Artikulasi
Setiap lirik haruslah mempunyai makna. Janganlah kita mereka lirik yang tiada
makna @ maksud yang tidak jelas. Tunjukkan apa yang kita ingin ceritakan dengan
jelas supaya dapat difahami oleh pembaca dan pendengar.

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'