Followers

Thursday, November 14, 2013

Tunggu.


Aku tak tahu apa yang terbuku dalam hatimu,
Namun aku cuba sedaya upaya husnuzon dengan Allah, husnuzon dengan kau; kerana DIA Maha Mengetahui isi hatimu dan isi hatiku yang sebenarnya. 

Sebenarnya, terasa ada satu lubang yang besar dalam hati ini bila kau tiada disisi. 
Rasa kekurangan sungguh tanpa kehadiran kau.
Itu tanda aku rindu pada kau, sahabat. 

Apa yang aku lakukan sekarang: Menunggu kau pulang. Berdo'a agar kau cepat sembuh. Dan jikalau berkesempatan dan punya kederat, tak akan aku berhenti untuk membantumu. Kau bukan beban buat aku. Kerana kau sahabatku. 

Bersyukur aku kehadrat Illahi kerana punya teman sahabat seperti kau. Itu tanda aku sangat2 appreciate kau, sahabat.

Sebelum aku atau kau 'pergi' dulu, aku nak kau tahu bahawa hati ini penuh dengan rasa kasih sayang dan appreciate terhadap kau. Kerana kau sahabatku, pembimbingku.   

p/s: Aku tunggu. :-)

No comments:

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'