Followers

Tuesday, April 1, 2014

Coretan Hati: Aku Hanya Pendosa.



Mungkin pasti ada yang telah sebarkan keaiban dan dosa2 diri aku. Pasti ada orang yang mula menjauhkan diri dari aku. Pasti juga ada orang yang menganggap usaha untuk merubah diri aku kearah kebaikan hanya satu gurauan dan lawak pada mata pandangan mereka. Pasti juga akan ada dalam kalangan mereka akan mencaci, menghina kekurangan diri aku.

Walaupun semuanya berpunca dari aku, namun bukanlah bermakna aku tidak sedar atas kesilapan diri aku. Aku sedar aku ini "berpenyakit". Susah untuk diubati; kerana penyakit ini bukanlah satu penyakit yang mampu diubati dengan ubat-ubatan material. Penyakit naluri. Ya, aku sedar betapa jijiknya diri aku. Betapa hinanya aku pada mata pandangan manusia-manusia yang lebih mulia dari aku.

Aku sedar, segala titik peluh, segala pengorbanan yang telah aku berikan memang tak layak untuk dikenang, walaupun sampai berdarah berlubang patah tulang, walaupun habis wang ringgit, masa, emosi dan tenaga, semata-mata untuk kebahagiaan orang lain. Semua itu tak layak untuk dikenang, atas kesilapan dan dosa2 yang telah aku lakukan. Betapa hinanya aku sehingga diperlakukan begini.

Tapi tak mengapa. Allah Maha Adil. Allah Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaNya. Allah Maha Mengasihani. Allah Maha Pengampun.

Bila aku berjumpa dengan ustaz-ustaz, dengan kaunselor, mereka banyak berpesan pada aku, bahawa aku tidak bersalah sepenuhnya. Bukan diri aku yang salah. Naluri aku yang salah. Dan itu harus diubati. Tetapi bukan dengan cara yang kasar, bukan dengan cara yang menyakitkan tubuh badan, bukan dengan cara menghukum diri sendiri. Tapi dengan cara dekatkan diri pada Allah, maafkan diri sendiri, maafkan orang yang telah menyakiti kita, yakin dan sentiasa berfikiran positif untuk merubah diri kearah kebaikan. Ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Itu apa yang mereka terangkan pada aku. Ketika itu aku berasa jijik terhadap diri aku, aku rasa sangat hina. 

Sememangnya mereka tidak bersalah secara dasarnya; tetapi tindakan mereka itulah yang menyebabkan mereka itu bersalah. Tindakan yang salah, tindakan tanpa fikiran yang waras. Demi Allah, bukan aku tak fikir kemarahan dan kekecewaan mereka, tapi tindakan mereka yang seolah-olah aku tidak pernah berkorban dan berbuat baik sedikitpun, mereka bertindak diluar batasan. Itu yang membuatkan aku sangat kecewa; dengan naluri aku, dan juga dengan tindakan mereka. 

Ya, aku tahu aku manusia yang tidak berakal; tapi aku tak sangka manusia-manusia yang lebih MULIA dari aku, yang aku anggap lebih MATANG dan lebih BERIMAN, sanggup berbuat tindakan seperti itu. Tindakan yang melampaui batasnya. 

Aku teringat pada hari kejadian, selepas solat bersama, ibu tercinta berpesan pada aku dengan nada yang sangat lembut dan penuh kasih sayang: "Redha. Abang kena redha dengan segala apa yang berlaku. Abang mungkin akan kehilangan kawan-kawan, mungkin akan kehilangan orang yang abang sayang. Tapi abang tak akan hilang Ibu. Abang tak akan hilang keluarga abang. Semua pun dah tahu masalah abang. Dan semua pun bersedia untuk bantu abang."

.....................

Sebulan dah berlalu. Kini aku lebih bahagia dari sebelumnya. Aku tak perlu berahsia kepada sesiapa kerana aku yakin semua orang dah tahu siapa diri aku. Ya, mungkin mereka akan menghina dan mencaci, kalau tak berkata-kata, mungkin akan menghina dalam hati. Aku mungkin akan kehilangan sahabat. Aku mungkin akan dijauhi oleh orang-orang sekelilingku. Tapi tak mengapa. Aku ada Allah. Aku ada keluarga aku. Yang tercinta juga masih lagi bersama aku, tak berputus asa walaupun dihasut untuk meninggalkan aku atas dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku masih lagi ada sahabat-sahabat yang masih bersama aku. 

Tak guna jika bercakap dengan manusia-manusia EGO, sebab mereka tak akan nampak kerana hati-hati mereka telah ditutup oleh Allah. Mungkin. Hanya Allah yang Mengetahui isi hati hamba-hambaNya.

Aku bersyukur kerana Allah memberi lagi peluang kepada aku untuk berubah. Ya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan aku bersyukur kerana segala-galanya telah berlaku atas kehendakNYA. Ini takdir hidup aku. Ini ujian hidup aku. Semuanya atas kehendakNYA kerana aku sangat yakin Allah kasihi aku, memahami aku, sentiasa mengampunkan dosa2 aku. 

Yang penting, aku yakin aku lebih kuat, lebih positif, AKU SEMAKIN BERUBAH, SEMAKIN BAIK. Alhamdulillah, kali ini aku betul-betul dapat merasakannya. Walaupun aku tak semulia dan sehebat mereka yang mungkin lebih beriman dari aku, tapi yang penting Allah tahu siapa diri aku.Tak perlu untuk menunjuk-nunjuk, cukuplah hanya Allah, diri aku, keluargaku dan mereka yang menyayangi aku mengetahuinya. Aku gembira. 

Haha, nak dijadikan cerita, tadi aku tengok cerita Salam Cinta lakonan Adam Adli dan Diana Amir, agak tersentuh hati aku juga. Kenapa? Sebab cerita tu meng"highlight"kan bahawa:

Cinta dan kasih sayang yang paling kita kena utamakan ialah cintakan ALLAH dan RasulNya. Kenapa?? Sebab Allah sentiasa bersama dengan kita ketika kita susah atau senang, yang maha mendengar, yang paling memahami hati kita, yang paling mengasihani kita, yang sentiasa rindukan kita. Hebatkan cinta Allah terhadap kita. Kita je kadang-kadang tak bersyukur. Naughty kan? Tapi tak pa, kan Allah Maha Pengampun. Allah pasti akan mengampunkan dosa-dosa kita jika kita minta ampun padaNya.

Lagi satu, kalau hati kita kosong, lakukan solat sunat taubat. Mungkin hati kita akan lebih tenang selepas itu. :)

Moral of the story, lebih baik bercinta dan sayang lebih dengan Allah. Huhui~ 
Syukur, ya Allah. ^_^

Haha. Enough blabbering.

AKU. HANYA. PENDOSA.

2 comments:

Miza zahra said...

kdg2 manusia perlu kehilangan untuk merasa nikmat kesyukuran :)

bertaubatlh dgn kesungguhan, in shaa Allah Allah akan pulangkn sesuatu yg abg rasa hilang :)

slm hormat :D

precious cla said...

ya..ya.ya..enough blabbering :p Nice entry, anyway :)

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'