Followers

Friday, May 29, 2009

Hellish Nightmares turns to Heaven Dreams... (Part 2)

Continued from part 1...

Lepas tu, kitorang bergerak ke tapak permainan di belakang sebuah surau yang berdekatan dengan sekolah kitorang.

Sampai hati dia buat macam nie. Tak ada hati perut langsung... Malu lah kita, dia halau kita depan orang ramai... Kita nak buat persembahan untuk dia jugak, tapi, ini yang dia balas kat kita... Aku tak puas hati lah. Mana perginya budi bahasa dia, boleh main Bapak2 pulak. Lepas tu, tuduh kita biadap dengan dia, Aku rasa, dia yang biadab ada la. Cakap pun tak beralas...

Macam2 keluar dari mulut kitorang. Syamim ngan Zhafir dah meleleh. Termasuklah Ucop yang dah sekian lama berkorban macam2 untuk performance sekolah. "Abang Haziq macam mana, kan abang ada banyak show? Kesian abang..." cakap Syamim. "Alah nak buat macam mana, dah dia dah halau..." I said. "Kalau kita tak buat show hari ni, kalau abang tak buat show, mesti kucar kacir kan," kata Ucop. " Memang pun. Kalau kita tak buat show, mesti cikgu2 kat sekolah 100% salah kan dia. Baru padan muka dia!" Kata Syamim. "Tapi aku malu lah nak jumpa ngan Cikgu Laila. Aku kesian tengaok dia, mesti dia nangis, kan?" Kata Zhafir, air matanya meleleh.

Nak dipendekkan cerita, Ucop ajak kitorang pergi dari situ, tapi I cakap I tak boleh pergi mana2 sebab I takde duit. Tapi entah macam mana, hati Ucop tersentak untuk balik semula ke sekolah. Walaupun Syamim hampir putus asa, dia ikut jugak kitorang pergi ke bus stop depan sekolah kitorang. Then, ada sorang pengawas ngan security tadi cakap Cikgu Laila nak jumpa kitorang, tapi, kitorang dah hilang. Terus, pengawas tue(Eusof) panggil Mama kitorang.

Rupanya, bukan Mama je yang datang, Cikgu Mazlin Kaunselor sekolah( Pn.Fazliah, Pn.Salya dan En. Saiful Razel) dengan PK HEM sekolah (En. Ab.Samad) datang, makcik Embun ngan Makcik Mon pun ada datang pujuk kitorang balik ke sekolah untuk teruskan rancangan kitorang pada hari ni. Makcik Mon menangis depan kitorang sambil berkata, "Tadi, pengawal, pengawas ngan makcik2 skali dia tengking cakap kenapa kami bagi korang masuk. Makcik sedih tau, makcik kesian kat korang yang nak buat persembahan untuk cikgu2. Korang dah berlatih lama." "Dia memang macam tu, dengan makcik yang lebih tua ni pun dia tak hormat. dia boleh tengking makcik satu hari tu, dia suruh makcik jangan senyum2 dengan pelajar dan guru2 sekolah ni, sedangkan budak2 selalu bagi salam kat makcik," sambung makcik Embun. Apa yang I tak boleh lupakan masa diorang pujuk tu ialah kata2 Pn.Fazliah; " Apa yang awak semua buat pada hari ni memang mulia. Awak semua sanggup terima dugaan ini semata-mata nak memberi sumbangan kepada guru2 di sekolah ini. Tapi, awak semua tak boleh putus asa macam ni sebab bukan kami sahaja, semua warga sekolah ini mengharapkan kedatangan awak semua untuk membuat persembahan untuk menghiburkan cikgu2 dan rakan2 awak. Kami perlukan awak. " "Kalau awak nak tahu, satu sekolah tahu cerita kes ini tau. Semua orang rasa tak puas hati dengan dia sebab perkara ini."

"Takpe lah, nanti cikgu cakap dengan dia." kata Pn.Fazliah lagi. Macam2 lagi cikgu2 lain cakap untuk pulihkan semangat kitorang. Kemudiannya, kami diberikan sepasang kemeja sekolah hasil pinjaman dari pelajar asrama (Tengkiu korang!). Lantas, kami masuk ke kawasan sekolah dengan muka tebal. Semua pelajar melihat kami. Segan siot...

Sampai je di bilik kesihatan, kami sempat membuat persiapan terakhir untuk performance har ini. Kemudiannya Mama kitorang pun sampai. Kitorang rasa sangat terharu. Rupa2nya dia baru gaduh ngan K tadi. " Korang tau tak apa mama cakap tadi? Tadi Ma cakap, kenapa sampai macam ni sekali, halau kitorang. Dia tengking "Awak jangan masuk campur hal saya." Pastu Ma cakap la kat dia, hal apa ? Dia tau ke apa yang dia cakap, apa yang dia dah buat?Macam2 lagi ma cakap kat dia. Masa tu Ma dah meleleh dah air mata. Terus dia senyap je. Biasa la, Ma kan tak reti gaduh, meleleh air mata je sudah," Kata Pn.Noraila. Terus, kitorang salam+peluk cium dia. Terharunya...

Alhamdulillah, rancangan kami dah tak tergantung lagi. Semua berjalan dengan lancar hingga akhir majlis, tapi K takde. Elok la tue, gi mampus sama dia! Lepas tu, ada dengar citer, dia jatuh tergolek kat depan pentas, kalau tak silap, ada group KRS dajal dia. Pastu, skali lagi dia terjatuh kat padang sampai luka2 dan berbalut. Padan muka dia. Dia dah kena balasannya. Siapa suruh halau orang yang nak bagi sumbangan kepada sekolah. Tuhan nak bagi balas sekejap je. Baru dia tau langit tinggi rendah.

p/s: This is really a real story+case+scene. Next time, jangan buat jahat dengan orang. Tuhan nampak, dia boleh balas balik ap yang kita buat bila2 masa je. So, Happy Teachers' Day.
Jangan buat leceh...

3 comments:

Izdyhar said...

abg haziq ,
cikgu K mmg jatuh taw.
bkn kt padang.
tp dkt jalan tar tepi dewan .
die lari2 kejar budak nak baling belon air .
sedang die lari2 kegembiraan..die tersungkur ,,
iz tgk..kesian die jatuh ..ade yg gelak,ade jugak yg pegi tlg die..iz hanya mampu melihat.
tp bile tahu rupenye die ade buat jahat dgn abg haziq pagi td .rase mcm nak ckp padan muke balasan kan .tp tak baik jugak la mcm tuh .biarlah die jahat dgn kite ,jnji kite beradab .jgn jd cm die. ok abg haziq..overall persembahan abg haziq tip top ok! :D

'amirah said...

kesian datuk k~
hahaha
sorry
sye sgt evil!!
:}

chiko90tuah said...

Amirah: huu... evilnyer... takut ah..huhu...

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'