Followers

Wednesday, January 1, 2014

Manusia ini...



Assalamu'alaikum semua!

First of all, selamat tahun baru 2014 saya ucapkan kepda semua pembaca (still tak terlewat lagi kan? hehe... dan vibe sambut tahun baru masih lagi terasa. chewah!)

Isu kali ni, still menyentuh jiwa raga ragam manusia jugak. Haha. Pening jugak kalau nak cerita pasal psikologi manusia ni. Kalau nak tahu, antara perkara yang paling yang paling rumit dan susah nak faham ialah hati dan pemikiran manusia. Serious. Pening aarr, pening arr!

Tapi apa2 hal pun, sebagai manusia yang penuh dengan kelemahan, memang kita semua kena hadapinya. Why? Sebab kita manusia la! Hek'eleh~

Okay, straight to the point la kan----->



Manusia ni kadang2 lupa:

1. Kita ni selalu je sibuk, selalu je busy dengan kerja la, tapi kita lupa ada orang yang perlukan kita disisi mereka.

2. Kita asyik dok layan sepi sedih hati kita je, tapi kita lupa ada orang yang lebih memerlukan dan lebih appreciate kita.

3. Kita asyik dok benci kat orang tu atas kesalahan zaman lampau dia, tapi orang tu masih sayang kita dan terima kita seadanya serta sedar atas kekurangan dia. Mungkin juga sudah bertaubat, wallahualam.

4. Kita asyik dok fikir negatif tentang orang lain, sedangkan orang lain tu berdo'a atas kesejahteraan kita.

5. Kita ni asyik fikir diri kita je betul hebat segala, sedangkan kadang2 tu kita juga ada silap kita, walaupun kita berada dalam kebenaran.

6. Kita nak orang ikut cakap kita, tapi pada masa yang sama kita tak nak ikut cakap orang lain.

7. Kita ingat diri kita ini susah aja, sedangkan ada orang yang lebih susah dari kita.

8. Kita nak orang adil dengan kita, tapi pada masa yang sama kita berlaku tidak adil dengan orang lain.

9.Kita nak orang faham kita, tapi kita tak nak faham orang lain.

Dan lain2 lagi. (banyak kekurangan manusia ni sebenarnya. heh.)

Kenapa boleh jadi macam tu??? Why? Why? Why?

Sebabnya: Mungkin kita ini KURANG BERSYUKUR. Allah dah bagi rezeki & nikmat, ujian kat kita, tapi, sama ada kita abaikan atau tak ambil peduli, ataupun kita jaga atau handle dengan cara yang tidak betul (sama ada terlampau 'kasar', atau terlampau lembut sehingga spoil).

Kita dah dewasa, berakal, boleh fikir yang mana baik yang mana buruk, yang mana benar dan salah, dan apa yg patut dan tak patut kita buat. Allah cipta kan otak untuk manusia dan haiwan, tapi Allah cuma ciptakan AKAL untuk manusia sahaja. Guna lah akal sebaik2 mungkin. Jangan minta orang lain untuk perfect dihadapan kita, sedangkan kita pun bukannya perfect. Kita bukan maksum. Tapi kita boleh jadi yang terbaik. 

Baik untuk dunia, Baik untuk akhirat. Dua-dua penting.



Bersyukurlah, sementara kita masih hidup, masih ada orang yang sayangkan dan perlukan kita. Jangan nanti satu masa Allah tarik rezeki kita, barulah rasa menyesal. Tak guna pun rasa hebat, sebab yang hina itu belum tentu lagi akan ke neraka; dan yang hebat itu belum tentu akan ke syurga, jika masing2 tidak BERTAUBAT.



Jaga orang yang kita sayang dan yang menyayangi kita se-sayang2nya(betul ke ayat aku ni? heh). Sebab jika kita kehilangan mereka, belum tentu kita dapat pengganti seperti mereka. Keluarga, Sahabat, dan mereka2 yang tersayang.

Hahha.. Aku bukanlah seorang pelajar sekolah agama seperti maahad, pondok, dan sebagainya. Bukan juga pelajar yang hebat2 seperti mereka yang popular dan sentiasa jadi tumpuan masyarakat umum. Aku cuma manusia biasa yang tiada apa2 kelebihan cuma masih berusaha mencari dan menjadi apa yang terbaik buat diriku serta orang sekelilingku. Dan aku cuma sampaikan apa yang terpendam dalam benak hatiku yang mungkin ada betulnya, ada salahnya. :D



Kita hanya manusia, penuh dengan kekurangan, masih lagi berjuang untuk menjadi manusia yang terbaik untuk dunia dan akhirat. 



p/s: Trust Allah, Trust the process. Have a good life, InshaaAllah. Pesanan buat diriku yang sentiasa lemah dan masih berjuang kearah kebaikan serta teman2 pembaca blog yang tak seberapa ini. :)




4 comments:

Aku pengembara said...

Nice sharing... keep it up dengan info2 bermanfaat sebegini :)

chiko90tuah said...

Thank you, Aniq. selamat tahun baru 2014 ya. ^_^

zacky786 said...

:) best entry

chiko90tuah said...

thanks, zacky! :D

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'