Followers

Monday, December 31, 2012

Pelancong di negeri sendiri. :D


Assalamu'alaikum semua!!!

Haha... kali ni punya story, memang shiok habis lah. Haha. 30hb Disember, aku jadi lone ranger, ronda-ronda kat Kuala Lumpur sorang-sorang(pada awalnya.). Meh aku share gambar2 aku masa dalam sesi ronda2 tu. hikhikhik~

 Okay, cerita dia cenggini. Hari ni aku pergi KLCC. Nak ke Kinokuniya Bookstore. Pada awalnya, aku ingatkan duit yg abg usrah(betul ke term ni? aq pakai je. kikiki... ) aku bagi dah selamat dimasukkan dlm akau aku. Lepas tu, aku check akaun, still RM2.90 something2. *malu... kikiki~~ Aku call dia, pastu baru dia bagitau yang duit tu dah dimasukkan, cumanya dia tak dapat nak transfer sebab pemprosesan dia tutup sabtu & ahad. So, kiranya hari isnin 31hb Disember 2012) baru lah diorang masuk kan. Alahai... potong stim betul la. Dah plan nak beli buku etc2, last2 cancel the tosai. hahaha~ xpe lah. Not today. So, dengan berbekalkan budget RM10, aku decide untuk jalan2 cuci mata je la... huhu~

Okay. Mula2 aku gi lepak kat Kinokuniya Bookstore.


Best pulak aku baca buku ni. Pasal perang dengan zombie. Nak beli la buku ni nanti!

Okay, someone kena belikan aku buku ni untuk hari jadi aku. Nak!!!! #GoGoManchesterUnited #WayneRooney *kat blog pun nak hashtag. hahaha~

Lepas tu, aku pergi kat Music section: one of my favourite section kat Kinokuniya bookstore.

 Lagi terjumpa buku-buku yang aku berkenan. Please, someone please buy me these books. PLEASE!!!

Lepas tu aku sebelum aku keluar dari bookstore, ternampak lagi buku yang kat bawah ni. RESIDENT EVIL ARCHIVES 1&2. Nak jugak buku ni for my birthday present! Mau, mau mau!!!!


Okay, setel je aku lepak2 kat Kinokuniya Bookstore selama sejam lebih kot. Ke, 2 jam? aku pun tak perasan. Terus aku keluar ronda2 kat tempat lain. Aku dok pikir, mana la aku nak jejak ni. Last2 aku decide nak gi tengok Menara KL. Terus aku ride kuda biru aku kesana.


 Dah lama aku tak jejak sini. Last aku datang pun dengan pak ngah aku. Saje je lepak2. Tapi dulu tak ada apa2 pun kat sini. Tapi sekarang, dah ada macam2.Wayang 3D la ape la. Lepas tu ada macam perkampungan melayu 1malaysia pulak kat sini. huhu~



Iguana ni jinak giler. Ada dua ekor. Satu tuan dia pegang, lagi satu dia letak kat sini. So, aku pun amik kesempatan nak belai beliau (iguana tu, bukan tuan dia. kikiki). 


Tetiba Upin Ipin pun ada buat demonstrasi kat groundfloor Menara KL tu. Sebab segan nak amik gambar sesama, aku amik jela gambar makcik2 ni. Kemain seronok beliau-beliau. Hikhik~

Takde pun aku nak naik atas menara tu, sebab tak cukup duit. kikiki~ Lepas tu, terus aku pulang ke KLCC. Tapi bukan ke KLCC; aku pergi ke Masjid As-Syakirin untuk menunaikan fardu Asar. Frankly speaking, ini lah pertama kali aku jejak ke masjid ni. Dah pergi KLCC banyak kali pun, tapi tak pernah singgah pun ke masjid ni. Subhanallah, cantik sungguh masjid ni. Tenang je. Lain kali kalo gi KLCC, mesti nak singgah sini jap. ^_^




Okay, lepas tu aku gerak pulak ke Pavilion. Kali kedua aku gi sana. Tak pernah pun discover tempat tu betul2. Aku pun lupa bila last aku pergi. Mostly barang2 dia mahal2, tapi ada je yang murah2. :D

Kat Pavilion la aku jumpa teman2 junior kampus aku. Finally, tugas aku sebagai pelancong lone ranger tamat. Haha. Mekasih la kat salah sorang daripada mereka ni yang sudi belanja beta makan kat Carl's Jr. Takpe, lain kali beta belanja korang pulak ye. huhuhu~~

*Maaf sekali lagi, tak snap gambar2 kat Pavilion. Antara sebab2nya, batery android Ace biru gua dah nak abis. huhuhuhu~~ 

Best keluar ngan korang. So accidentally! Kebetulan. Haha. 
*Gambar ni diambil oleh sahabat gua jugak. ^_^ Kiranya kami berempat la ni. :D

Haaaahhh~~ what a day! Syukur Alhamdulillah Ya Allah, dalam aku sorang2 tu, Kau bagi jugak sahabat2 untuk teman aku hari ni. Rezeki yang tak disangka2. :D

P/s: Mintak ampun mintak maaf, nama teman2 beta ni terpaksa dirahsiakan untuk sebab2 tertentu. Yang kenal tu tak apa lah. Yang tak kenal tu, harap maaf lah ye. Sekian, maceh-maceh. :D

No comments:

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'