Followers

Thursday, April 19, 2012

Mr/Mrs. Know It All.


Assalamu'alaikum To All... ^_^
p/s: Tajuk diatas tiada kena mengena dengan lagu Kelly Clarkson. Harap maklum. 

Hari ni, saya nak bercerita la sikit tentang gelagat manusia zaman sekarang ni:

CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Macam ni la, melalui pemerhatian saya lah kan, xkira la dari laman web sosial mana2 pun sekalipun, wujudnya situasi dimana terdapat golongan2 yang apabila mereka atau meluahkan idea/pendapat mereka, mereka akan sentiasa MEMPERBESAR2KAN dan akan menunjukkan bahawa PENDAPAT MEREKALAH YANG SENTIASA BETUL, TELUS, TEPAT dan sebagainya. pendapat orang lain semuanya salah belaka. tak ada yang betulnya. semuanya serba serbi kurang. 

Lepas tu, apa yang diorang cakap/luahkan tu TAK MENCERMINKAN SIAPA DIRI DIORANG yang sebenarnya. Dan yang paling teruknya, TAK NAK MENGAKU KESILAPAN DIRI MEREKA tu. Nak jugak menuding jari ke arah orang lain. 

Okay lah, frankly speaking, saya ni bukanlah pandai sangat nak berhujah2 gunakan fakta dan sebagainya. Malah, saya juga kurang reti untuk belawan2 kata2. Maklum lah, golongan2 tu kan golongan2 'cerdik2' belaka. So, dengan rendah dirinya, saya nak cakap, PLEASE STOP BOASTING YOURSELF. Anda pernah tak dengar dan faham maksud RIAK dan UJUB

RIAK


UJUB
Maksud ujub ialah menganggap dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya. Tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupai yang ianya pemberian dari Allah swt kepadanya. Ujub ini adalah punca kepada sifat takbur.


Sifat ujub ini suatu kelakuan hati yang sangat berbahaya dan tercela. Dia membinasakan ibadah dan menghilangkan pertolongan Allah swt.




Ego dalam sesuatu perbincangan itu melampaui keadaan sehingga hati sesama manusia ini terasa dan membuak2 perasaannya sehinggakan secara tidak lansungnya ingin memulakan pertengkaran dan membalas dendam yang tersirat dalam hati. "Maklumlah, orang dah jatuhkan kita, takkan kita xnak balas, kan?" macam tu pulak. Hilang kesabaran dan kelembutan diri kita sebagai seorang Muslim dan juga sebagai umat manusia. Hilang Humanity dan Sensitivity.

Ramai orang terkeliru dengan kata2 seseorang itu. Kita kena pandai menilai: Orang yang hanya memberitahu kebolehannya tentang sesuatu perkara dengan orang yang riak/ujub itu perkara yang berbeza. Pandai2 lah kita menilainya. 

Jangan hanya kita berbeza pendapat, terus nak bertelagah2 gaduh2 sakan. Masing2 cakap nak menyendat2, nak tunjuk hebat je belaka. bukan nak memperbaiki keadaan. Lepas tu, bila keadaan dah tegang, mula lah nak benci orang sana, benci orang sini. Lepas tu, PUTUS SUDAH SILATURRAHIM!!! 

Ingatlah, syaitan itu sentiasa akan cuba memperdaya manusia supaya kita akan sentiasa berburuk sangka terhadap orang lain. 

Fikir lah sahabat2 sekalian... Janganlah anda terpedaya dengan bisikan2 amarah yang syaitan dan iblis cuba masukkan dalam diri kita.

Wallahu'alam.

p/s: Sedih bila tengok umat manusia saling bertengkar. T_T Peringatan dan Renungan buat diri sendiri dan juga para pembaca sekalian.


2 comments:

dariilhamkehati said...

sokong !

*tolong buang word verification*

chiko90tuah said...

word verification? jap2. huhu~~

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'