Followers

Friday, March 2, 2012

Friendship. Far or Near.


Assalamu'alaikum to all...

Pada hari Juma'at yang penuh berkat ni, terpanggil pulak aku untuk post tentang something yang aku memang sayang sejak aku berada di UNISEL. 

SAHABAT-SAHABATKU

Aku ingat lagi, ada satu masa tu, kawan lama aku dari Sekolah Teknik Slim River call. Dia boleh bantai tanya, "Kau kat sana macam mana skarang, dah ada kawan dah?" Tu lah dia. masa aku berada di sekolah menengah dulu, bukan la dalam kategori tak ada, tapi tak ramai. Walau bagaimana pun, aku still ada sahabat2 yang masih lagi aku sayang & aku ingat dan insyaAllah diorang pun akan ingat sama aku. 

Sejak aku masuk UNISEL, aku rasa, diri aku lebih di-appreciate oleh sahabat2 aku. Itu menyebabkan aku rasa sangat bersyukur, setelah lama detik2 hitam yang aku harungi pada zaman sekolah dulu, inilah antara hadiah yang sangat bemakna buat aku. 

Sahabat2 aku ramai disini. Kalau nak post semua gambar2 diorang, memang agak payah la kan. Tapi, kali ni, aku nak share kat korang semua, inilah antara sahabat2 yang sangat aku appreciate & sayang.

1. Dzaquan Imran 

2. Danial Muhaimin

3. Mas, Tini, Izzah & Imah

Tapi, dalam ramai2 ni, tak ada siapa pun yang boleh menandingi sahabat aku sorang ni. Dari awal aku jejak UNiSEL, dia lah yang sentiasa berada disamping aku ketika aku susah mahupun senang. The best listener that I've ever had:

4. Muhammad Syukri

Mereka2 diatas ni telah "di-listed"(pun boleh la) sebagai sahabat2 yang ter-best aku pernah ada  sejak aku masuk UNISEL.

Seriously, ramai sahabat2 aku, cuma aku tak larat nak menglistkan kesemua mereka2 ni. huhu. kalau nak diikutkan, Satu kelas tu ada dalam lebih kurang 30 orang. 2 kelas dah brape? haaaa~~ tak ke ramai gitu. huhu... tapi takpe, yang tak terlist tu pun sahabat2 aku jugak. Sorry ekk korang!!! :P

Okay, kalau nak di listkan sahabat2 aku dari jauh, aku paling rapat dengan dia ni sampai skarang:

Riza Hazrin 

Dia ni sahabat aku ketika aku berada di Sekolah Teknik Slim River, Perak. Kat sana, dia ni la antara yang paling rapat dengan aku. Sampai sekarang pun still in contact lagi. Walaupun jarang jumpa sebab jauh, tapi InsyaAllah hati aku takkan pernah lupakan beliau (chewah! :D)

Okay, tak lupa juga sahabat2 aku ketika aku di Tingkatan 6, antara yang paling rapat dengan aku:

Mohd Safuan

Ehehehehe~~ Ini mamat sama lagi 5 orang sahabat kelas aku; Habibah, Zuraida, Hafizah, Ayuni, Hidayu, Yasran Aiman & Farid, antara penyeri hidup aku masa zaman tingkatan 6. Mereka antara orang2 yang support aku pada masa itu. Makan kat kantin pun satu table makan sama2. Kenangan terindah itu semua. The best form 6 friends that I ever had. ^_^

Aku bersyukur sangat2, selepas je aku tamat tingkatan 5, dan bila aku mula jejak masuk ke tingkatan 6 sampai sekarang, dari situ lah aku mula merasai kenikmatan mempunyai sahabat2 yang sentiasa support aku bila aku susah, sama2 happy, sama2 gaduh, pastu sama2 happy balik, macam2 ragam. Nikmat punya SAHABAT yang BAIK. Syukur Alhamdulillah.

p/s1: kepada mereka2 yang tak tersebut tu, aku mintak maaf, mintak ampun. jangan risau, korang semua berada dalam hati aku. terima kasih sebab sudi jadi sahabat2 aku yang tercinta. dan lagi satu, kalau aku terlupa kat korang, ingat2kan lah aku. sesungguhnya aku cuma manusia biasa, banyak kelemahan. ^_^

1 comment:

Ryzal said...

bangga siot! tp knape ko pakai gmbr konvo ak tuh

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'