Followers

Tuesday, January 25, 2011

Apa nak jadi....



Salam to all...

Hari ini saya nak sentuh sedikit tentang kekeluargaan.

Saban hari, saya memantau dalam kalangan masyarakat,
ramai yang dah membelakangkan keluarga; terutama ibu dan ayah.

Mungkinkah kerana kurang kasih sayang; Ataupun terlebih kasih sayang sehingga hilang hormat?

Apakah ibu dan ayah pada orang seperti mereka ini; adakah ibu dan ayah ini hanya beban bagi mereka@kawan, ataupun permata yang harus dijaga, dicintai dan dikasihi kerana ianya tiada ganti?

Kalau nak kata kurang bimbingan agama, rasanya tak mungkin. Tak cukup bimbingan agama dari rumah, di sekolah juga ada mengajar tentang ilmu agama.

Zaman teknologi sekarang; nak telefon bimbit, ayah belikan. Nak laptop, ibu sanggup gadaikan harta semata-mata nak beli sebiji.

Nak kebebasan berkawan, ayah dan ibu berikan.

Dah nampak, diri itu ditatang bagai minyak yang penuh, tapi kenapa berperagai seperti orang yang tidak berperasaan?

Dimana silapnya?

Nak kata 'kurang pandai', dah diberikan pendidikan di sekolah.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Kenapa sampai sanggup biadap dengan ibu dan ayah?

Apa bodoh dan hinakah ibu dan ayah?

Sedangkan binatang tahu berkasih sayang.
Sedangkan singa yang besar itu menyayangi tuannya.

Kemana hilangnya hormat pada ibu dan ayah?

Kenapa?

Apakah mereka ini sudah hebat sangat? Apa mereka ini sudah pandai sangat kah? Apa mereka ini sudah besar sangat kah?
Sehingga boleh bertepuk tangan dan gembira selepas menjatuhkan air muka ibu dan ayah...
Puas hati, kan?

"Aku lah lelaki yang paling handsome!/Aku lah perempuan yang paling cantik! Akulah yang paling pandai! Akulah yang paling hebat! Aku lah segala-galanya"

Kalau dengan adik-beradik pun tak hormat, apatah lagi dengan ibu dan ayah...

Lupa dosa dan pahala

Hilangnya kesan bimbingan agama...

Lupa segala pengorbanan ibu dan ayah...

Lupa ibu dan ayah dah tua...

Lupa siapa diri itu...

Lupa segala-galanya...

Alangkah hinanya manusia-manusia sebegini...
Lebih hina daripada babi...

Kebodohan dan kebangangannya terserlah...

Mereka hanya memikirkan perasaan mereka, tapi ada mereka fikirkan perasaan ibu dan ayah; ibu yang mengandungkan dan melahirkan dengan penuh rasa sakit, seperti nak tercabut nyawa; ayah yang penat mencari rezeki bagi bagi kehidupan keluarga biar mewah walaupun sedikit; ibu dan ayah jaga mereka dari kecil, tanpa rasa jemu melayan kerenah mereka;
dan pelbagai lagi pengorbanan ibu dan ayah...

Asal dapat puaskan hati orang seperti mereka ini, mulalah nak tunjukkan, kononnya "aku sayang ibu dan ayah"; bila kena marah atau pun tak dapat puaskan hati, mula lah nak tunjukkan "akulah yang paling pandai! akulah yang paling hebat! akulah segala2nya!" "Kalau aku tak melawan cakap ibu dan ayah, bodoh lah aku kalau macam tu!"

Ini dia, anak-anak yang tak tahu mengenang budi...

Ini dia, anak-anak yang tak ada hati perut...

Ini dia, anak-anak yang dah hilang hormat, kasih, dan sayang...

Ini dia, anak-anak derhaka...

"Aku peduli apa? Janji aku senang, janji hati aku puas. Kubur lain-lain. Apa ada hal?"

Kata-kata sebegini sememangnya, guarantee terpacul pada mulut mereka.

Bilalah mereka nak berubah...

Allah berfirman dan bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintah supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu sebaik-baiknya, apabila salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam peliharaanmu." (Surah Al-Isra', ayat 23)

p/s: Insaflah, wahai teman-temanku...

No comments:

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'