Followers

Friday, July 24, 2026

YES OR NO?

 


Assalamu'alaikum and hello everyone. 

Macam typical post before, I would like to say, ""It's been awhile." 😅

Okaylah, kita terus jump masuk cerita hari ni.

Aku sebenarnya simpan persoalan ni sampai sekarang:

PATUT ATAU TIDAK AKU BERHENTI MENJADI PENDIDIK?

Dari aku kecik2 dulu, sampailah aku grad, ada 2 benda yang aku fokus: karier aku sebagai guru dan passion aku sebagai pemuzik. 

Sejak aku habis belajar pada tahun 2014, karier guru dan muzik sebagai passion sentiasa dalam diri aku dan aku bawa kemana2 sahaja. Sampailah aku jadi pendidik, dari jadi lecturer, guru tuisyen, and now guru sekolah. Dua2 skill ni sentiasa berganding bahu dalam PdP kelas. 

Tapi lately, aku rasa karier guru ni makin menjahanamkan nyawa aku, jiwa aku, mental aku, fizikal aku.

Kadang-kadang aku rasa, betul ke murid2 ni hormat aku, ke aku je yang melebih-lebih? Sampai ke parents pulak, ada yang seolah2 jadikan aku seperti boneka atau hamba, suka2 hati nak arahkankan aku, nak malukan aku depan parents yang lain, seperti aku tak ada nilai, tak ada maruah. 

Pernah aku dikeji CIKGU SHIT CIKGU BODOH semata2 sebab aku dahulukan warga emas yang baru balik dari klinik untuk berurusan dengan aku untuk ambil result cucu dia. Ada juga yang cuba pertikaikan aku sebab tak pilih anak dia masuk pasukan koir yang AKU SENDIRI TUBUHKAN. Seolah2 aku tak ada hak langsung untuk buat keputusan. Ada sebab kenapa aku TAK BOLEH BAGI, tapi aku juga buka peluang, tetapi peluang disia2kan, dan akhirnya aku juga yang nampak buruk pada mata pandangan mereka. 

Apa nilai aku sebenarnya? Siapa aku? Sebagai guru, aku rasa aku tiada apa2 nilai, walaupun banyak award2 yang aku terima atas kejayaan aku sebagai pendidik. Tapi, itu semua seolah2 tak ada nilai. 

Sejak aku mengajar, especially kat sekolah, aku semakin jarang buka social media. Sebab terlampau TOKSIK. Ramai yang membodoh2kan guru, menyalah2kan guru dan memburuk2kan guru atas pelbagai isu. Aku jadi takut. Aku jadi overthinking. Aku mula rasa diri aku pilih jalan yang salah. 

Sampai tahap, aku rasa, karier guru ni satu pekerjaan yang PALING HINA PADA MATA MASYARAKAT. GURU HANYALAH SEPERTI PUNCHING BAG YANG BOLEH DISEPAK TERAJANG, LORI SAMPAH YANG KUTIP SEGALA2 BENDA YANG BUSUK, DENGAN HARAPAN BOLEH MENYENANGKAN ORANG LAIN. TAPI DIRI SENDIRI TERBAKAR, RENTUNG JADI ABU BERTERBANGAN, TAPI MASIH LAGI DIKEJI DAN DIHINA. 

Tapi ada yang kata pekerjaan guru ini MULIA. Lubuk PAHALA. Ilmu yang mengalir dalam minda anak2 murid, bila digunakan, tak kiralah secara sedar atau tidak sedar, pahala itu akan mengalir walaupun sedikit. 

Tapi, kenapa pekerjaan yang MULIA ini DIPIJAK2 DILUDAH2? 

Inikah harga sebenar memilih karier sebagai guru? Pelajar tak pandai, salah guru. Pelajar tak ada adab, salah guru. Result pelajar merosot, salah guru. Pelajar buat kes disiplin, salah guru. Semua salah guru. Tapi persoalan aku, APA YANG PARENTS DAN MASYARAKAT BUAT? HANYA SALAHKAN GURU. Tapi siapa yang mengandungkan pelajar2 tu? Guru ke? Siapa yang bersalinkan pelajar2 tu? Guru tu ke? Siapa yang membesarkan dia? Guru itu ke? Siapa yang berada dirumah pelajar2 itu? Guru itu ke? Nama anak2 itu berbin atau berbintikan guru yang mengajar itu ke? Tetapi bila pelajar2 itu ada masalah adab dan akhlak, kenapa salahkan guru? 

APA SALAH GURU?

AKU SOAL BALIK. APA SALAH GURU? 

ANAK2 KAU YANG SALAH LANGKAH. ANAK2 KAU YANG PILIH KEPUTUSAN YANG SALAH. ANAK2 KAU YANG PILIH JALAN UNTUK JADI PEMALAS TAK PUTUS ASA. ANAK2 KAU YANG PILIH UNTUK BUAT MASALAH DISIPLIN. ANAK2 KAU YANG PILIH JALAN JADI PEMBULI DAN PENJENAYAH. 

TAPI KENAPA SALAHKAN GURU? 

TAPI BILA ANAK2 KAU PANDAI, TAK ADA SEKELUMIT TERIMA KASIH PUN KELUAR PADA MULUT KAU.

KAU HANYA BAIK PADA GURU2 YANG PATUH PADA KAU SEPERTI ANJING PELIHARAAN, SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG. 

KAU NAK ADA CIKGU YANG MATI BUNUH DIRI KE BARU NAK HENTI TUDING JARI PADA GURU YANG TAK BERDOSA? 

AKU TANYA BALIK,

KAU NAK ADA GURU YANG MATI GANTUNG DIRI KE BARU NAK HENTI TUDING JARI PADA GURU YANG TAK BERDOSA?  

Aku jadi pendam sebab aku rasa jiwa aku makin rosak, makin hilang akibat pilih jalan sebagai seorang guru. 

"Kalau tak mampu, QUIT." 

KALAULAH SEMUDAH ITU.

Kalau aku berhenti jadi guru, nanti anak2 murid yang perlukan aku, yang bergantung harap pada aku tu nanti macam mana? Anak2 murid yang sayang aku tu macam mana? Parent2 yang hormat aku dan yang aku hormat tu macam mana? 

Lebih2 lagi,

ISTERI DAN ANAK2 AKU MACAM MANA?

"Rezeki ada kat mana2."

Senanglah kau cakap, sebab kau tak rasa apa yang aku rasa. 

Kalau aku MATI, then anak2 dengan isteri aku macam mana? 

Tapi hari2 aku harap aku boleh cabut nyawa aku tanpa perlu menyusahkan siapa2. Kalau cabut nyawa sendiri tu dibolehkan dalam Islam, dah lama aku buat.

Aku nak mati, aku nak jumpa Allah depan2, dan aku nak mengadu sepuas2nya. Mengadu atas tikar sejadah dan do'a semata2 tak puas dan tak cukup bagi aku. 

Kalau aku luahkan pada sesiapa pun, mesti aku yang kena balik. Mesti aku yang dipersalahkan balik. 

Adakah aku mengharapkan perhatian, kehormatan, pangkat dan kuasa?

Tak. Aku tak pernah harapkan semua itu.

Tapi bila sampai anak2 murid hilang adab dengan guru, bila ibubapa hilang hormat pada guru,

Kau rasa? 

"KAU LEMAH. LEMBIK." 

Aku sebenarnya dah tak tahu nak jadi kuat macam mana. 

Tapi aku terpaksa jadi kuat. Untuk anak-anak aku. Untuk isteri aku. Untuk keluarga aku. Untuk anak2 murid aku. 

Aku rasa aku dah usaha yang terbaik, sampai hilang suara, sampai rosah kotak suara, sampai rasa badan macam nak pecah, sampai rasa hilang arah, sampai aku tak kenal diri aku.  

Tapi sampai bila? 

Jadi cikgu ni, tak boleh jadi manusia ke? Tak boleh ada kekurangan ke? Tak boleh ada rasa marah ke? Tak boleh ada rasa kecewa ke? Tak boleh ada rasa putus asa ke? Tak boleh ada rasa penat? Tak boleh berehat?


Sampai bila? 

Sampai bila? 

Sampai bila? 


Mungkin kalau ada cikgu yang MATI, mungkin baru akan ada orang yang belajar menghargai guru. Mungkin juga bila MATI juga akan dikecam. Kesudahannya, sampai bila pun orang akan kecam, HIDUP MAHUPUN MATI. 

Tapi, 

Rasulullah pun masa baginda nak sampaikan Islam, macam2 baginda kena. Kena baling tahi, kena hina kecam, dah sebagainya. Baginda pun pernah depress, sampai tak boleh jumpa orang. Baginda pun pernah kecewa, walaupun dah maafkan manusia yang pernah bunuh orang yang baginda sayang. 

Aku tak dapat imagine perasaan Rasulullah dan nabi2 yang lain masa nak berdakwah. 

Tapi demi agama, Rasulullah dan nabi2 tak henti berdakwah. 

Memang betul, kalau kita nak berdakwah, nak sebarkan kebenaran, jalannya penuh dengan duri, penuh dengan cabaran. Tapi semuanya akan membuahkan hasil bila usaha betul dengan ikhlas.

Ya. Aku faham. 

Tapi aku bukan nabi. Aku cuma manusia biasa.

So, how now? Siapa nak bela nasib aku? Siapa nak bela nasib guru2 seperti aku? 

Aku sayang dan cintakan karier aku sebagai guru. I really do. Tapi kenapa pekerjaan yang mulia ni buat jiwa aku mati? 

Why?

APA DOSA AKU?

APA SALAH AKU?


Adakah ini realiti manusia yang BERGELAR GURU? 

The real SAMPAH MASYARAKAT. 

Tak percaya? Cuba tengok Threads, Facebook, might as well Instagram dan sebagainya. Betapa RAMAINYA MANUSIA YANG MENGECAM DAN MENGHINA GURU DAN PROFESYEN GURU, BAIK YANG MUDA HINGGALAH KE YANG TUA. 

So, how now? 

Adakah aku patut MATI, hanya kerana cuba mendidik murid menjadi manusia berakhlak, beradab dan berilmu? 

Atau macam mana?


Sekian luahan malam ini. Thank you for reading. 😊


No comments:

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'