Followers

Thursday, January 24, 2013

Muhammad, Ya Rasulullah


Assalamu'alaikum & Salam Satu Blogger semua!!! *ececececcecececcececeececece~~

Untuk entry hari ni, sempena kelahiran Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, saya nak sharesecara ringkas cinta Rasulullah terhadap ummatnya, iaitu kita semua.. Check it out, folks!
Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT, dan baginda adalah manusia yang sempurna, akhlak-Nya begitu mulia sekali. Tidak ada manusia yang sempurna sesempurna baginda Muhammad SAW.
Mungkin selama ini kita jauh untuk mencintai baginda, mungkin selama ini kita tidak mengetahui, dan mungkin kita leka dan lalai terhadap duniawi kita selama ini.. Mungkin selama ini kita tidak jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon dalam kehidupan kita malah kita jadikan selain Nabi Muhammad SAW sebagai ikon kita selama ini..
Tidakkah kita semua rase bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana kita lupa kepada-Nya..dan mungkin kita lupa kepada utusan-Nya Nabi Muhammad SAW?? Sedangkan Rasulullah S.A.W itu sentiasa mengingati dan merindui kita sehingga terdapat suatu kisah..
Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"
Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"
Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"
Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"
Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"
Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"
Sedarlah wahai umat Muhammad SAW. Hidup kita hanya sekali dan kita tidak tahu bila kita akan kembali kepada Allah SWT. Semoga hidup kita sekali ini memberi maafat dan kita gunakannya sebaik-baik mungkin supaya kita tidak menyesal diakhirat nanti. Bangkitlah wahai umat Muhammad SAW semoga kita menjadi umat yang terunggul didunia dan akhirat kelak. Amalkanlah sunnah serta Al-Quran.. InsyaAllah pasti akan berjaya didunia mahupun diakhirat.
Jadi marilah kita bersama-sama untuk mencintai baginda Muhammad SAW. Berselawatlah kepada baginda. Semoga kita mendapat syafaat-Nya diakhir akhirat  InsyaAllah..
Wahai orang-orang yang beriman, teruskan perjuanganmu untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Alhamdulillah, jikalau kita sudah sedar, marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah SWT dan mencintai Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah kita pasti akan berjaya :)
Dan jangan lupa berkasih sayanglah sesama insan dan tolong menolong antara satu sama lain..We will be the greatest of Ummah, InsyaAllah..

Sumber - http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/4190-mencintai-rasulullah-saw.html

p/s: Snada - Neo Sholawat.


Prelude (Choir):
Allahuma shali ala Muhammad
Ya Rabbi shali alaihi wasalim
Allahuma shali ala Muhammad
Ya Rabbi baalighul wasila

Cannon and Contrapunct :
Allahuma shali wassallim ala
Sayidina wa Maulana Muhammad
Adadama bi'iImillahi shalatan
Da'imatan bidawami mulkilahi

Keroncong :
Ya Allah curahkan rahmat dan keselamatan
Bagi Nabi junjungan kami Muhammad
Selamanya di dalam keabadian
Kekekalan kerajaanmu ya Allah

English Version :
Ya Allah please shower your blessing and your salvation
To the Prophet Muhammad who we all adore
May he always be under your sovereignity
May he forever be under your loving care

Interlude (Choir) :
Allahuma shali wasalim wabarik alaik
Allahuma shali wasalim wabarik alaik
Allahuma shali wasalim wabarik alaik
Allahuma shali wasalim wabarik alaik

Over Tune (Mandarin Verson) :
Ya Allah kei wo men tien an heu keu lien
Ken lau se Muhammad yeh se aitha
Hau hen chiu chai tien an the
Allah teu keu lien wou men hau hen chiu

Sunda Version:
Ya Allah lungsur keun rahmat sinareng salamet
Kanggo Nabi junjungan kuring Muhammad
Salawasna aya dina kawilujengan
Salawasna ditang tayungan ku Allah

Jawa Version:
Ya Allah Paringono rahmat lan keslametan
Kagem Nabi junjungan kulo Muhammad
Salaminipun wonten ing keselametan
Salaminipun diwelasi Gusti Allah

Minang Version:
Ya Allah curahkan jo kasalamatan
Taruntuak nabi piturui kami Muhammad
Sapanjang idui di dalam kabakaan
Salamonyo dalam kasiah sayang Allah

Coda Fine F (Choir):
Allahuma shali wassallim ala
Sayidina wa Maulana Muhammad
Adadama bi'ilmillahi shalatan

Fermatta :
Da'imatan.......bidawami..... mulkilahi 




Wednesday, January 23, 2013

Cooking for Pleasure

*Laparnyaaa... huhuhuhu~~

Assalamu'alaikum & Salam satu Blogger semua! *ecececececeececececececeeee~~

Haha, baru je malam tadi post something. Pagi yang sama, hari yang sama, posting lagi. *kikiki~~
Kali ni saya nak share benda yang saya suka buat bila saya free dan tengah ada mood: MEMASAK. YUM!

Ya. Saya memang suka memasak. Tak kira la masak apa pun. I'm a guy and Alhamdulillah, I like to cook. Ada orang kata, lelaki yang pandai masak ni leaki yang macho, hensem dan sexy. Tapi maafkan saya, saya cuma manusia kerdil, a little bit chubby (*kot. aihhh~) dan sangat busy sentiasa. So, sebab tu bila saya ada masa free, saya akan memasak. 

Orang yang menjadi inspirasi saya ialah Ayah dan Ibu saya. Yup, both of them can cook very well. Ayah pandai masak kari, masak lemak, dan apa2 je yang berkaitan dengan santan (*lauk2 je. kuih2 tada. pffttt... haha~). Tapi Ibu pandai masak semua (*obviously! hahaha~~ ) Tapi kalau bab kari or masak lemak, I prefer Ayah to cook. haha~ No, I'm not being biased, but it just that Ayah's curry are yummier. Kitorang boleh tau beza Ayah punya kari ngan Ibu punya kari. Nak tau rahsia dia? Haha, tabley tabley. Tak suprise la kan. ahaksss~~

Kalau nak cerita tentang channel kat TV, for sure saya paling suka channel Food Network ngan Asian Food Channel. Dari situ la saya kenal chef2 selebriti terkenal macam Giada de Laurentiis, Ina Garten, dan ramai lagi. Best tengok diorang masak. Ada part iklan tu tunjuk tentang the best food mengikut tema. Kalau tema dia chocolate, dia dok tunjuk la the best dish yang celebrity chef pilih. Dia akan tunjuk briefly cara2 penyediaan masakan tu. Of course la diorang semua dari overseas, tapi most of the recipes yang diorang guna, kita boleh cari kat negara kita. Kena pandai shopping la, & tak boleh malas2. huhu~ Tapi saya tak lupa juga celebrity chef2 kita di Malaysia seperti Chef Wan, Chef Jaafar Onn, Dato' Fazley Yaacob (abg Paji. huhu), Chef Florence Tan, dan ramai lagi. They are also a good cook, I can assure you. huhu~  

Saya juga pandai buat kuih raya jugak & kek. ahhaaaaa~~~ Kalau masa dah nak dekat raya, dah menjadi tugas utama bagi saya untuk menyiapkan kuih raya, contohnya biskut2 wajib seperti Cornflakes, Tart nenas, Badam, Kelapa, Samperit, dsb. Oh ya, saya tak guna butter sebab family saya tak makan butter. Instead, saya guna MAJERIN PLANTA. Huhu~ Kiranya, kerja saya hanyalah berada dalam dapur sahaja. Kerja2 rumah lain, tu semua abang2 n adik saya buat. Kerja saya cuma settle hal2 dapur sahaja. Lagi pressure kerja kat dapur sebab kadang2 tu dah malam pun still belum settle lagi. Tapi, nak buat kuih raya tu, jangan la lupa solat k. Tu yang penting. ^_^ Tapi maaflah buat pembaca2 sekalian; saya tidak menerima sebarang tempahan. huhuhu~ 

Kalau nak cerita tentang masakan yang saya pernah buat... Well, banyak jugak. Contohnya; Baked Macaroni, Gulai Ayam, dsbnya. huhuhu~ Lauk favourite saya sudah semestinya sambal tempoyak ikan bilis. HAHAHAHA!!! Tak lupa juga saya ni seorang yang sangat suka makan sayur-sayuran. Kalau kat atas meja ada ayam, daging, ikan, dan sayur; lauk yang pertama saya akan ambil ialah sayur. Saya boleh survive dengan hanya makan sayur je. Sebab saya suka! huhu~ Makan sayur macam makan daging. Tapi kena seimbang juga. Sebab kalau makan sayur je, nanti diet kita jadi tak betul dan ada juga side effectnya. Kalau nak tahu lebih lanjut sila tanga Mr.Google. ngehngehngeh~~ Oohh, ya saya sangat suka makan sandwiches. Restoran SUBWAY menjadi favourite lepak-ing place kalau lapar. omnomnomnomnom~~

Walaupun saya suka sangat bidang masakan, pernah juga saya bercita2 nak jadi chef, tapi, minat saya lebih kepada bidang Bahasa Inggeris dan Muzik (Major: Vokal). So, kiranya saya ni chef jugak, tapi CHEF DI DAPUR je lah ya. huhu~ I'm no pro, but In Shaa Allah, I'll improve my cooking from time to time. Cooking for pleasure! :D

P/s: Makan tu makan jugak. Tapi ingat, kesihatan itu juga perlu dijaga. Jangan terlebih makan, jangan kurang makan. Puasa tu lain cerita, tapi jangan sampai tahap OBESITI mahupun ANOREXIA. Tak tahu apa maksud dua benda tu? Senang, tanyalah Mr.Google. hahahahaha~

Ada apa dengan tahun baru?

Horizon. Saya suka permandangan sebegini. Subhanallah. :D

Assalamu'alaikum & Salam Satu Blogger semua. *kuikuikuikui~~

Well, dah 23 hari selepas tahun baru. Walaupun terlambat, still nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA MAKHLUK2 DALAM MUKA BUMI INI. HAHAHAHAHHAHAHAHA~~


By the way, nak dijadikan cerita, dalam 23 hari ni, not much things happened. Seems blurred. Bukan tak ada azam or anything, cuma azam lama tu still nak dikecapi n diperbaharui. Lagipun, masih ada yang belum tercapai. So, what's the point buat azam baru, kan? Actually, azam lama & baru tetap sama je.Nak jadi seseorang yang lebih baik la, lebih beriman la... etcetcetc. Sangat mainstream. So, tak perlu nak heboh2kan azam. Semua orang ada azam masing2. So, simpan dalam hati. Lepas tu, laksanakan. Bila dah kecapi, baru la bagitau kat orang. Tapi pun tak payah nak heboh2 sakan la. Nanti jadi riak & kufur nikmat pulak. ahakss~~

Nak cerita pasal sem baru di kampus, pengajaran pun baru nak mula. Warming up. Dengan theaternya, plus other 5 subjects. Rasa macam tak sabar nak graduate. huhu~ lagi 3 atau 4 semester je lagi. Lepas tu, sayonara UNISEL tercinta(*I mean it. Saya memang sayang UNISEL. Tak tipu. Ini bukan sindiran. Sekian, maceh maceh.). But I still got a long way to go. Banyak lagi yang harus dipelajari.

Once, bila orang tanya my Ibu, "Anak skarang blajar kat mana?" Then Ibu jawab, "Kat UNISEL Kuala Selangor. Nak jadi lecturer TESL katanya." Then, I'll add, "... dan juga guru muzik, major in VOCAL." ngehngehngeh. Ntah bila la rezeki aku nak amik lesen vokal. Tapi takpe, In shaa Allah nanti ada lah tu...

Nak cerita pasal hati... I guess not. I do have lots of loved ones. So, setiap apa kesilapan yg diorang buat, what ever they did; sangka buruk ke, cerita belakang2 ke... apa2 je lah. I telan je, walaupun pahit. I know, on certain times, I did not feel accepted, or appreciated. Or maybe I put my trust and appreciation to some wrong persons, perhaps? I don't know. Tapi kalau they are my loved ones, as I said, tak apa lah. Telan je semua perangai diorang, pe'el, dsb. Why? Because I know I love them so much. Allah tahu. Bukan desperate nak attention ke apa kan, tapi this is my "natural" self. Tak dapat terima diri saya yang cepat menyayangi dan sangat caring? Tak apa lah. One day, they will understand. I won't ask much. Just don't leave me or act like I don't care or don't know anything about my friends. Implicitly or explicitly, I know. I diam je. Malas nak buka mulut, nanti jadi hal lain. So, better act like I'm stupid, knows nothing at all, daripada memandai2, even though I know most of the things.

Okay, nak cerita tentang career di UNISEL, yeah, I did have some works to do. Busy all the time. Tadi baru je lepas settlekan event ceramah di masjid kampung bestari kat blakang masjid. I jadi lead untuk group nasyid Alif Ba Ta (sebab baru tubuhkan tadi dengan orang2 kampung. hahaha~) Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun bergerak SOLO (not literally, just pada awalnya), tapi masih lagi boleh survive, In Shaa Allah. Lain yang I harap, lain yang datang membantu meneman. Tak apa lah. Allah ada perancangan-NYA tersendiri. Syukur Alhamdulillah, aku tahu Allah faham isi hati aku. Sebab tu DIA hantar aku seseorang yg aku tak sangka2 akan datang membantu. Someone yang aku sangat sayang & percaya dari dulu. Orang yang aku mula2 kenal masa di kampus dulu. Yup. Kalau baca post2 tentang sahabat2 UNISEL, he is one of them. Syukur Alhamdulillah. :)

Too much things that played with the heart these days. Tapi tak apa lah. Ujian Allah kan. Kita harungi perlahan2 dengan penuh kesabaran. In Shaa Allah everything will be alright. :')

P/s: UNIC - Sahabat Sejati. Penuh dengan sentimental value.

Monday, December 31, 2012

Pelancong di negeri sendiri. :D


Assalamu'alaikum semua!!!

Haha... kali ni punya story, memang shiok habis lah. Haha. 30hb Disember, aku jadi lone ranger, ronda-ronda kat Kuala Lumpur sorang-sorang(pada awalnya.). Meh aku share gambar2 aku masa dalam sesi ronda2 tu. hikhikhik~

 Okay, cerita dia cenggini. Hari ni aku pergi KLCC. Nak ke Kinokuniya Bookstore. Pada awalnya, aku ingatkan duit yg abg usrah(betul ke term ni? aq pakai je. kikiki... ) aku bagi dah selamat dimasukkan dlm akau aku. Lepas tu, aku check akaun, still RM2.90 something2. *malu... kikiki~~ Aku call dia, pastu baru dia bagitau yang duit tu dah dimasukkan, cumanya dia tak dapat nak transfer sebab pemprosesan dia tutup sabtu & ahad. So, kiranya hari isnin 31hb Disember 2012) baru lah diorang masuk kan. Alahai... potong stim betul la. Dah plan nak beli buku etc2, last2 cancel the tosai. hahaha~ xpe lah. Not today. So, dengan berbekalkan budget RM10, aku decide untuk jalan2 cuci mata je la... huhu~

Okay. Mula2 aku gi lepak kat Kinokuniya Bookstore.


Best pulak aku baca buku ni. Pasal perang dengan zombie. Nak beli la buku ni nanti!

Okay, someone kena belikan aku buku ni untuk hari jadi aku. Nak!!!! #GoGoManchesterUnited #WayneRooney *kat blog pun nak hashtag. hahaha~

Lepas tu, aku pergi kat Music section: one of my favourite section kat Kinokuniya bookstore.

 Lagi terjumpa buku-buku yang aku berkenan. Please, someone please buy me these books. PLEASE!!!

Lepas tu aku sebelum aku keluar dari bookstore, ternampak lagi buku yang kat bawah ni. RESIDENT EVIL ARCHIVES 1&2. Nak jugak buku ni for my birthday present! Mau, mau mau!!!!


Okay, setel je aku lepak2 kat Kinokuniya Bookstore selama sejam lebih kot. Ke, 2 jam? aku pun tak perasan. Terus aku keluar ronda2 kat tempat lain. Aku dok pikir, mana la aku nak jejak ni. Last2 aku decide nak gi tengok Menara KL. Terus aku ride kuda biru aku kesana.


 Dah lama aku tak jejak sini. Last aku datang pun dengan pak ngah aku. Saje je lepak2. Tapi dulu tak ada apa2 pun kat sini. Tapi sekarang, dah ada macam2.Wayang 3D la ape la. Lepas tu ada macam perkampungan melayu 1malaysia pulak kat sini. huhu~



Iguana ni jinak giler. Ada dua ekor. Satu tuan dia pegang, lagi satu dia letak kat sini. So, aku pun amik kesempatan nak belai beliau (iguana tu, bukan tuan dia. kikiki). 


Tetiba Upin Ipin pun ada buat demonstrasi kat groundfloor Menara KL tu. Sebab segan nak amik gambar sesama, aku amik jela gambar makcik2 ni. Kemain seronok beliau-beliau. Hikhik~

Takde pun aku nak naik atas menara tu, sebab tak cukup duit. kikiki~ Lepas tu, terus aku pulang ke KLCC. Tapi bukan ke KLCC; aku pergi ke Masjid As-Syakirin untuk menunaikan fardu Asar. Frankly speaking, ini lah pertama kali aku jejak ke masjid ni. Dah pergi KLCC banyak kali pun, tapi tak pernah singgah pun ke masjid ni. Subhanallah, cantik sungguh masjid ni. Tenang je. Lain kali kalo gi KLCC, mesti nak singgah sini jap. ^_^




Okay, lepas tu aku gerak pulak ke Pavilion. Kali kedua aku gi sana. Tak pernah pun discover tempat tu betul2. Aku pun lupa bila last aku pergi. Mostly barang2 dia mahal2, tapi ada je yang murah2. :D

Kat Pavilion la aku jumpa teman2 junior kampus aku. Finally, tugas aku sebagai pelancong lone ranger tamat. Haha. Mekasih la kat salah sorang daripada mereka ni yang sudi belanja beta makan kat Carl's Jr. Takpe, lain kali beta belanja korang pulak ye. huhuhu~~

*Maaf sekali lagi, tak snap gambar2 kat Pavilion. Antara sebab2nya, batery android Ace biru gua dah nak abis. huhuhuhu~~ 

Best keluar ngan korang. So accidentally! Kebetulan. Haha. 
*Gambar ni diambil oleh sahabat gua jugak. ^_^ Kiranya kami berempat la ni. :D

Haaaahhh~~ what a day! Syukur Alhamdulillah Ya Allah, dalam aku sorang2 tu, Kau bagi jugak sahabat2 untuk teman aku hari ni. Rezeki yang tak disangka2. :D

P/s: Mintak ampun mintak maaf, nama teman2 beta ni terpaksa dirahsiakan untuk sebab2 tertentu. Yang kenal tu tak apa lah. Yang tak kenal tu, harap maaf lah ye. Sekian, maceh-maceh. :D

Tuesday, December 18, 2012

Do you feel what I feel?


Assalamu'alaikum semua...

Well, sejak kebelakangan ni, aku rasa aku nak kembali aktif dalam penulisan blog. Actually, blog ni dah kira macam diari hidup aku, tapi semua boleh baca. Why? Sebab kat blog ni je lah yang aku boleh kongsi kot cerita2 hidup aku yang tak seberapa nak grand ni (tak semua perkara yang aku boleh share ya u'olls. hik!). kuikuikui~

Okay, kali ni aku nak share sikit secebis rasa hati aku. Sebenarnya, sejak kebelakangan ni, aku banyak berfikir. I mean, LITERALLY BANYAK berfikir, especially tentang orang lain. Yeah, sorry to say; aku bukan penyibuk atau apa, cumanya, bila aku dah kenal orang, dan aku mula sayang pada orang, aku mula care dekat orang lebih daripada aku care tentang diri aku sendiri (teruk kan? hurm).

Sekarang ni, aku tak tahu lah kan, ya memang aku banyak fikir tentang orang lain, tapi sebenarnya, orang lain ada ke fikir pasal aku? Aku rindu bagai nak rak, tapi orang lain ada ke rasa benda yang sama terhadap aku? I don't know, maybe perasaan kot... Ke aku yang perasan, bertepuk sebelah tangan?

Tebal muka.

Tu lah. Aku pun tak tau la nak cakap macam mana, tapi itu la yang aku rasa sekarang. Feels like ESTUPITO MORONIOUS sekejap.

Yup, memang aku sensitif. Memang aku sentimental. Sebab aku sayang, dan aku sangat care bila aku dah rapat dengan orang. Tapi tu lah, perpisahan itu tetap ada. Ramai je yang aku sayang dulu, dah anggap macam siblings dah pun, tapi break away bak kata Kelly Clarkson. Aku disisihkan. As usual lah. Memang sejak di bangku sekolah pun aku sentiasa DISISIHKAN oleh ramai orang.

I know who I am.

I know, I'm not as the normal typical guy who don't care what happen and always live in denial. Seriously, tak suka talam2 dua muka ni. When I said I care, I mean I literally care. When I say I love, I mean I literally love. Sebab aku tak suka perpisahan.

Aku dah muak dah.

Sedih je hati ni sebenarnya bila rasa macam ni. It hurts A LOT (macam perempuan pulak kan, tapi ini la hakikatnya.) But things happened. I'm sorry sebab ada berfikiran su'udzon, tapi kadang-kadang tu terasa jugak sebenarnya. Hati sakit, tapi diam je. Orang senyum, kita pun senyum je la. Shit, I really hate living in denial. Rasa macam tipu diri sendiri pulak.

However...

Dalam rasa2 macam ni, ada jugak yang secara tidak lansung, accidentally and spontaneously mengubat hati ini (ecececececehh). Ada je yang telefon. Dah berapa lama dah tak dengar khabar, last2 orang yang aku dah lama tak dengar khabar berita tu la yang telefon aku. Aku ingatkan dia dah lupa dah. Maklum lah, kesibukan diluar sana, bukan boleh dijangka. Tapi atas dasar kasih sayang dan rindu, memang hati aku terubat.

Tu lah, setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Dalam kita dok fikirkan orang lain yang mungkin tak reti nak APPRECIATE kita, ada lagi orang yang teringatkan kita tanpa kita sedari. Seriously, memang tak disangka-sangka. Itu yang buat aku terharu. Kerja ALLAH, siapa boleh jangka. Hanya DIA saja tau isi hati setiap HAMBA2-NYA. ALLAH Maha Adil. Yes. I can see that and I can feel that.

Bukan aku ni nak perhatian ke apa ke; Tapi, kalau betul la orang sekeliling aku ni ada hati dan perasaan, pasti dia faham apa yang aku maksudkan dan apa yang aku cuba zahirkan. Isi hati aku. How do I feel about them. Semuanya kenara nak memperkukuhkan pertalian silaturrahim. Tak nak rasa tersisih oleh sesiapa pun.

Maaf.

Maafkan aku jika berfikiran buruk. Maafkan aku jika aku terlampau sensitif. Maafkan aku jika mungkin aku terlampau manja. Maafkan aku jika aku ini terlampau menyusahkan. Maakan aku jika aku membuat orang sekeliling aku tidak selesa. Sekali lagi, bukanlah bermaksud aku seorang penyibuk, tapi  aku memang sorang yang mudah menyayangi dan sangat caring tentang orang lain. Semuanya kerana aku tak nak rasa tersisih. Tak nak kehilangan. Tak nak ditinggalkan. Aku dah puas dah rasa semua ini. Sedih sebenarnya hati aku. Tapi siapa je yang faham? ALLAH je yang faham betul. Payah aku nak cerita dekat orang, sebab aku tau nanti mesti kena gelak punya. Hurm...

Tapi, kalau rasa aku ini patut menjauhkan diri dari semua orang, aku akan pergi. Tak apa, aku dah biasa dah dengan semua ni. Sakit tu memang sakit, tapi nak buat macam mana kan. It's okay.

Tak pe lah, janji blog ni dah terangkan secebis isi hati aku yang tak brapa nak best ni. uhuhuhuhuu~~

P/s: Woah, bapak tacing la post aku kali ni. Ooh La Laaa. Mintak ampun mintak maaf, post ini tak ada kena mengena dengan yang hidup, mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian terima kasih. Ahaks.. X3


Saturday, December 15, 2012

Lessons Learned


Assalamu'alaikum semua!

Haaahhhh~~ lega rasanya lepas abis exam untuk sem ni. FREEDOM!!! FRESH AIR!!! Haha. Untuk sementara waktu je. kuikuikuikui~

Well, sem ni banyak sangat issue. Mostly emotional issues la kan. Ada yang happy, ada marah, sedih, dsbnya. Macam2 hal aku dah harungi dalam sem ni. Quite tired somehow, but still managed to stand tall even though I keep falling apart. 

I have learnt a lot through this semester. Love, Friendship, Heart. Too much since the first sem. I guess setelah 2 sem, sem ke 4 ni aku dapat rasakan seperti dejavu, tapi lebih cerita yang simple tapi lebih emosi. Oh wow, what a life. 

Dah hujung tahun. Alhamdulillah aku dapat akhiri tahun ini dengan bahagia. Mostly masalah dah selesai. Yup, the heart still hurts until now, but In Shaa Allah it'll get better from time to time. It will heal someday, some time...

Segala perkara yang berlaku dalam sem ni menyebabkan aku mengalami masalah KERINDUAN YANG TERAMAT SANGAT terhadap ramai orang sekeliling aku. Sahabat-sahabat aku yang berada jauh dari semenanjung, mahupun yg berada dlm semenanjung; Kekasih-kekasih hati aku (jangan ingat gepreng je tau. huhuhu); Mak, abah di kampung. Even ibu dan ayah, walaupun aku selalu pulang. 

Maaflah kalau aku bersikap sangat sentimental, tapi ini diri aku sebenar. I don't mind anymore if people can't accept me from being who I am, but this is me. 

Well, things happened. Aku tahu, Allah nak tengok sejauh mana aku boleh survive dengan ujian-NYA dalam sem ini. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya. Aku percaya dengan kuasa Allah yang sentiasa membantu hamba2-NYA yang berada dalam kesusahan.

That's the summary of this semester's story. Exhausted, but very, very meaningful to me. Terima kasih ALLAH. Syukur kepada-MU kerana masih lagi memberi aku peluang untuk bernafas dalam muka bumi ini untuk beribadat kepada-MU. Setiap ujian, pasti ada hikmahnya. Every cloud has a silver lining. I believe that. 

p/s: Jadi diri sendiri. Stand on your feet. Care about other people, but on the same time, take good care of yourself. 

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'