Followers

Monday, October 24, 2022

Insomnia.

It's 4 something in the morning, and I still couldn't sleep, since 2 something.

My brains are disturbed, again.

Still, at least I could have a brief me-time will the kids are asleep.

No, no. Not having any problems with my darling wife. She's an angel. But I decided not to disturb her slumber. Kesian dia. Penat melayan kerenah anak2. Yes, I do help (obviously! kerja hakiki seorang suami tu! ^_^) But since my darling wife had caesarean operation twice, her energy is not as same as she was before pregnant. Even though 4 years has passed since Idrizz, still, the pain is still there.

She's a hero. A survivor.



 Anyway, 

Lots of things happened recently. Unexpected to be exact. Couldn't say the incidents specifically, but let me describe in words:

Betrayal

Dishonesty

Stubbornness

Neglected

Unfocused

Rudeness

Chaos

Lies

Gila Kuasa (Ini in BM. heh.)

I'm just tired. Too tired of all this nonsense. My brain is making lots of noises lately, telling me that I'm worthless, weak etc. Also filled with bleak past experiences. I sometimes couldn't even breath. I lost focus. Heart beats fast sometimes. I drop things unintentionally and suddenly.

How I wish I could express my anger, my disappointment on the spot, directly. But it's not worth the time, the energy, and the emotion. Yet, it's killing me inside. Severely. 

How I wish I'm not in this situation. But Allah has put me in. Still, I believe that there is something that HE wants to show me. Takpelah. Husnuzon, eventhough it hurts.

Let's just pray that I am stable soon. Still in this tiring healing process.

Goodnight, everything. 






Friday, October 7, 2022

Lee Hi - Breathe

 
[Verse 1] 
Take a deep breath 
Until both sides of your heart get numb 
Until it hurts a little 
Let out your breath even more 
Until you feel 
Like there's nothing left inside 

[Refrain] 
It's alright if you run out of breath 
No one will blame you 
It's okay to make mistakes sometimes 
Because anyone can do so 
Although saying "It's alright" is comforting 
They're just words 
 
[Chorus] 
Someone's breath, 
that heavy breath 
How can I see through that? 
Though I can't understand your breath 
It's alright, I'll hold you 
 
[Refrain] 
It's alright if you run out of breath 
No one will blame you 
It's okay to make mistakes sometimes 
Because anyone can do so 
Although saying "It's alright" is comforting 
They're just words 
 
[Chorus] 
Someone's breath, 
that heavy breath 
How can I see through that? 
Though I can't understand your breath 
It's alright, 
I'll hold you 

[Bridge] 
Even if others think your sigh 
Takes out energy and strength 
I already know 
That you had a day that's hard enough 
To let out even a small sigh 
Now don't think of anything else 
Let out a deep sigh 
Just let it out like that

[Chorus]
Someone's breath, that heavy breath
How can I see through that?
Though I can't understand your breath
It's alright, I'll hold you

[Outro]
You really did a good job

Saturday, August 26, 2017

DIA PUNCA AKU TERJATUH!

"DIA PUNCA AKU TERJATUH!"

Assalamu'alaikum w.b.t and a very,very good day to all readers.

First of all, I hate to say this, but obviously, It has been awhile since I have posted my previous post (cliche sangat ayat. Heh. Tak bleh pakai. Kuikuikui~). Sorry banyak2. Dah nak dekat Raya Haji ni, so, mintak ampun mintak maaf in advance la ye, even though actually anytime je kita boleh mintak ampun kan. Hewhewhew,

Anyway,
kembali kepada topik kali ini, "DIA PUNCA AKU TERJATUH!". Jatuh gedebuk, tersembam ke tanah etc2. Korang dah tengok gambar kat atas tu kan? Yes. Kali ni beta nak cerita sikit apa yang berlaku kat dalam gambar tu. Heh. 

Now, here's the story:

Pada zaman dahulu (sekitar akhir tahun 2015), ada seorang putera kacak (matilanak! muahahaha~~) baru je lepas breakdown a.k.a putus cinta setelah hampir 6 tahun in relationship lamanya. Masa itu, putera kacak tau dalam keadaan trauma, dah tak tau cinta tu apa dan kononnya dah xnak amik tau pasal cinta. Blah la lu cinta! Puihhh!

Lepas tu kan, pada suatu hari, dalam ofis (masa putera kacak tu mengajar kat satu sekolah agama swasta kat Sepang. aku malas nak sebut nama sekolah tu. Puihh!), tetiba putera kacak tu ternampak la satu makhluk ni. Time tu putera kacak tu terpikir, "Siapa minah tu? Tak pernah nampak pun? Konco-konco management ke? Ahhh lantak lah, bukan masalah aku." Tapi kan, ada satu kali putera kacak tu nampak minah tu rapat2 dengan kawan putera kacak tu. Putera kacak tu pun pelik, apahal dia rapat2 dengan Kina, Sarah, A'isyah, Lina? Pelik, pelik. Lagi bertambah kusut kepala si putera kacak tu, tiba-tiba minah tu drive van MANUAL Sarah. Ah sudah, kau ni siapa sebenarnya, bentak hati putera kacak. Siapa la chubby communist ni?

Nak dipendekkan cerita, satu hari tu Sarah ajak Putera Kacak (sekali lagi, matilanak. heh.) tu pergi dinner kat Seoul Garden, IOI Mall Putrajaya. Sarah cakap lebih kurang macam ni, "Ziq, jom gi makan kat Seoul Garden. Gi ajak adik aku skali." "Adik kau? Yang mana satu ni kak?" si putera kacak tu tanya. "Tu Mariam tu, yang admin praktikum tu, yang drive van aku hari tu. Tu adik aku la tu." Tergamam putera kacak tu. Baru lah dia sedar, rupa2nya minah chubby communist yang bernama Mariam tu ialah adik Kak Sarah. 

So since then, putera kacak tu mula berkawan dengan Mariam tu. Maklum la, dia suka dok sorang2, dan putera kacak ni pulak jenis peramah nak mampus, so, macam2 la putera kacak tu ajak buat macam2 onar dalam sekolah tu. Contohnya, gi lunch sama2, gi keluar jalan2 sama2, share cerita sama2. Tapi time tu kan, putera kacak tu dapat rasa sesuatu, cuma dia tak pasti. 

Sebab, kan dia dah tak percaya pada cinta. Sebab putera kacak tu dah trauma kan. However, dia cuma letak segala perasaan dia pada Yang Maha Esa saja. 


Pendekkan lagi cerita, berberapa purnama kemudian (gittew~ heh.), Putera Kacak tu ajak la Mariam tu pegi lunch kat dewan makan. Kerana nak kepastian tentang apa yang Putera Kacak tu rasa, dia cerita segala kisah2 sisi gelap dia yang dimana kalau orang tahu siapa sebenarnya diri Putera Kacak, nescaya orang akan lari darinya. 

Selepas Putera Kacak itu ceritakan segala tentang kisah lampau diri dia, dia mengeluarkan satu soalan trigger buat sang Mariam:

"So, Mariam dah tahu siapa Haziq, segala kisah lampau gelap aziq, etc2. So, agak2 la mariam, ada tak orang yang nak kat orang macam Haziq ni?

Jawapan sang Mariam menyebabkan hati Putera Kacak itu jatuh. Tau tak apa yang dia cakap? Mesti la korang tak tau kan? Dia cakap ini:

"Haziq, kita sayang orang bukan kerana kisah silam dia tapi kita sayang orang kerana kita nak hidup dengan masa hadapan dia. InshaAllah, mesti ada orang yang boleh terima Haziq seadanya."

Jawapan itulah yang mendetikkan hati si Putera Kacak itu untuk berkata dalam hati, "Inilah orangnya. Ya Allah, inilah orangnya. Tapi, dia nak ke terima aku?" Sang Mariam ada jugak tanya si Putera Kacak tu sama ada dia ada suka somebody dalam sekolah tu. Tapi, Si Putera Kacak itu bagitau kat sang Mariam supaya dia tunggu hujung bulan Februari untuk ketahui siapa orangnya. 

YA. SEKALI LAGI PUTERA KACAK TERJATUH. JATUH CINTA.

26 Februari dah pun menjelang. Hari terakhir Sang Mariam bertugas sebagai Intern kat sekolah tu. Hari tu jugak dia remind si Putera Kacak untuk bagitau siapakah gerangan orang yang disukainya. Si Putera Kacak berasa sangat gementar. Tapi, dia letakkan segala harapan pada Allah. Ada rezeki, adalah jodoh. Tak ada, kawan pun jadi. Takde lah lah. 

SO, Sang Mariam punya lah tak penyabar, masa tu si Putera Kacak dalam kelah, tengah nak habiskan pengajaran, time tu jugak dia sibuk telipon. Time tu dah nak habis period dah. Habis je waktu sekolah, Sang Mariam dan Putera Kacak terus rendevous kat depan bilik rawatan. Hati dah kencang habis dah ni. Rasa macam nak pitam je Putera Kacak time tu.

Pendek kan cerita lagi, Sang Mariam terus tanya, "Ha... so, dah janji kan? Bagilah tahu, siapa orang yang Haziq suka tu?" "Perlu ke Haziq nak bagi tau?" soal si Putera Kacak. "Mesti lah bagitahu. Hari tu kan dah janji dengan Mariam?" 

Dari muka yang senyum2 kerang busuk, terus muka si Putera Kacak bertukar serius. 

"SEBENARNYA, SAYA SUKA AWAK."

Sang Mariam tergamam. Terkejut. Lepas tu, Sang Mariam bertanya, "Haziq, ingat tak masa kita lunch kat dewan makan hari tu, Mariam ada cakap yang akan ada orang boleh terima Haziq seadanya?"

"Ingat. Tapi, siapa orangnya? Mariam ke?" tanya Putera Kacak.

"YE LAH. SAYALAH ORANGNYA."

...and the rest is history. Hehe. Tak lama berberapa bulan lepas tu, Sang Mariam dan Putera Kacak terus bertunang seperti dalam gambar diatas (gambar yang Sang Mariam tutup muka dengan bunga jambak tu. Acah2 malu lettew. hewhewhew~~~ X3) 

Then, tak sampai setahun kemudian,







Ya. Akhirnya mereka dah pun BERNIKAH pada tarikh 15 Julai 2017 dengan sekali lafaz,

"Aku terima nikah Mariam Zahidah Binti Mohamad dengan mas kahwin seutas rantai emas."

Dengan itu, maka, berakhirlah kisah awal bibit2 cinta si Putera Kacak dan Sang Mariam. Mereka tak pernah "bercouple", tak pernah bersentuhan sebelum bernikah. Hanya do'a dan harapan sahaja yang dipanjatkan kepada Allah, dengan lafaz nikah sahaja yang menghalalkan perhubungan mereka. Begitu cantik peraturan Allah. Allah bantu mereka menjaga batas pergaulan mereka sehinggalah sampai saat pernikahan. Ini FAKTA kisah Si Putera Kacak dan Sang Mariam. Tak nak percaya, sudah. Boleh blah. Gi main jejauh. Heh. 




Akhir kata:


YA. KAU MEMANG DAH BUAT AKU TERJATUH.

JATUH CINTA. LAGI. <3 p="">

P/s: Bercinta selepas nikah itu sememangnya lebih indah. The End.

Thursday, October 13, 2016

Sing.

 "Music has always been my passion.
Singing is my priority in music."

Assalamu'alaikum to all.

Okay guys, hari ni saya nak cerita sikit tentang muzik.

Music is one of many talents in the world.

Well, ramai yang nak jadi pemuzik, mainly nak jadi penyanyi.
"I always wanted to be a singer because singing is what I always do blablabla~"
"I have what it takes to be a singer blablabla~~"

Bagus la kalau berfikiran positif macam tu.
Tapi masalahnya, adakah nyanyi itu hanya sekadar nyanyi, and nothing else matters?
Is having a good vocal is all what it takes to be a singer? 
How far is your certainty?

Itu yang having good vocals. How about the not-so-good ones? Yet they claimed that they are good, but the reality is that their vocals are far worse than screaming cat at the back alley.

Okay, macam ni la, let me clear you about this:
Singing is not only about talent. It's not only about music and vocals. 

It is more than that actually.

MusicPro Academy Annual Recital 2014.
Ketulusan Hati

1. Singing/Music is about delivering messages.
Music should inspire people, telling stories with emotions, making people understand our messages and ideas, to motivate people. "Love to sing" does not going to bring us anywhere. Most people have this kind of miss-concept whereby they only sing because they love to sing. No. It is more to that.

2. Vocals is about the right technique.
This is what happened when they only sing without knowing the right technique: They scream their lungs out just to reach the high pitches, false breathing technique, out of pitch, uncontrollable vibratos, etc. You can't just sing like that. We need to know the right way to play with our vocals. We will definitely damage our vocal cords if we didn't use the right technique. 

3. ATTITUDE!
Another thing. Some people think that having great vocals is everything. But dig this: even though you have the best vocal in the world, but if your attitude is really bad, you will definitely not going anywhere. Trust me. Over-confident, being stuck-up, couldn't accept critiques and being self-centered, tantrums, being rude and such. A BIG NO! A big DISRESPECT to those who have this totally hideous attitude. If I am an audition judge, I will definitely say NO.

4. Identity.
Being a singer/musician, you have to develop your own IDENTITY. You can't just simply copy other people's identity; having the same vocal and singing style, same personality, same appearence etc. Kita kalau boleh, bila orang dengar kita nyanyi, kita nak orang punya first impression cakap" Wow, siapa ni? Owh dia ni sekian2 kan?" dan bukannya bila orang dengar, then diorang cakap, "Eh, suara macam awie la. Awie buat recording baru ke? Laaa ingatkan awie, rupanya orang lain." 
See? Tapi bukan senang tau nak cari Identiti sendiri. Tapi kena usaha lebih sikit lah. ^_^

I'm not a good singer myself. Saya pun still mencari identiti sendiri. Banyak lagi yang saya perlu belajar. Tapi, kita kena tahu dan kita kena sentiasa belajar. Tak boleh sombong, tak boleh stuck-up. 
That's why I am sharing this; because it is not easy to become an entertainer, mainly on vocals.
Tough. Kalau senang, dah lama saya jadi artis. Ahahahaha~ :D

Smule Cover.
Muara Hati with Malaysian artist, Siti Nordiana.

Ingat, DO NOT MAKE A FOOL OUT OF YOURSELVES. Kalau dah tahu tak pandai nyanyi or nyanyi sumbang, kalau betul2 nak nyanyi, masuklah kelas vokal. BELAJAR. Jangan sombong dan over-confident. Some people memang tak boleh nyanyi pun sebab suara memang takde. Tak apa lah kalau macam tu. Cari bakat lain yang terpendam. Bakat bukan cuma nyanyi je. Banyak lagi bakat lain. Sukan ke apa ke yang bersesuaian dengan diri kita. JANGAN OVER-CONFIDENT SANGAT.

Oh ya, dan tolong faham maksud DELUSIONAL.
Don't be one.
Nak tau macam mana DELUSIONAL? Check out this video:


Some people memang born-talented singer. Tak dinafikan. TAPI, kalau bad attitude pun tadak guna jugak. So... Think about it.

To summarize, it is important to know and learn what is actually music about, learn the correct vocal technique, mind your attitude, and make sure that you are being yourself, including your vocal and styles. Belajar banyak2.

GOOD LUCK.

p/s: 

ABBA – Thank You For The Music 

I'm nothing special, in fact I'm a bit of a bore
If I tell a joke, you've probably heard it before
But I have a talent, a wonderful thing
Cause everyone listens when I start to sing
I'm so grateful and proud
All I want is to sing it out loud

So I say
Thank you for the music, the songs I'm singing
Thanks for all the joy they're bringing
Who can live without it, I ask in all honesty
What would life be?
Without a song or a dance what are we?
So I say thank you for the music
For giving it to me

Mother says I was a dancer before I could walk
She says I began to sing long before I could talk
But I've often wondered, how did it all start?
Who found out that nothing can capture a heart
Like a melody can?
Well, whoever it was, I'm a fan

So I say
Thank you for the music, the songs I'm singing
Thanks for all the joy they're bringing
Who can live without it, I ask in all honesty
What would life be?
Without a song or a dance what are we?
So I say thank you for the music
For giving it to me

I've been so lucky, I am the girl with golden hair
I wanna sing it out to everybody
What a joy, what a life, what a chance! 

So I say
Thank you for the music, the songs I'm singing
Thanks for all the joy they're bringing
Who can live without it, I ask in all honesty
What would life be?
Without a song or a dance what are we?
So I say thank you for the music
For giving it to me
Songwriters: ANDERSSON, BENNY GORAN BROR / ULVAEUS; BJOERN K.






Monday, October 10, 2016

Butterfly.


"Butterfly"
When you love someone so deeply
They become your life
It's easy to succumb to overwhelming fears inside
Blindly I imaged I could
Keep you under glass
Now I understand to hold you
I must open my hands
And watch you rise

[Chorus:]
Spread your wings and prepare to fly
For you have become a butterfly
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be
So spread your wings and fly
Butterfly

I have learned that beauty
Has to flourish in the light
Wild horses run unbridled
Or their spirit dies
You have given me the courage
To be all that I can
And truly feel your heart will
Lead you back to me when you're
Ready to land

[Chorus]

I can't pretend these tears
Aren't overflowing steadily
I can't prevent this hurt from
Almost overtaking me
But I will stand and say goodbye
For you'll never be mine
Until you know the way it feels to fly

[Chorus]

So flutter through the sky
Butterfly
Spread your wings and fly
Butterfly



Friday, October 7, 2016

#Throwback

OOMMMPECAK!

Assalamu'alaikum to all! Miss u'olls a lot! heh

So, oleh kerana sekian lama beta tak menaip dalam blog ini, maka kali ni beta nak ceghabih pasal #THROWBACK.

As we all know, semua orang punya memori. Kisah silam. Kenangan manis dan pahit. Kenangan manis kau dan aku takkan terkubur... eh silap! Tu lagu Jamal Abdillah. Heh.

Bila cerita pasal memori ni, aku jadi emotional sikit. Why? Sebab setiap hari, kita semua makin dewasa. Dan dalam pada kita semakin dewasa tu, kita akan mengalami pelbagai cabaran dan perubahan, tak kisah lah perubahan pada diri atau keadaan sekeliling. Dan sama ada perubahan tu semakin baik atau semakin kurang baik. 

To talk about myself,
sometimes, aku tak tahu sama ada aku ini okay atau tidak mengalami semua benda ni. For instance, yelah, selalunya kita tengok kawan2 kita, dulu single sekarang dah kahwin. Yang dah kahwin pulak dah ada anak dua tiga. Tak lama lagi turn aku pulak. eh? ahahaha~~


< --- "Ye, saya dah ENGAGED dah. Sekian."

Talk about getting married, kadang2 betul ayah aku cakap. Quote dia lebih kurang macam ni la, "Bercinta dengan orang lain, Bertunang dengan orang lain, Kahwin dengan orang lain." 

Yeah. Memang betul2 berlaku pada diri aku. Choyyy!!!

Tapi tu lah kan. Satu pengalaman dan pengajaran buat aku. Anak-anak, please, kalau bab2 kahwin, bab2 bercinta ni, dengar lah cakap mak bapak. Diorang lebih banyak makan garam dari korang. Kalau diorang say "NO" or tak berapa nak berkenan dari awal tu, tandanya ada la masalah yang kita bakal hadapi jika kita degil. 

Ye betul kita cuba buktikan yang kita ni betul. No problem. Ada jodoh, ada lah kan. Tapi, bila something wrong happened, jangan salahkan parents tau. Ayat "I told you so" bakal menyusul selepas itu. Seriously. Aku dah terkono. 

Moral of the story: Next time, jangan membelakangkan mak bapak.

"Hey? Who is dis? Motiifff???" ---- >
(habislah... kejap lagi kena baling seterika kat kepala, Baik gua blah dulu. heh.)

Oh ya, InshaAllah nanti dah sampai time aku announce ye siapa "BAKAL ZAUJAH" teww... hehe. p/s: yang terasa tu, jangan kembang2 hidung. Payah saya nak kempiskan. Kang dah jadi serombong kapal, payah nak cari kayu api arang ape sume. Heh. 

That's one thing.

Another part of being an adult;
Semakin hari, aku semakin rindu. Kadang2 tu, duduk bersebelahan dengan orang yang kita sayang pun still kita rasa rindu. Setiap hari, setiap masa. Rasa macam segala2nya akan berubah tak lama lagi. Contohnya, kalau dulu kita dok manja2 dengan mak, ibu, abah, ayah chik, ayah, 
lepastu dulu kita selalu manja2 gaduh2 lepak2 dengan sahabat sejati BFFFF~ (mohon jangan kembang. aku sepak jap lagi. heh.),


"Mak dan ibu saya."-- >

nanti lepas dah kahwin, mungkin semua itu akan berubah. Sebab lepas kahwin, life kita mostly dengan Zaujah kita kan. 

*okay, ada orang potong bawang. sh*t.

I know... things are going to change somehow. And I have to go through all these things in the future. I know. It will be different. I will be in another phase of life.

I said so because they are my love. Kekasih2 hatiku. Allah je yang tahu betapa aku kasihkan mereka. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata2. Allah je yang tahu.

(Gerenti balik rumah bujang ni, aku kena tido luar. Mampuih. heh.)
< ---- "Siapa orang yang pakai cap ni? Semak je. Puihh!"

Yes it's true, lepas kahwin pun boleh je manja2 ngan ibu, mak, dengan kawan2. Boleh je jumpa2 macam biasa. Tapi I know and I bet, rasa dia lain. Ntah. Tapi lain kot. 
Kot.

Entah. aku pun tak tahu. Takut ke, nervous ke, excited ke, ape ke... bercampur baur perasaan ni. 


Yeah... itulah dia ceghabih aku pada kali ini. Hehe. Kalau orang biasa2, mesti cakap, "Relax la. Keep cool. Biasa2 je sudah." etcetcetc. 
But for me, this is BIG. As I have gone through LOTS of UPs and DOWNs. With these people. My loved ones.

Sedih, Rindu, bila mengenangkan diri ini semakin dewasa. Semakin melangkah ke alam seterusnya. Alam yang aku tak tahu apa yang bakal aku lalui. 

Mungkin aku sempat hadapi. Mungkin fasa aku yang seterusnya ialah fasa aku dia Alam Akhirat. 
I don't know. Allah Sebaik2 Perancang dan Maha Mengetahui.

I put all trust in Allah. I trust in the process.

Ya Allah, kuatkanlah dan tenangkanlah hati aku nak hadap semua ini.

p/s: Aku rindu kekasih2ku. Every single seconds, every single moment.

Friday, April 1, 2016

Moving Forward.


Assalamu'alaikum semua. ^_^

Dalam kehidupan ini, perlu banyak berkorban. Risiko juga perlu diambil. Segala halangan perlu diredah. Kadang-kala kita sememangnya akan berasa letih, hampa, kecewa, dan sebagainya. Tapi kita tak boleh hanya duduk termenung dan memikirkan masalah sahaja.

SOLUSI: KENA BERTINDAK DAN SELESAIKAN MASALAH KITA.
Bukannya lari dan menyorok.

Ada kala, kita kena stand up and fight for your right. Ada kala kita kena berundur dari sesuatu yang bukan milik kita. Kita sendiri tahu kita di tahap dan keadaan sendiri. Tak perlu nak bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Sendiri nak berjaya, sendiri nak hidup, sendiri kena bangkitlah. 

Tak semua orang akan suka kita. Tak semua orang yang benci kita. Above all, Allah kan ada. 
Why worry?

Yang penting, jangan putus asa, sentiasa berusaha dan jangan putus do'a. 
Moga Allah permudahkan segala urusan kita.

Go for it!

p/s: Muhasabah untuk diri sendiri dan semua pembaca yang dikasihi.


Wednesday, December 9, 2015

Budak Kampung

Assalamu'alaikum semua.


"Kadang kala, aku lebih rela dalam keadaan serba kekurangan dan tiada apa-apa, tetapi hati aku lebih gembira dan bahagia; daripada aku ada segala harta, tetapi hati tidak tenang." - Putera Arjuna

p/s: Back to one of the beginnings of my life, Aku hanya seorang budak kampung.

Friday, December 4, 2015

Belum.

Assalamu'alaikum semua.


Kalau ada jodoh, ada rezeki, inshaAllah tak kemana.
Tapi buat masa ni, belum sampai masanya lagi.
Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu yang kita tak tahu.
Sebab itu banyak halangannya.

Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih telus dan lebih baik dari perancangan kita.
Sehingga kita ketemu lagi.

"Trust Allah, trust the process."

Wednesday, December 2, 2015

Back To December.

Assalamu'alaikum semua.


Dah masuk bulan 12. Tinggal berapa hari lagi nak masuk tahun baru.
Tak tahu lah ending bulan ni macam mana. Ada baik ke, ada tak baik ke.
Yang penting, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya,

Trust Allah, trust the process.
Hanya kepada-Mu aku berserah.

p/s: Hati gembira, bagitau Allah Hati sedih pun, mengadu pada Allah jugak.

Wednesday, November 11, 2015

Sunday, November 8, 2015

Adventure.


Assalamu'alaikum to all.

"What's love got to do with it?"

I thought that I'm gonna leave the blog world. But it seems that I can't. I guess, blog is already in my blood. The longer that I took time to visit my blog to write something, the more that I keep thinking of what I'm gonna write. I have stories, but it just that I'm not sure whether I should post it in my blog wall. Pfffttt... what a lame excuse.

Oh ya, just want to remind to all readers, my writing will be such a super-rojak (Malay-English). Bear with me. Heh.

Through this year, I have been through lots of ups and downs, changing jobs since I have finished my studies, but hey, Alhamdulillah finally I am able to settle down with my current job as an English teacher at one of the private tahfiz school in Malaysia (can't tell the name. secret. haha.) Gaji, not much really. If you expected RM2.5k, A BIG MISTAKE. heh. Small pay (I mean it.), but the working environment is much, much better than my previous working place at a college. yeah, I was a lecturer before though.

If I want to compare my current life now with my previous life like last year, this year's better. Last year's a hell. I can tell. Feeling down like shit, being nearly dumped, making lotsa big mistakes. 

Only the people who knows my story, who have been here with me, who have entered my life and never leave, knows me. No need to explain further.

This year, different stories, different plots, more new characters, old characters now mostly are just subs. But the most important is: Me, my family, my love, and my best friend. These people are still being the major cast of the story of my life.

This year, Alhamdulillah, everything is getting back to normal (at least). It's hard to get this kind of life since the past. I have been striving so hard to get through all these emotions, episodes of my life, even until now. And I bet my striving will never ends.  

Even though sometimes, I just could not forgive myself for what I have done, and sometimes I tend to fall off the cliff again, but still, I can't give up easily. Giving up and letting my episodes miserable is not going to help me to go through my life. 

I just need to be happy. I just need to be a better self. I just need to be...
me.

The adventures of being Muhammad Haziq bin Razali continues...

Beat.

P/s: Trust Allah, Trust the process. I. Believe. Love. Courage. Imaan. Ikhlas.

FAMILY
FRIENDSHIP

Tuesday, April 1, 2014

Coretan Hati: Aku Hanya Pendosa.



Mungkin pasti ada yang telah sebarkan keaiban dan dosa2 diri aku. Pasti ada orang yang mula menjauhkan diri dari aku. Pasti juga ada orang yang menganggap usaha untuk merubah diri aku kearah kebaikan hanya satu gurauan dan lawak pada mata pandangan mereka. Pasti juga akan ada dalam kalangan mereka akan mencaci, menghina kekurangan diri aku.

Walaupun semuanya berpunca dari aku, namun bukanlah bermakna aku tidak sedar atas kesilapan diri aku. Aku sedar aku ini "berpenyakit". Susah untuk diubati; kerana penyakit ini bukanlah satu penyakit yang mampu diubati dengan ubat-ubatan material. Penyakit naluri. Ya, aku sedar betapa jijiknya diri aku. Betapa hinanya aku pada mata pandangan manusia-manusia yang lebih mulia dari aku.

Aku sedar, segala titik peluh, segala pengorbanan yang telah aku berikan memang tak layak untuk dikenang, walaupun sampai berdarah berlubang patah tulang, walaupun habis wang ringgit, masa, emosi dan tenaga, semata-mata untuk kebahagiaan orang lain. Semua itu tak layak untuk dikenang, atas kesilapan dan dosa2 yang telah aku lakukan. Betapa hinanya aku sehingga diperlakukan begini.

Tapi tak mengapa. Allah Maha Adil. Allah Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaNya. Allah Maha Mengasihani. Allah Maha Pengampun.

Bila aku berjumpa dengan ustaz-ustaz, dengan kaunselor, mereka banyak berpesan pada aku, bahawa aku tidak bersalah sepenuhnya. Bukan diri aku yang salah. Naluri aku yang salah. Dan itu harus diubati. Tetapi bukan dengan cara yang kasar, bukan dengan cara yang menyakitkan tubuh badan, bukan dengan cara menghukum diri sendiri. Tapi dengan cara dekatkan diri pada Allah, maafkan diri sendiri, maafkan orang yang telah menyakiti kita, yakin dan sentiasa berfikiran positif untuk merubah diri kearah kebaikan. Ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Itu apa yang mereka terangkan pada aku. Ketika itu aku berasa jijik terhadap diri aku, aku rasa sangat hina. 

Sememangnya mereka tidak bersalah secara dasarnya; tetapi tindakan mereka itulah yang menyebabkan mereka itu bersalah. Tindakan yang salah, tindakan tanpa fikiran yang waras. Demi Allah, bukan aku tak fikir kemarahan dan kekecewaan mereka, tapi tindakan mereka yang seolah-olah aku tidak pernah berkorban dan berbuat baik sedikitpun, mereka bertindak diluar batasan. Itu yang membuatkan aku sangat kecewa; dengan naluri aku, dan juga dengan tindakan mereka. 

Ya, aku tahu aku manusia yang tidak berakal; tapi aku tak sangka manusia-manusia yang lebih MULIA dari aku, yang aku anggap lebih MATANG dan lebih BERIMAN, sanggup berbuat tindakan seperti itu. Tindakan yang melampaui batasnya. 

Aku teringat pada hari kejadian, selepas solat bersama, ibu tercinta berpesan pada aku dengan nada yang sangat lembut dan penuh kasih sayang: "Redha. Abang kena redha dengan segala apa yang berlaku. Abang mungkin akan kehilangan kawan-kawan, mungkin akan kehilangan orang yang abang sayang. Tapi abang tak akan hilang Ibu. Abang tak akan hilang keluarga abang. Semua pun dah tahu masalah abang. Dan semua pun bersedia untuk bantu abang."

.....................

Sebulan dah berlalu. Kini aku lebih bahagia dari sebelumnya. Aku tak perlu berahsia kepada sesiapa kerana aku yakin semua orang dah tahu siapa diri aku. Ya, mungkin mereka akan menghina dan mencaci, kalau tak berkata-kata, mungkin akan menghina dalam hati. Aku mungkin akan kehilangan sahabat. Aku mungkin akan dijauhi oleh orang-orang sekelilingku. Tapi tak mengapa. Aku ada Allah. Aku ada keluarga aku. Yang tercinta juga masih lagi bersama aku, tak berputus asa walaupun dihasut untuk meninggalkan aku atas dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku masih lagi ada sahabat-sahabat yang masih bersama aku. 

Tak guna jika bercakap dengan manusia-manusia EGO, sebab mereka tak akan nampak kerana hati-hati mereka telah ditutup oleh Allah. Mungkin. Hanya Allah yang Mengetahui isi hati hamba-hambaNya.

Aku bersyukur kerana Allah memberi lagi peluang kepada aku untuk berubah. Ya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan aku bersyukur kerana segala-galanya telah berlaku atas kehendakNYA. Ini takdir hidup aku. Ini ujian hidup aku. Semuanya atas kehendakNYA kerana aku sangat yakin Allah kasihi aku, memahami aku, sentiasa mengampunkan dosa2 aku. 

Yang penting, aku yakin aku lebih kuat, lebih positif, AKU SEMAKIN BERUBAH, SEMAKIN BAIK. Alhamdulillah, kali ini aku betul-betul dapat merasakannya. Walaupun aku tak semulia dan sehebat mereka yang mungkin lebih beriman dari aku, tapi yang penting Allah tahu siapa diri aku.Tak perlu untuk menunjuk-nunjuk, cukuplah hanya Allah, diri aku, keluargaku dan mereka yang menyayangi aku mengetahuinya. Aku gembira. 

Haha, nak dijadikan cerita, tadi aku tengok cerita Salam Cinta lakonan Adam Adli dan Diana Amir, agak tersentuh hati aku juga. Kenapa? Sebab cerita tu meng"highlight"kan bahawa:

Cinta dan kasih sayang yang paling kita kena utamakan ialah cintakan ALLAH dan RasulNya. Kenapa?? Sebab Allah sentiasa bersama dengan kita ketika kita susah atau senang, yang maha mendengar, yang paling memahami hati kita, yang paling mengasihani kita, yang sentiasa rindukan kita. Hebatkan cinta Allah terhadap kita. Kita je kadang-kadang tak bersyukur. Naughty kan? Tapi tak pa, kan Allah Maha Pengampun. Allah pasti akan mengampunkan dosa-dosa kita jika kita minta ampun padaNya.

Lagi satu, kalau hati kita kosong, lakukan solat sunat taubat. Mungkin hati kita akan lebih tenang selepas itu. :)

Moral of the story, lebih baik bercinta dan sayang lebih dengan Allah. Huhui~ 
Syukur, ya Allah. ^_^

Haha. Enough blabbering.

AKU. HANYA. PENDOSA.

Sunday, January 5, 2014

Rehearsal.

"Music and Rhythm cannot be separated."

Assalamu'alaikum & Selamat Sejahtera semua!!!

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-5 bagi tahun 2014. Ada hari ON, ada hari OFF, ada hari busy, ada hari bosan gila. Itulah kehidupan seorang mahasiswa yang sedang bercuti semester ni. Heh!

Kali ni, aku nak share kegiatan2/aktiviti2 saya sepanjang cuti sem ni. Takde la hari2 pun, cuma hari tertentu je.

So, seperti mana yang semua dah sedia maklum (ehh, ye ke? semua orang dah tau ke? ntah. hehe.), saya seorang yang memang bergiat aktif dalam dunia seni, lagi2 dalam bidang vokal. Beza antara saya dengan retis2 terkenal ni ialah: Saya tak pemes. hehehehe~ Ke, saya belum pemes. Haha. (gila poyo baq ang!)

Semalam (4.1.2014), sesi rehearsal untuk konsert charity utk Haiti diadakan di The Professional Music Academy di cawangan Dataran Sunway. Selama ni training kat cawangan Subang Jaya, tapi ntah knapa semalam pengetua tu nk buat kat cawangan sini pulak. Takpe lah, dekat sket kot. heh.

So, semalam, dari ke petang sampai malam kena torture dengan cikgu aku. Actually, aku kena join choir dengan budak2 kecik. Ada la lagi antara student2 dia yg jadi solo. But still, they have so many things to learn and practice. Terasa ke-senior-an aku. Sebab aku yg paling tua dan berpengalaman antara soloist2 choir kat situ. hihihi~ 
 Apparently, kalau korang tengok gambar2 dibawah, korang akan perasan: aku sorang je budak melayu kat situ! heh. Anak melayu jati ni mingles dengan the chinese! And we are very close! Haha! Oh ya, ada lagi sorg indian girl, nama dia Grace. Yeah, dia pun satu2nya indian girl dalam choir kitorang. And she is VERY TALENTED as a small girl. Her voice, FANTASTIC! :D And my other two chinese friends also join the band: Ricky and Stephanie. Both of them, sama gila2 jugak. Love them very much! :D



Okay, yang pakai jaket varsity tu obviously beta la kan. hehe. Yang kat sebelah aq yg pakat baju pink tu la Stephanie.


Okay... yang baju orange tu la Ricky. hehe... tu, tengok kitorang 3 sekawan. Berbilang bangsa u'olls. No racism. Itu yang penting.


Skang, nampak tak, ada sorg indian girl comel je berdiri kat situ. Haa, itu lah Grace. She is a darling, I can tell. Her voice as a little girl, full with energy. Tapi tu lah.... Bak kata cikgu Huz, that's one real kepochi punya budak kici. heh. But she's a sweetheart. ^_^

Nampak mcm garang je cikgu biola diorg tuh heh.

Haaa... SO, ini lah antara kerja2 aku sebagai seorang yang suka bermain dengan vokal. Letih jugak kena torture dengan cikgu vokal kesayangan aku. Tapi memang puas! hehe... Minggu depan hari Khamis dengan Sabtu final trainings, lepas tu hari Ahad dah konsert. Meanwhile, hari2 biasa ni training sendiri je menghafal n warm-up vokal kat rumah. 

Okay, ini salah satu 'sedutan' rehearsal semalam. Masa ni, tengah cari style lagi untuk ad-lib solo. Fuhh...




p/s: Bila sakit tekak, minum air Lemon (Lemon ya, bukan limau kasturi ataupun nipis) dengan madu. Pergh... Heaven! :D

Wednesday, January 1, 2014

Manusia ini...



Assalamu'alaikum semua!

First of all, selamat tahun baru 2014 saya ucapkan kepda semua pembaca (still tak terlewat lagi kan? hehe... dan vibe sambut tahun baru masih lagi terasa. chewah!)

Isu kali ni, still menyentuh jiwa raga ragam manusia jugak. Haha. Pening jugak kalau nak cerita pasal psikologi manusia ni. Kalau nak tahu, antara perkara yang paling yang paling rumit dan susah nak faham ialah hati dan pemikiran manusia. Serious. Pening aarr, pening arr!

Tapi apa2 hal pun, sebagai manusia yang penuh dengan kelemahan, memang kita semua kena hadapinya. Why? Sebab kita manusia la! Hek'eleh~

Okay, straight to the point la kan----->



Manusia ni kadang2 lupa:

1. Kita ni selalu je sibuk, selalu je busy dengan kerja la, tapi kita lupa ada orang yang perlukan kita disisi mereka.

2. Kita asyik dok layan sepi sedih hati kita je, tapi kita lupa ada orang yang lebih memerlukan dan lebih appreciate kita.

3. Kita asyik dok benci kat orang tu atas kesalahan zaman lampau dia, tapi orang tu masih sayang kita dan terima kita seadanya serta sedar atas kekurangan dia. Mungkin juga sudah bertaubat, wallahualam.

4. Kita asyik dok fikir negatif tentang orang lain, sedangkan orang lain tu berdo'a atas kesejahteraan kita.

5. Kita ni asyik fikir diri kita je betul hebat segala, sedangkan kadang2 tu kita juga ada silap kita, walaupun kita berada dalam kebenaran.

6. Kita nak orang ikut cakap kita, tapi pada masa yang sama kita tak nak ikut cakap orang lain.

7. Kita ingat diri kita ini susah aja, sedangkan ada orang yang lebih susah dari kita.

8. Kita nak orang adil dengan kita, tapi pada masa yang sama kita berlaku tidak adil dengan orang lain.

9.Kita nak orang faham kita, tapi kita tak nak faham orang lain.

Dan lain2 lagi. (banyak kekurangan manusia ni sebenarnya. heh.)

Kenapa boleh jadi macam tu??? Why? Why? Why?

Sebabnya: Mungkin kita ini KURANG BERSYUKUR. Allah dah bagi rezeki & nikmat, ujian kat kita, tapi, sama ada kita abaikan atau tak ambil peduli, ataupun kita jaga atau handle dengan cara yang tidak betul (sama ada terlampau 'kasar', atau terlampau lembut sehingga spoil).

Kita dah dewasa, berakal, boleh fikir yang mana baik yang mana buruk, yang mana benar dan salah, dan apa yg patut dan tak patut kita buat. Allah cipta kan otak untuk manusia dan haiwan, tapi Allah cuma ciptakan AKAL untuk manusia sahaja. Guna lah akal sebaik2 mungkin. Jangan minta orang lain untuk perfect dihadapan kita, sedangkan kita pun bukannya perfect. Kita bukan maksum. Tapi kita boleh jadi yang terbaik. 

Baik untuk dunia, Baik untuk akhirat. Dua-dua penting.



Bersyukurlah, sementara kita masih hidup, masih ada orang yang sayangkan dan perlukan kita. Jangan nanti satu masa Allah tarik rezeki kita, barulah rasa menyesal. Tak guna pun rasa hebat, sebab yang hina itu belum tentu lagi akan ke neraka; dan yang hebat itu belum tentu akan ke syurga, jika masing2 tidak BERTAUBAT.



Jaga orang yang kita sayang dan yang menyayangi kita se-sayang2nya(betul ke ayat aku ni? heh). Sebab jika kita kehilangan mereka, belum tentu kita dapat pengganti seperti mereka. Keluarga, Sahabat, dan mereka2 yang tersayang.

Hahha.. Aku bukanlah seorang pelajar sekolah agama seperti maahad, pondok, dan sebagainya. Bukan juga pelajar yang hebat2 seperti mereka yang popular dan sentiasa jadi tumpuan masyarakat umum. Aku cuma manusia biasa yang tiada apa2 kelebihan cuma masih berusaha mencari dan menjadi apa yang terbaik buat diriku serta orang sekelilingku. Dan aku cuma sampaikan apa yang terpendam dalam benak hatiku yang mungkin ada betulnya, ada salahnya. :D



Kita hanya manusia, penuh dengan kekurangan, masih lagi berjuang untuk menjadi manusia yang terbaik untuk dunia dan akhirat. 



p/s: Trust Allah, Trust the process. Have a good life, InshaaAllah. Pesanan buat diriku yang sentiasa lemah dan masih berjuang kearah kebaikan serta teman2 pembaca blog yang tak seberapa ini. :)




2014!!!



Assalamu'alaikum semua!

2013 dah jadi sejarah. Sekarang, HELLO 2014!!! SELAMAT TAHUN BARU 2014 SEMUA!!! HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'