Segala senyummu, gelak tawamu,
Tak mampu sembunyikan kesedihanmu pada mataku.
Mudah untuk aku ketahui deritamu, walaupun bersusah payah kau cuba selindung dengan pelbagai helah.
Namun itu semua tak ku peduli.
Segala kederat, masa, harta yang aku ada, sanggup ku korbankan.
Demi kesejahteraan hidupmu. Demi keselesaan dirimu.
Ikhlas kerana ALLAH S.W.T.
Kegembiraanmu adalah kesenangan hatiku. Kederitaan dirimu juga adalah perit hidupku.
Itu tandanya kau lebih mahal dari sebuah permata.
p/s: Buat insan-insan yang ku kasihi dalam hati ini.