Followers

Tuesday, December 31, 2013

Ambang 2014

"New Year's Eve."

Assalamu'alaikum semua.

Fuh... Sikit jam lagi akan masuknya tahun baru 2014. Ada orang yang excited tunggu tahun baru. Ada orang yang tenang je hadap tahun baru. Ada orang yang nervous nak masuk tahun baru. Ada orang yang sedih je nak masuk tahun baru. 

But for me... haha... entah. Perasaan bercampur baur. Multi-feelings kot. Macam orang gila. heh. 

Dah masuk New Year's Eve dah. Ada orang join program sana sini, ada orang yang masih lagi bekerja, ada orang yang bercuti melancong sana sini. Tapi aku... heh... Just sitting in front of my lappy in my room, writing 2 cents for the blog. haha. Memang lifeless aku new year's eve ni. Tapi aku masih bersyukur, sampai tahap ini, aku masih lagi berada dalam kategori 'senang', tak macam orang2 lain diluar sana yang hidupnya susah, berbumbungkan atap langit, berbantalkan lengan, bertilamkan tanah. 

Alhamdulillah, aku tak mewah seperti "mereka2" (faham2 sendiri je lah ya), cuma sederhana dan cukup2 makan sahaja. Alhamdulillah, satu rezeki, satu ujian juga. ^_^

Haha. SO, Just enjoy the very last day for 2013, and wait for the moment of 2014. Relax, have a cup of tea or coffee, and enjoy the moment of relaxation kat rumah. Hambik berterabur skiping londong bak ang. haha. Tak payah nak berparty bagai aih. Buat pening kepala je. Esok bangun pagi kepala belong. NO NEED ALL THAT. Period.

p/s: Dalam hati, dalam solat, banyakkan berdo'a kepada Allah, semoga dapat tempuh episod baru mulai esok. InshaaAllah. Tenangkan jiwa dan raga. ^_^ 


Monday, December 30, 2013

Kalau aku...

"Kalaulah hati aku mampu sentiasa tenang seperti air dalam gambar tersebut. Malangnya, dalam kehidupan yang sebenar, air yang tenang juga mampu bergelora jika berombak."

Assalamu'alaikum semua.

Dah hampir tahun baru. Tahun 2014. Tapi tu lah, aku rasa, seolah-olah aku masih belum bersedia untuk melangkah ke tahun baru. Cerita tahun ini, hampir ke penghujungnya. Tapi memori, yang pahit berasid, mahupun manis bermadu tetap melekat dalam minda. 

Segala yang berlaku tahun ini, memang tak mudah aku lalui. Kadang-kala membuatkan aku tersedar, aku ini tak lah sekuat yang aku sangkakan. Sentiasa terjatuh dikala aku cuba bangkitkan diri aku yang sememangnya penuh dengan kelemahan. 

Terus terang aku katakan, memang aku suka bandingkan diri aku dengan family, sahabat2 dan sekeliling aku. Contohnya, kebanyakan sahabat2 aku semuanya hebat2 belaka; orang2 bijaksana, cerdik pandai, yang kuat agamanya, dan macam2 lagi. Bila tengok diri aku, aku rasa tak banyak ciri2 yang sahabat2 dan saudara2 aku ada, ada pada diri aku. Rasa macam, eh, gila lemah diri aku ni. Kalau ada bersama diorang, rasa macam diri ini kambing hitam (black sheep of the family) pulak... Macam telur yang rosak dalam kalangan yang elok2 belaka. Hurm...

Aku terfikir sejenak; layak ke aku bergaul dengan mereka2 yang hebat2 ni, sedangkan lihatlah diri aku: serba kekurangan. Bukan aku nak lemahkan diri aku, tapi itulah hakikat yang aku kena terima: Aku tak sehebat mereka.



Sejujurnya, aku ada sedikit rasa cemburu dengan mereka yang hebat2 ni. Ada juga terasa hati ini berkata "Aku nak jadi macam diorang." Aku juga cuba untuk menjadi seperti mereka yang hebat2 ni. Tapi tu lah, asal aku cuba, aku jatuh. Asal aku nak bangkit, aku jatuh. Selalu aku fikir...

"Kalaulah aku boleh jadi seperti diorang..."

Aku selalu rasa aku tak mampu untuk menjadi seperti mereka yang hebat2 ni. Hurm...

Tapi dalam hal ni, banyak mengajar aku erti HUSNUZON (ada mention kat post2 yang lepas.) Setiap apa yang berlaku, bersangka baik je. Walaupun kadang2 tu terkecil hati dan terfikir benda2 yang bukan2. Tak apa lah. Sampai kadang2 tu, bila hati ni terasa sedih sangat ataupun terguris, sampai tahap aku fikir, "Tak apa lah, aku tetap percaya pada mereka. Aku tetap sayang mereka. Aku tak tahu apa yang tersirat dalam hati mereka, tapi tak apa lah, aku percaya pada mereka. Aku percaya dengan ketentuan ALLAH."



Punyalah aku tak nak kehilangan sesiapapun, lagi2 orang yang aku sayang. Pendam segala apa yang membuatkan hati aku terguris. Kalau diorang tak cakap "Sorry" pun tak apa lah. Asalkan aku tak kehilangan diorang. Maklumlah, aku ni bukan seperti mereka yang hebat2 tu. Sebenarnya memang tak sesuai pun nak bergaul dengan mereka yang hebat2 ni...

Tapi tak apa lah... ALLAH dah ketemukan aku dengan mereka. Pasti ada hikmahnya. Dari mereka jugak aku banyak belajar erti kehidupan (that's for sure). Dari mereka jugak aku banyak mengenal siapa diri aku. Dengan mereka jugak aku dapat banyak pengalaman pahit manis. Dengan mereka juga, inshaaAllah mampu buatkan aku bahagia bila bersama mereka. Family. Friends. Loved ones.

Bila berseorangan, kadang2 tu bergelinang jugak air mata, mengenangkan kisah lampau aku yang tak berapa nak cerah tu. Takut2 berulang kembali. Maklumlah, kita tak tahu kan masa depan kita macam mana, cuma mampu berjaga2 je. Berjaga2 dengan diri aku sendiri. Tapi pada masa yang sama berjuang untuk mengubah diri aku sendiri, untuk diri aku sendiri, untuk keluarga, untuk sahabat handai, untuk yang disayangi. Berjuang untuk mendapat rahmat Allah. Walaupun sering terjatuh. Tapi inshaaAllah aku tak akan pernah berhenti untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Bukan SEMPURNA, tapi LEBIH BAIK dari sebelumnya.

Aku betul2 harap mereka yang aku kasihi disekeliling aku faham diri aku. Support aku dikala aku terjatuh. Jangan tinggalkan aku bila aku terjatuh. Sebab aku tahu aku tak akan pernah tinggalkan mereka yang aku sayang ketika mereka dalam kesusahan. Maafkan aku sekiranya aku telah menyusahkan mereka. Sayangi diri aku sedanya, dan bantu aku untuk bangkit mengubah diri aku ke arah yang lebih baik. Itu je yang aku mahukan, bukannya harta benda. Just don't take me for granted.

Hati manusia, tak ada manusia yang tahu isi hati orang lain melainkan ALLAH. Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha memahami.  



P/s: Trust Allah, Trust The Process. Spread the love.

Saturday, December 21, 2013

Disember.



"Cahaya."

Assalamu'alaikum semua! 

Sedar tak sedar, dah nak habis bulan Disember dah. Exam beta pun dah baru je habis (YEAY! ^_^). So, kira merdeka la buat sementara waktu ni. Fuh...

Berakhirnya final exam, maka berakhirlah sem 7 bagi tahun 2013. So far, aku dapat harungi semua dugaan2 dalam sem ini dengan (inshaaAllah) jayanya. Sem ni banyak ajar aku supaya banyak bersabar dalam semua aspek; dari nafsu, tindakan, dan sebagainya. Alhamdulillah, so far, tenang je aku habiskan sem ni.

Sem ni jugak banyak mengajar aku erti Husnuzon. Tapi tu lah, kadang2 tu, ada jugak perasaan buruk sangka tu. Sebabnya kadang2 tindakan seseorang tu yang menyebabkan aku terfikir benda yang bukan2. Dan kadang2 tindakan aku juga menyebabkan orang lain terfikir yang bukan2; tapi for sure yang negatif itu bukan niat aku. Jahat syaitan ni sebenarnya, suka detikkan perasaan buruk sangka. HMMPHH!

Apa yang penting sekarang ni, aku kena make sure aku jaga perhubungan aku dengan semua orang yang aku sayang. Yup, aku kenal siapa diri aku.

Pernah aku post status kat facebook, refleksi bagi diri aku dan juga sahabat2 FB yang membacanya,:

"AMBIL BERAT dengan MENYIBUK itu adalah dua perkara yang berbeza. Bersyukurlah jika sehingga hari ini, saat ini masih ada yang sanggup gadaikan masa, harta dan tenaga kerana ambil berat tentang kita. Jangan sampai Allah tarik "rezeki" kita, barulah rasa nak menyesal. Apa2 halpun, segala apa yang berlaku itu semuanya kehendak Allah; pasti ada hikmahnya."

Tadi aku bagi tahu kat salah sorang sahabat aku, junior aku. Aku bagitahu dia, do'a yang sesuai untuk orang macam aku ialah:

"Ya Allah, jika betullah sipolan2 ini ialah jodoh sahabat aku sehingga ke Syurga (inshaaAllah), maka kau kuatkanlah ikatan perhubungan ukhuwwah kami dengan penuh kasih sayang ikhlas kerana-Mu. Dan Ya Allah, jika sipolan2 ini bukanlah jodoh sahabat aku seperti yang aku harapkan, maka kau jauhkanlah diri aku perlahan2 daripadanya dan jangan biarkan hatiku terikat dengan kasih sayang yang melampau batas terhadapnya lebih dari kasih terhadap-Mu. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui isi hatiku sebenar2nya."

Sekarang ini, segalanya aku berserah kepada Allah yang Maha Esa, Maha, Pengasih, Maha Pengampun, Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat diri aku. Segala yang berlaku, semuanya ada hikmah yang tersendiri. Semuanya datang dari-NYA.

P/S: Trust in Allah, Trust the Process. 

STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'