Followers

Monday, December 31, 2012

Pelancong di negeri sendiri. :D


Assalamu'alaikum semua!!!

Haha... kali ni punya story, memang shiok habis lah. Haha. 30hb Disember, aku jadi lone ranger, ronda-ronda kat Kuala Lumpur sorang-sorang(pada awalnya.). Meh aku share gambar2 aku masa dalam sesi ronda2 tu. hikhikhik~

 Okay, cerita dia cenggini. Hari ni aku pergi KLCC. Nak ke Kinokuniya Bookstore. Pada awalnya, aku ingatkan duit yg abg usrah(betul ke term ni? aq pakai je. kikiki... ) aku bagi dah selamat dimasukkan dlm akau aku. Lepas tu, aku check akaun, still RM2.90 something2. *malu... kikiki~~ Aku call dia, pastu baru dia bagitau yang duit tu dah dimasukkan, cumanya dia tak dapat nak transfer sebab pemprosesan dia tutup sabtu & ahad. So, kiranya hari isnin 31hb Disember 2012) baru lah diorang masuk kan. Alahai... potong stim betul la. Dah plan nak beli buku etc2, last2 cancel the tosai. hahaha~ xpe lah. Not today. So, dengan berbekalkan budget RM10, aku decide untuk jalan2 cuci mata je la... huhu~

Okay. Mula2 aku gi lepak kat Kinokuniya Bookstore.


Best pulak aku baca buku ni. Pasal perang dengan zombie. Nak beli la buku ni nanti!

Okay, someone kena belikan aku buku ni untuk hari jadi aku. Nak!!!! #GoGoManchesterUnited #WayneRooney *kat blog pun nak hashtag. hahaha~

Lepas tu, aku pergi kat Music section: one of my favourite section kat Kinokuniya bookstore.

 Lagi terjumpa buku-buku yang aku berkenan. Please, someone please buy me these books. PLEASE!!!

Lepas tu aku sebelum aku keluar dari bookstore, ternampak lagi buku yang kat bawah ni. RESIDENT EVIL ARCHIVES 1&2. Nak jugak buku ni for my birthday present! Mau, mau mau!!!!


Okay, setel je aku lepak2 kat Kinokuniya Bookstore selama sejam lebih kot. Ke, 2 jam? aku pun tak perasan. Terus aku keluar ronda2 kat tempat lain. Aku dok pikir, mana la aku nak jejak ni. Last2 aku decide nak gi tengok Menara KL. Terus aku ride kuda biru aku kesana.


 Dah lama aku tak jejak sini. Last aku datang pun dengan pak ngah aku. Saje je lepak2. Tapi dulu tak ada apa2 pun kat sini. Tapi sekarang, dah ada macam2.Wayang 3D la ape la. Lepas tu ada macam perkampungan melayu 1malaysia pulak kat sini. huhu~



Iguana ni jinak giler. Ada dua ekor. Satu tuan dia pegang, lagi satu dia letak kat sini. So, aku pun amik kesempatan nak belai beliau (iguana tu, bukan tuan dia. kikiki). 


Tetiba Upin Ipin pun ada buat demonstrasi kat groundfloor Menara KL tu. Sebab segan nak amik gambar sesama, aku amik jela gambar makcik2 ni. Kemain seronok beliau-beliau. Hikhik~

Takde pun aku nak naik atas menara tu, sebab tak cukup duit. kikiki~ Lepas tu, terus aku pulang ke KLCC. Tapi bukan ke KLCC; aku pergi ke Masjid As-Syakirin untuk menunaikan fardu Asar. Frankly speaking, ini lah pertama kali aku jejak ke masjid ni. Dah pergi KLCC banyak kali pun, tapi tak pernah singgah pun ke masjid ni. Subhanallah, cantik sungguh masjid ni. Tenang je. Lain kali kalo gi KLCC, mesti nak singgah sini jap. ^_^




Okay, lepas tu aku gerak pulak ke Pavilion. Kali kedua aku gi sana. Tak pernah pun discover tempat tu betul2. Aku pun lupa bila last aku pergi. Mostly barang2 dia mahal2, tapi ada je yang murah2. :D

Kat Pavilion la aku jumpa teman2 junior kampus aku. Finally, tugas aku sebagai pelancong lone ranger tamat. Haha. Mekasih la kat salah sorang daripada mereka ni yang sudi belanja beta makan kat Carl's Jr. Takpe, lain kali beta belanja korang pulak ye. huhuhu~~

*Maaf sekali lagi, tak snap gambar2 kat Pavilion. Antara sebab2nya, batery android Ace biru gua dah nak abis. huhuhuhu~~ 

Best keluar ngan korang. So accidentally! Kebetulan. Haha. 
*Gambar ni diambil oleh sahabat gua jugak. ^_^ Kiranya kami berempat la ni. :D

Haaaahhh~~ what a day! Syukur Alhamdulillah Ya Allah, dalam aku sorang2 tu, Kau bagi jugak sahabat2 untuk teman aku hari ni. Rezeki yang tak disangka2. :D

P/s: Mintak ampun mintak maaf, nama teman2 beta ni terpaksa dirahsiakan untuk sebab2 tertentu. Yang kenal tu tak apa lah. Yang tak kenal tu, harap maaf lah ye. Sekian, maceh-maceh. :D

Tuesday, December 18, 2012

Do you feel what I feel?


Assalamu'alaikum semua...

Well, sejak kebelakangan ni, aku rasa aku nak kembali aktif dalam penulisan blog. Actually, blog ni dah kira macam diari hidup aku, tapi semua boleh baca. Why? Sebab kat blog ni je lah yang aku boleh kongsi kot cerita2 hidup aku yang tak seberapa nak grand ni (tak semua perkara yang aku boleh share ya u'olls. hik!). kuikuikui~

Okay, kali ni aku nak share sikit secebis rasa hati aku. Sebenarnya, sejak kebelakangan ni, aku banyak berfikir. I mean, LITERALLY BANYAK berfikir, especially tentang orang lain. Yeah, sorry to say; aku bukan penyibuk atau apa, cumanya, bila aku dah kenal orang, dan aku mula sayang pada orang, aku mula care dekat orang lebih daripada aku care tentang diri aku sendiri (teruk kan? hurm).

Sekarang ni, aku tak tahu lah kan, ya memang aku banyak fikir tentang orang lain, tapi sebenarnya, orang lain ada ke fikir pasal aku? Aku rindu bagai nak rak, tapi orang lain ada ke rasa benda yang sama terhadap aku? I don't know, maybe perasaan kot... Ke aku yang perasan, bertepuk sebelah tangan?

Tebal muka.

Tu lah. Aku pun tak tau la nak cakap macam mana, tapi itu la yang aku rasa sekarang. Feels like ESTUPITO MORONIOUS sekejap.

Yup, memang aku sensitif. Memang aku sentimental. Sebab aku sayang, dan aku sangat care bila aku dah rapat dengan orang. Tapi tu lah, perpisahan itu tetap ada. Ramai je yang aku sayang dulu, dah anggap macam siblings dah pun, tapi break away bak kata Kelly Clarkson. Aku disisihkan. As usual lah. Memang sejak di bangku sekolah pun aku sentiasa DISISIHKAN oleh ramai orang.

I know who I am.

I know, I'm not as the normal typical guy who don't care what happen and always live in denial. Seriously, tak suka talam2 dua muka ni. When I said I care, I mean I literally care. When I say I love, I mean I literally love. Sebab aku tak suka perpisahan.

Aku dah muak dah.

Sedih je hati ni sebenarnya bila rasa macam ni. It hurts A LOT (macam perempuan pulak kan, tapi ini la hakikatnya.) But things happened. I'm sorry sebab ada berfikiran su'udzon, tapi kadang-kadang tu terasa jugak sebenarnya. Hati sakit, tapi diam je. Orang senyum, kita pun senyum je la. Shit, I really hate living in denial. Rasa macam tipu diri sendiri pulak.

However...

Dalam rasa2 macam ni, ada jugak yang secara tidak lansung, accidentally and spontaneously mengubat hati ini (ecececececehh). Ada je yang telefon. Dah berapa lama dah tak dengar khabar, last2 orang yang aku dah lama tak dengar khabar berita tu la yang telefon aku. Aku ingatkan dia dah lupa dah. Maklum lah, kesibukan diluar sana, bukan boleh dijangka. Tapi atas dasar kasih sayang dan rindu, memang hati aku terubat.

Tu lah, setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Dalam kita dok fikirkan orang lain yang mungkin tak reti nak APPRECIATE kita, ada lagi orang yang teringatkan kita tanpa kita sedari. Seriously, memang tak disangka-sangka. Itu yang buat aku terharu. Kerja ALLAH, siapa boleh jangka. Hanya DIA saja tau isi hati setiap HAMBA2-NYA. ALLAH Maha Adil. Yes. I can see that and I can feel that.

Bukan aku ni nak perhatian ke apa ke; Tapi, kalau betul la orang sekeliling aku ni ada hati dan perasaan, pasti dia faham apa yang aku maksudkan dan apa yang aku cuba zahirkan. Isi hati aku. How do I feel about them. Semuanya kenara nak memperkukuhkan pertalian silaturrahim. Tak nak rasa tersisih oleh sesiapa pun.

Maaf.

Maafkan aku jika berfikiran buruk. Maafkan aku jika aku terlampau sensitif. Maafkan aku jika mungkin aku terlampau manja. Maafkan aku jika aku ini terlampau menyusahkan. Maakan aku jika aku membuat orang sekeliling aku tidak selesa. Sekali lagi, bukanlah bermaksud aku seorang penyibuk, tapi  aku memang sorang yang mudah menyayangi dan sangat caring tentang orang lain. Semuanya kerana aku tak nak rasa tersisih. Tak nak kehilangan. Tak nak ditinggalkan. Aku dah puas dah rasa semua ini. Sedih sebenarnya hati aku. Tapi siapa je yang faham? ALLAH je yang faham betul. Payah aku nak cerita dekat orang, sebab aku tau nanti mesti kena gelak punya. Hurm...

Tapi, kalau rasa aku ini patut menjauhkan diri dari semua orang, aku akan pergi. Tak apa, aku dah biasa dah dengan semua ni. Sakit tu memang sakit, tapi nak buat macam mana kan. It's okay.

Tak pe lah, janji blog ni dah terangkan secebis isi hati aku yang tak brapa nak best ni. uhuhuhuhuu~~

P/s: Woah, bapak tacing la post aku kali ni. Ooh La Laaa. Mintak ampun mintak maaf, post ini tak ada kena mengena dengan yang hidup, mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian terima kasih. Ahaks.. X3


Saturday, December 15, 2012

Lessons Learned


Assalamu'alaikum semua!

Haaahhhh~~ lega rasanya lepas abis exam untuk sem ni. FREEDOM!!! FRESH AIR!!! Haha. Untuk sementara waktu je. kuikuikuikui~

Well, sem ni banyak sangat issue. Mostly emotional issues la kan. Ada yang happy, ada marah, sedih, dsbnya. Macam2 hal aku dah harungi dalam sem ni. Quite tired somehow, but still managed to stand tall even though I keep falling apart. 

I have learnt a lot through this semester. Love, Friendship, Heart. Too much since the first sem. I guess setelah 2 sem, sem ke 4 ni aku dapat rasakan seperti dejavu, tapi lebih cerita yang simple tapi lebih emosi. Oh wow, what a life. 

Dah hujung tahun. Alhamdulillah aku dapat akhiri tahun ini dengan bahagia. Mostly masalah dah selesai. Yup, the heart still hurts until now, but In Shaa Allah it'll get better from time to time. It will heal someday, some time...

Segala perkara yang berlaku dalam sem ni menyebabkan aku mengalami masalah KERINDUAN YANG TERAMAT SANGAT terhadap ramai orang sekeliling aku. Sahabat-sahabat aku yang berada jauh dari semenanjung, mahupun yg berada dlm semenanjung; Kekasih-kekasih hati aku (jangan ingat gepreng je tau. huhuhu); Mak, abah di kampung. Even ibu dan ayah, walaupun aku selalu pulang. 

Maaflah kalau aku bersikap sangat sentimental, tapi ini diri aku sebenar. I don't mind anymore if people can't accept me from being who I am, but this is me. 

Well, things happened. Aku tahu, Allah nak tengok sejauh mana aku boleh survive dengan ujian-NYA dalam sem ini. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya. Aku percaya dengan kuasa Allah yang sentiasa membantu hamba2-NYA yang berada dalam kesusahan.

That's the summary of this semester's story. Exhausted, but very, very meaningful to me. Terima kasih ALLAH. Syukur kepada-MU kerana masih lagi memberi aku peluang untuk bernafas dalam muka bumi ini untuk beribadat kepada-MU. Setiap ujian, pasti ada hikmahnya. Every cloud has a silver lining. I believe that. 

p/s: Jadi diri sendiri. Stand on your feet. Care about other people, but on the same time, take good care of yourself. 

Thursday, December 13, 2012

Family Masjid UNISEL

Assalamu'alaikum semua!!!

Huhu, mintak ampun mintak maaf sangat2 sebab dah lama tak update blog. dah tebal gile habuk blog ni, kena kikis dulu, lpas tu keca cuci, pastu kena kikis lagi, scrub pakai sabun ape semua, pastu cuci balik. huhuhu~ hyperbola sungguh. :D

Alright, kali ni saya nak introduce Family Masjid UNISEL, antara keluarga yang paling saya kasihi di UNISEL. Kalau tiada salah seorang ni, rasa kerinduan yang teramat sangat. huhu~

1. Ariff Asyraf

2. Abang Hafiz

3. Nazimie Jimmy

4. Syaif Anuar

5. Ustaz Azlizad Ijad

6. Ridzuan Wak

7. Abang Muizz

8. Abang Firdhaus

9. Amar Arif

Dan yang terakhir, abang yang paling banyak memberikan inspirasi dan nasihat kepada saya...

10. Abang Mahadir Madir

Mereka diatas ini adalah antara sahabat dan kekasih saya di UNISEL. Kami disatukan hati oleh Allah untuk bersama. Ada ramai lagi sahabat2 masjid yg baik2 tapi tak dapat diupdatekan(jangan marah ya. saya sayang kalian semua!). Mereka adalah antara nikmat rezeki yang paling BERHARGA diberi Allah selama saya berada di UNISEL. Saya rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka semua. Seriously, kalau salah seorang dari mereka tiada pada pandangan mata saya, rasa kerinduan itu pasti membuak-buak kerana kami berkasih sayang seperti adik-beradik kandung sendiri. Kamu satu keluarga. Mungkin boleh dipisahkan melalui jarak, tapi tak dapat dipisahkan dari hati.

p/s: UNIC - Sahabat Sejati. Sentimental Value punya post.

Team Nasyid Nur-I-See



STESRI'S PANORAMA-Khas untuk ex-stesrians06'/07'

STESRI MEMORIES-Khas untuk ex-stesrians 06'/07'